PENGALAMAN SERAM DI SEBUAH HOTEL MELAKA

1/05/2015 02:13:00 PM suria lekatlekit 38 Comments

Ni bukan cerita filem atau kisah dari mulut ke mulut ok tapi kejadian ni berlaku kat aku sendiri. Cerita ni terjadi kat salah sebuah hotel di melaka. Ni kira percutian tak berapa holiday sangat la.. Saja jenjalan kat Melaka sebab family dari kedah datang Lagipun depa dah book hotel untuk bermalam satu malam. Kalau kami 3 beranak ni.. Melaka selalu pergi balik hari jer. Tak jauh mana sangat pun.

Alkisah bermula bila kami check in masuk dalam hotel tu. Sesampai melaka tu memang check in hotel dulu, rehat2 sekejab baru keluar balik. Sampai dalam awal petang.. Siang tu takde apa2 kejadian mistik atau mistikus berlaku. Bilik dia bagi aku biasa2 jer pun tapi ok la selesa & ada ciri2 tradisional & antik. Ada la keunikkan kat sinki dia yang bentuk macam mangkuk cina.. Cermin solek  tinggi memang tak sesuai sangat untuk kegunaan orang asia yang bukan tinggi macam mat saleh ni apatah lagi orang macam aku yang berketinggian tak normal ni. So, nak make up terpaksa guna cermin bedak miyami yang dah abis bedaknya. Tu salah satu kelemahan hotel ni.

Hotel ni berkonsepkan purba sikit.. Dalam tu di letakkan beberapa barang orang dulu kala.. perabut2 dia pun berkonsepkan tradisional baba nyonya. Tempat dia strategik sebab dekat dengan Jonker Street kan? Dekat jugak dengan Dataran Pahlawan semua. Jalan kaki je. tapi tu la bila berlaku kejadian yang tak di ingini rasa mustahil untuk ada kali kedua untuk hotel ni.

Lepas kat Jonker street.. Masuk Mall.. pergi tempat biasa area2 situ even rasa macam takde apa dah nak melawat. Almaklum la bukan kali pertama.. Lepas maghrib macam tu balik la ke hotel. Masa balik tu ok.. tetiba lepas mandi bagai area pukul 10 perut pulak lapar sebab aku cuma makan tengahari tu masa on the way nak ke Melaka lepas tu rasa kenyang. So, plan nak keluar gi cari makan la. Sesiap.. anak beranak keluar. Keluar je dari pintu bilik anak aku mula merengek ingat sesaja dia suka mengomel.. keluar je dari pintu belakang hotel nak ke parking kereta mata dia tertumpu pada something lepas tu dia menangis terjerit2 padahal time tu memang takde sesapa kat situ atau orang lalu lalang keluar masuk. Yang ada kami 3 beranak je. Kira luar biasa sungguh cara dia menangis. memang nampak dia takut sesuatu. Tak sedap hati tak jadi keluar sebab anak aku lain macam sangat. Bawak masuk bilik.. tenangkan dia & pasang ayat ruqyah.. dia dah tenang sikit dia tertido tapi bila bangun tu bilik gelap dia nangis jugak even sebelum ni dia bukan jenis takut gelap pun. Aku pun malam tu mimpi seram jugak, cuma apa aku dapat share dalam mimpi tu ada seorang orang tua lelaki bongkok tiga. Yang pasti dalam mimpi aku tu orang tua tu bukan manusia tapi makhluk lain. Tapi aku anggap mimpi tu sebab pengaruh otak aku dengan apa yang berlaku pada anak aku malam tu je.

Pagi tu sesiap nak pergi breakfast.. keluar dari bilik dia nangis.. nak pergi cafe hotel sampai situ pun dia nangis ajak masuk bilik. Masuk bilik dia diam.. main macam biasa. Bila dia tenang sikit, baru pelan2 aku pujuk dia keluar tu pun taknak berjalan kena dukung lalaikan dia dengan perkara lain tapi mata dia memang memerhati je. Memang nampak dia takut something.

Ingat dah check out & balik rumah semua settle la bab tu.. Rupanya semalam dia jadi lagi. Mula2 dia ajak aku keluar. Sebelum ni tak pernah dia nak ajak aku keluar malam2. Suruh aku buka pintu.. Lepas tu aku cakap tak boleh dah malam.. dia mula menangis even sebelum ni anak aku bukan macam tu. Bila cakap tak boleh dia ok jer.. Dia mula menangis kuat.. asben aku bawak dia keluar kat kaki lima lepas tu dia mula terjerit jerit.. aku dah tak sedap hati. Anak aku bukan macam ni. Sebab dia pernah kena gangguan dulu & keadaan sama macam semalam.. Naluri aku memang rasa, anak aku bukan tantrum biasa sebab anak aku bukan jenis macam tu. Apa lagi siap2 ala kadar.. muka pun aku sapu bedak Aiken jer. Pecut gi darussyifa shah alam.. kat situ je yang still beroperasi. Masa ustaz tu buat rawatan nangis jerit2 jugak dia even sebelum tu dia dah tenang. Masa dalam kereta pun dia ok je.. Ustaz yang rawat anak aku tak cakap apa sangat, cuma dia kata biasa la benda2 camtu suka ganggu budak2. Tapi Alhamdulillah.. balik rumah dia ok.. tido pun ok semalam & hari ni setakat ni nampak ok. Pun aku still berjaga2.. Kalau tak ok malam ni.. memang nak kena pergi Al Qayyum kat sri damansara tu. Sebab dulu aku pernah buat rawatan untuk anak aku kat situ. Kalau kat Al Qayyum ni dia bagitau detail sikit.

Sebab kejadian ni.. aku ada google review pasal hotel. Ada blog budak chinese tulis katanya hotel suka buat upacara bagi makan hantu bila tiba perayaan hantu lapar. Yelah.. kepercayaan orang cina kan.. Cuma tu la, benda ni aku tak sure samada pernah berlaku kat orang lain atau tidak.. tapi berlaku pada aku even anak buah aku yang sorang lagi ikut pun dia ok cuma anak aku jer yang kena macam tu.

  P/S : Hope tak sapa kaitan benda ni dengan minat aku dengan filem seram. Aku hanya peminat cerita seram bukan makhluk seram. Apa yang berlaku ni bagi aku bukan sebab aku minat cerita seram.. Tapi mungkin ada sesuatu di situ yang tak semua orang dapat tengok dengan mata kasar.. Mungkin dia sekadar lalu & menyinggah atau sememangnya dia menjaga tempat tu... Siapa tahu? Itu cuma anggapan aku jer.. Yang lebih mengetahui Hanya Allah & mereka2 yang terlibat.

Kalau nak baca entri pasal anak aku kena gangguan makhluk ghaib sebelum ni boleh baca kat entri2 ni
BILA MAKHLUK GHAIB IKUT KAMI BALIK RUMAH
RUPANYA DAH LAMA AKU TINGGAL DENGAN JIN
AKU TAK TAKUT PADA JIN KERANA AKU SEORANG IBU

38 comments:

  1. Alaaaa nak baca tapi penakut. Tinggal komen je boleh tak ? T_T

    ReplyDelete
  2. uisshh...seram plak tgk hotel ni..
    tp design cantik...

    ReplyDelete
  3. sy tgk pic pun mcm seram, tu sbb mcm x suka sgt hotel2 mcm ni.

    ReplyDelete
  4. tgk design hotel pon dh seram sis.kalo sy, memang x duduk umah mcm ni...len mcm je

    ReplyDelete
  5. seram tgk header ko lekittt... lama x singgah..kekekekke..

    ReplyDelete
  6. Bahayanya... Alhamdulillah nasib bak anak akak selamat n okay.

    ReplyDelete
  7. Laaa...hotel baba nyonya nie ko stay...patut ler...bangunan hotel nie lama dah beratus tahun rasanya...sekitar situ mmg menyeramkan...next time cari hotel bukan dari bangunan lama...tak jauh dari rumah sy hotel nie...

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya orang suggest hotel ni refer dari website diorang jer.. Booking online. Bila sampai baru nampak real hotel ni. Memang agak.. seram jugak dengan deco2 dia.. Macam usang pun ada.. Apapun pengalaman tu penting untuk kita lebih berhati2 di masa akan datang

    ReplyDelete
  9. serius tak baca..dah kul 1.30 pagi...

    ReplyDelete
  10. seramnya...budak-budak memang mata sensitif sikit dengan mahkluk halus nie...lepas kena hati2 lah dengan mana2 hotel...kiter dulu masa dekat genting pun sama jugak kena ganggu...yelah dekat dengan highland tower pulak...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa kebengap ko ni jauh bono genting highland dgn highland tower

      Delete
    2. apo ko bongap bono ekau ni , jauh genting highland dgn highland tower hoi

      Delete
  11. Klu tengok dr luar je dh macam seram gitu..erkkkk
    Tp klu sejarah baba nyonya ni memang ada ye nya sebab kebanyakkannya derang suke pakai brg lama utk displat hotel2 derang utk tarikan, tapi kalau jenis paten baru xpe la, ni kdg2 yg antik tu le terselit nya mahkluk tu huhuhu

    ReplyDelete
  12. bc tajuk je..n take noted xnk duk hotel ni.. sy penakut..

    ReplyDelete
  13. Seram plak akak walau baca siang hari...sabo jer la...

    ReplyDelete
  14. Eh..takut pulak kathy sis.. Hari tu ke melaka stay kat dream hotel je..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum .. boleh tahan seram gak ni.. hotel cina ekk? memang taknak booking hotel cina.. seram ... sheila kalau tidur kat mana2 hotel, mesti rasa tak selamat. rasa cam ada something seram... even ada suami/adik beradik. hahahhaa nak tidur pun takut2.. jenuh gak paksa diri tidur kalau kat hotel T

    ReplyDelete
  16. ingat off nanti nak bercuti ke melaka. tengok story pasal hotel ni terus seram. yela kan melaka kan tempat bersejarah, mungkin ada sejarah2 terdahulu kot. and budak2 diberi kelebihan untuk nampak apa yang kita2 tak nampak. seremssss

    ReplyDelete
  17. cantik hotel tu.. tp bila ada kes macam ni, buat spoil la... pelaris kot... hiihhi

    ReplyDelete
  18. budak2 boleh nampak kan..emm..thanks share kisah ni..at least tau lah hotel mana yang berhantu..

    ReplyDelete
  19. fuhhhhhhhhhh saya rasa anak akak le nmpk benda benda tu kot.. wallahu maafkan saya kalau silap

    ReplyDelete
  20. Eh, again rasa dejavu! Macam dah baca tapi kenapa takda komen? Kena kejar 'hantu' ke apa masa nih? Ish, serius tak ingat whylah tak komen! Hahaha....

    Akak kalau gini style punya hotel, memang tak tidur malamlah. Walaupun suka je dengar cerita seram, melaluinya sendiri tak sama. Berdirilah sikit-sikit bulu romaku :)

    ReplyDelete
  21. Tak sanggup nak baca sampai habis sebab seram sangat...dapat tau nama hotel dh kira ok lah tu kan?? Seram wooo

    ReplyDelete
  22. hotel pun dah semacam sis 0,0 masa I g family day kat banglo company port dickson pun sama sis. dia tunjuk kat belakang I,"nanny(nenek)".padahal i dgn dia je kat situ -,- punyalah ramai budak lain yg nakal yg diam yg moody anak i jugak kene,.pastu esok nya demam meracau asyik "bye bye nanny" padahal nenek dia kat dapur masak. -,- kita pulak yg seram.

    ReplyDelete
  23. Minggu lepas baru booking baba house utk 1 mlm pd hujung bln ni. Bagi sy 3 beranak rasa lak tdo sna 1 mlm.

    ReplyDelete
  24. Baru baca tahun ni btw hotel ni dulu aku slalu je pergi sana alhamdulillah takde pape

    ReplyDelete
  25. macam hotel cina je kan?tapi tgk hotel ni..err rasa mcm better tido kat surau atau masjid je kot :D

    ReplyDelete
  26. Nampak mcm klasik tapi bila tau citer ni scary pulak... Ermmm nak tau lah darulshifa shah alam tutup pukul berapa ye and Al-Qayyum tu pula dekat area mana erk suria.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Darussyifa Shah Alam tak sure tutup pukul berapa tapi masa saya pergi tak silap dah lepas pukul 10 malam. Pusat rawatan Islam Al qayyum tu kat Sri Damansara

      Delete
  27. Hotel kat bangunan ratusan tahun mmg begitu.. mmg seram.kna survey google dlu sblm booking.

    ReplyDelete
  28. blum try tido otel keling lagi.. bukan takat org je lari.. hantu pun lari.. bau tengik..

    ReplyDelete
  29. Hotel ape yang dimaksudkan? Nak tahu takot terpegi hotel nie 😆

    ReplyDelete
  30. Hotel Equator tu difahamkan anak owner hotel tu terjun bunuh diri pada tahun 2017...sebab tu hotel tu dah tutup dah...

    ReplyDelete
  31. Kalau hotel rumah panjang kat jongkle itu byk ..barang tu.dulu kecil pergi rumah saudara kalau jalan dekat perigi,ku takut...saudara ku pun pindah ,lepas pindah cakap anak dia malamtidur bilik pagi kat bawah.
    Autu malam kena tarik ..nampak org tua ..

    ReplyDelete
  32. SALAM, boleh share tak apa nama hotel yg dimaksudkan ?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com