05 January 2011

ANA RAFFALI LEBIH BERPENAMPILAN SOPAN BERBANDING YUNA

BW hari ni buat aku terfikir sesuatu & nak buat kesinambungan dari entri Awek zaman sekarang (dari blog http://hakeemkira.blogspot.com/)

Aku tertarik dengan dua artis ni yang berimejkan gitar dorang. Ana Raffali & Yuna. Kenapa aku kata Ana Raffali lebih berimej sopan bukan Yuna walaupun Yuna bertudung?? Jom kita kopek isu ni.

Kita sedia maklum.. Imej Ana Raffali yang suka berbaju kurung & berbaju kebaya tu sambil membuat persembahan dengan gitarnya even dia bukan gadis bertudung namun imejnya yang lain dari lain itu tidak menampilkan baju atau seluar yang melekat lekit di kulit.

Ana Raffali
Kita tengok pula gadis berimej tudung juga dengan gitarnya.. Yuna. Even dia memakai tudung sekalipun tetap mengenakan legging. Betul tak?? Seperti kita tahu legging adalah sejenis seluar yang melekat lekit pada tubuh.

Yuna
Apa yang aku nak simpulkan kat sini.. Zaman sekarang yang bertudung belum tentu berimejkan sopan. Tudung tapi seksi.. Well, taknak komen banyak - banyak just nak compare imej dua artis wanita yang ber gitar ni je.

P/s : Persoalan untuk kaum lelaki antara Ana & Yuna korang rasa mana lagi bagus buat bini?? Kekekekeke

23 Komen Melekat:

Cik tikah said...

betul2... legging still nmpk aurat dan pakai tudung x smstinya baik =)

shapoji said...

dua2 ade pro and cons, dua2 kira tak tutup aurat...kan3..

emieysandra said...

suara & lagu yuna best..klu nk buat kak ipar, pilih ana raffali la..huhu :D

LURZAN TAZA LIMAJ said...

sy nk awek mcm puan abbyfunny, yeeayyyy

Nur Mudrikah said...

itulah yg dikatakan bertudung sekadar berfesyen.wallahualam. hari sy ada terbaca dkat page ustaz zaharuddin

mintak dijauhkan dari perkara macam ni;)

stalker00 said...

Alaaa...
siapalah kita nak judge orang based on luaran..
tapi for me..
apa guna tutup aurat kalau bertelanjang?
Apa guna selubung badan tapi aurat terdedah?
well..dedua bukan taste aku
Heeee :P

apdm said...

salam

pakai legging mmg dah hukumnya haram..

shamanarif said...

orang perempuan memang payah jaga aurat

Malek Ku said...

urm..bagi aku...dorg bukn taste den...hehehehe

☾SHiemaCMa786☾ said...

hehe3..dua2 pun same jer.
:p

suria lekatlekit said...

mungkin org lain memperlihatkn dr segi aurat.. but skrg sy sdg bercakap tentang imej sopan dgn seksi.. bkn nk menidakkan hukum tp isu ni sebenarnya perbandingan imej

ieda said...

akak setuju ...
legging kan x elok .. tapi mcm yuna nie dia pakai legging tapi baju dia still labuh ..
ermm fikir sendiri lahh kan ..
tepuk dada tanye selera
tapi perbandingan ini amat2 lah ketara penilaiannya kan ..
suke akak tgk :)

cik ciput said...

tpi walau mcm mna sekalipun kan, isu yg nyata adalah aurat..dua2 pon x ttp aurat..huhu..

**oleh itu, sy vote ana raffali yg comel! =)

Unknown said...

nak buat bini 4sure lah ana!!!

Tasha said...

anda di tag

http://natasha1987.blogspot.com/2011/01/colorclickz-1st-giveaway-2011.html

man yusoef said...

saya nak hana tajima jewk...ada tak??..haha

alexayussida said...

reject dua2 untuk abang2 saya sbb dua2 abg dah kawen..kehkehkeh:p

Burungman said...

kedua2nya bukan minat saya. tapi kalau dalam konteks sopan, saya lebih suka abby berbanding yuna sebab menurut pandangan saya, dia lebih menampilkan personaliti sopan berbanding yuna yang menampilkan personaliti seksi

NuSaNa NoSa 91 said...

tamau dua2.. nk lekit la.. amcm?? tehehehee~ ^_^

qilarazak said...

but still main alat muzik yang bertali itu haram hukumnya.

Unknown said...

ape kate pakai tudung dengan gaun ropol2 1malaysia... sambil lipstik merah berjahang? ok tak?

Nurdiyana Yaccob said...

klu nak sentuh isu aurat dan hukum...pd DeQDeq kedua-duanya tak menepati cara menutup aurat yg sebenar...pendek kata tak tutup aurat la..

tapi klu nak komen dari segi imej yg sopan...pada DeQDeq, lg suka dgn Ana Rafali sbb mmg bau kurung nih diciptakan untk menampakkan wanita lebih sopan dan juga boleh bergaya.

bila yuna pakai seluar ketat...aduh...kesian kt yuna....habis dh nmpk hak peribadi yg x sepatutnya org lain nampak...

p/s: igtkan kak abby nak kupas kupis psl isu shawl melaram semua tu...DeQDEq baru hari ni tau psl isu yg hot tu...heheh

apa-apa...semoga kita dan semua mendpt hidayah utk terus mengikut syariat yang ditetapkan

jgn nak komen dan mengata org jer...kita doakan juga mereka mendapat hidayah...sbb jgn memandang org tu x elok, mana tau dia lbh mulia di sisi Allah.kita x ada hak nak tentukan org tu berdosa, betul atau salah...

talib said...

hish... bile lah nak bukak mata besar2 dan nampak........

sori lah kalau bunyi mcm biadap.

tapi rasa mcm agama Allah ni dihina dan di pandang remeh shj nmpaknya.

ana rafali -- berbaju kurung, bangga mentayangkan rambut. dan expect org ckp die santun dan tertutup.

yuna -- tutup rambut, ber shawl mcm nak rak tapi seluar giler punye ketat. dan expect org nk ckp yg die dah selesai tggjwb menutup aurat.

please okay. dorang ni mencari duit dgn menyanyi. sama mcm org lain yang masak di restoren utk bg org mkn atau kerani di pejabat siapkan document. it is just a type of job kat dunia.

tapi sama seperti kita semua, semua nya hamba Allah.

ada tanggungjawab untuk tunduk pada perintah Allah, tak terkecuali lgsg even as a public figure.

di padang masyhar esok takde terms2 public figure nie.

so please, mak ayah, tegur lah anak2 kamu ni sebab selagi belom kawin, dosa dorg, terletak di atas diri kamu.

mntk maaf sekali lagi andai bahasa sy kasar.

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;