ANAK DERHAKA VS IBU DERHAKA

5/20/2013 03:42:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Kecoh orang dok cakap pasal kes retis yang di label anak derhaka gara2 mempertahankan awek dia yang juga sorang retis ni selepas mak dia keluarkan kenyataan dia berubah jadi kurang ajar selepas kenal awek dia tu. Dalam kes ni si mak mulakan dulu.. pi dok buat luahan hati kat media. Motif makcik buat cenggitu yer?? Bukan makcik tak tau anak makcik tu retis.. tergamak makcik busukkan nama dia ke seantero malaysia. Tu kes si mak

Bila dah si mak main media.. anak memang dah memang la buruan media apa lagi demi nak bersihkan nama sendiri & mempertahankan aweknya pun taknak kalah & mengalah jugak. Dia pun cerita abis buruk busuk mak dia.. Tu dia. Anak beranak masakini. Hangpa dok kompang kat orang.. mak kata anak tak elok.. anak kata mak yang tak baik. Orang yang dok dengaq macam den ni melihat kegagalan seorang mak menjadi ibu & ketaksuban seorang anak pada cinta sehingga sanggup memburukkan mak sendiri. Pilihan anak beranak ni berperang menggunakan media sebagai penyampai amatlah kurang bijak.

Moga ada penyelesaian yang baik buat ibu & anak ni. Moga kedua2nya berlembut hati untuk memaafkan antara satu sama lain. 

Kedua dua beranak ni kalau nak label derhaka dua dua pun layak jugak sebab dua2 pun tak hormati sesama sendiri. Erkk.. jangan ingat anak je boleh di label derhaka bila membelakangi mak bapaknya.. mak bapak pun boleh di label derhaka bila gagal mendidik anak mereka tau. Sebab sang lekit ada terbaca kat sinar harian online tadi.

"SIAPA kata tiada istilah ibu ayah menderhaka kepada anak? Memang wujud dan berlaku keadaan di mana seorang ibu atau ayah itu menderhaka kepada anaknya..

Setiap anak dilahirkan fitrah, bersih, dan suci. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu dan ayah mendidiknya. "SIAPA kata tiada istilah ibu ayah menderhaka kepada anak? Memang wujud dan berlaku keadaan di mana seorang ibu atau ayah itu menderhaka kepada anaknya," kata Mohd Ashrof Zaki.

Memetik satu kisah berlaku pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA, Mohd Ashrof Zaki berkata, seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab RA mengadukan hal kederhakaan anaknya.

Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak bapanya. Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).”

Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapak u tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam.

Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran. Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anak mu, walhal kamulah yang telah menderhakainya.

Kamulah yang telah berlaku buruk dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadap mu.” Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.


Kadang-kala berlaku keadaan di mana si anak menengking atau meninggikan suara kepada ibu bapa, jika dilihat balik barangkali ibu atau ayahnya juga sering meninggikan suara atau menengkingnya.

Jika berlaku anak menderhaka, ibu bapa harus periksa kembali di mana silapnya dalam mendidik. Namun, setelah berusaha melakukan semua yang baik seperti yang disuruh dalam Islam tetapi masih berlaku anak menderhaka, maka janganlah berputus asa, kerana sesungguhnya ia adalah ujian ALLAH (Rujukan Sinar Harian )

Najwa Latif juga artis yang pernah di label bapak dia sebagai anak derhaka. tak tau macam mana hubungan anak & bapak ni sekarang tapi kita doakan jer yang terbaik 

Moga kes anak beranak ni kita jadikan pengajaran. Terlajak perbuatan ni padah menanti. Dalam meluahkan perasaan & bercerita hal dalaman keluarga janganlah terlalu terbuka. Sewenangnya luah kat mana suka. Silap tempat kita luah.. Boleh jadi senjata untuk orang lain musnahkan kita. Jangan ingat kita bukan orang di kenali boleh suka suki tulis dalam blog, status fb, twitter tentang hal sulit kita sebab kita fikir takde sapa nak buat isu. Tolong jangan fikir macam tu.. dah banyak statement2 kurang bijak mendapat kritikkan kutukkan tak kurang maki hamun bila terlajak taip kat laman sosial @ blog.. Jadi berpada pada dalam bercerita, hokay! Jangan jadi anak atau ibu bapa yang derhaka.

P/S : Jasa & pengorbanan Ibu melahir & membesarkan takde harga yang boleh bayar dalam Ringgit Malaysia, dollar, rupiah atau apa2 matawang dalam dunia ni.. Jadi sebagai anak, kalau mak minta duit sikit jangan la merungut sangat. Mak pun kalau nak minta.. biarlah dalam kemampuan si anak nak bagi. Kalau masing2 bertolak ansur Insya Allah.. semuanya akan jadi baik. Kata2 ibu umpama satu doa.. jadi berkatalah sesuatu yang baik untuk anak2 biarpun perbuatan mereka kadang2 membuat kita (ibu2) sedikit terluka. Moga dengan doa yang baik berterusan akan menjadi doa yang termakbul dan menjadikan mereka (anak) lebih baik

perbincangan di FB




10 comments:

  1. ramai betul orang derhaka sekarang...apa pun mak ayah kita kena hormat..azab nye bila kita tumpahkan air mata seorang ibu..kena ingat tu..

    ReplyDelete
  2. Media pun mengambil kesempatanlah!

    ReplyDelete
  3. aduh~ dunia kala ini...tp kengkadang media ni byk tambah~bkn nak bg jernih keadaan...dikeruhkan lg adalah...sabo jela...

    ReplyDelete
  4. salam mummy lala..

    huhu..terbukak melodi ahad lepas.tertengok kisah ni..sian kat diorg..

    semoga ada sinar yg baik utk anak beranak ni..
    sedih :(

    ReplyDelete
  5. tertengok kisah depa ni....

    for me..lelaki tu tak matang langsung......

    mak pon sama tak matang...adoiiii

    ReplyDelete
  6. apa2 hal pun buang yang keruh ambil yang jernih..mak dia mungkin tak faham dunia hiburan ni caner, papehal anak lelaki kena letak ibu dia no1..

    ReplyDelete
  7. baru belakon bape drama,dh nk kecoh.sama je mak n anak.tapi masalahnya,anak tu! tu mak ko.ko boleh je bawak bincang tanpa guna media sosial ni kan.haih!

    ReplyDelete
  8. Begitulah zaman sekarang ni..lagi2 ada laman sosial..kecoh hal 1 family

    ReplyDelete
  9. lama x hapdate cerita cikgu shida. rinduuu. hahahaha

    ReplyDelete
  10. cikgu shida dah kalah dengan bobo jadi takde la hot story cikgu shida lagi.. dia bz ngajo tu.. :D

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com