PERMAINAN YANG BERMUSIM

1/07/2011 04:06:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Bukan cuaca je ada musim tapi ada beberapa permainan yang bermusim. Mesti korang tau, kan?? Masa kecik2 dulu kat kampung permainan yang bermusim ni akan popular dalam satu tempoh then akan lenyap seketika pastu akan datang balik.

Korang cuba ingat apa permainan yang bermusim kat tempat korang masa korang kecik2 dulu. Bagi kampung Cik Lekit masa kecik dulu permainan yang bermusim seperti layang2/wau, guli, gasing, congkak, batu seremban (kat kedah panggil batu selambut). Tu antara permainan yang di mainkan secara bermusim. Musim dia ni tak tentu bulan yer.. Kalau datang musim main guli pakat semua la tumpu main guli jer dalam tempoh masa tertentu then mula tidak di mainkan bila musim jemu dah datang. Permainan bermusim ni musim dia bukan macam cuaca tau! Ada bulan tertentu. Biasanya di mulakan oleh seorang dulu kemudia di ikuti dengan yang lain - lain. Kalau musim main layang - layang.. maka abis semua la kena sunburn sebab kitorang main layang2 kat sawah. Kira jalan kecik di tengah antara tali air & sawah. Main layang - layang mana ada orang main bawah pokok. Mau sangkut layang2 tu kat pokok, kan? Normally main kat tempat lapang la. Tapi kalau layang2 dah tinggi sangat, berisiko tali putus atau tersasar ke pokok2 berhampiran. Takpe sebab kitorang buat layang2 sendiri guna surat khabar.

Layang layang

Kat kawan umah cik lekit sekarang nampaknya musim main gasing la. Tengok budak2 dok main gasing kat corridor or G floor dekat dengan postbox sebab kat situ lapang.  Budak2 sini mana la ada space macam kat kampung nak main depan halaman umah kan. Memasing dok usung gasing. Asal turun je mesti jumpa kumpulan kanak - kanak main gasing.

Gasing

Kat kampung masa kanak2 Ribena dulu Cik Lekit pun kalau datang musim main gasing aku belasah jer walau permainan tu sebenarnya di monopoli budak lelaki. Zaman Cik Lekit main masak2 pun budak lelaki join. Kira tak kira apa permainan pun group kitorang ni mesti participate punya. Lelaki ke perempuan ke. Tapi aku memang tak pakar main gasing. Janji baling jer... Pusing tak pusing tu lantaklah. Tapi main guli di antara juara2 bertahan juga la sebab boleh kumpul guli yang menang sampai berbalang2 kat umah makcik. Lekit di pinjam makcik masa kecik untuk teman dia then jadikan la anak makcik. Tapi rumah kitorang tak jauh. Umah lekit cuma berdepan je dengan umah makcik. Kira seberang jalan.

Congkak

Kalau tiba sesuatu permainan bermusim ni balik je sekolah amik senjata masing - masing kumpul la kat halaman umah sesapa yang bertanah lapang pastu main sampai petang. Nak2 lagi jenis mak bapak yang bekerja macam Lekit ni.. So, merdeka la! Makcik pun kerja juga masa tu. Lagi merdeka la sebab takde orang nak jerit2 panggil balik sampai petang. Selalunya alat permainan kitorang buat sendiri.. Macam gasing maybe beli la..Congkak kayu ada ayah beli tapi suka main dengan kawan2 congkak yang buat atas tanah. Mau hitam kuku sebab masuk tanah. Batu seremban paling senang.. kutip je batu jalan tu. Cari tujuh biji. Bila lama2 main dia akan jadi semakin bulat & kecik. Time tu value dia mula tinggi la.

Batu seremban

Budak2 bila main ni standard la kalau gaduh. Ada je benda nak jadi pertikaman lidah. Tapi budak2 selalu cepat maaf & memaafkan kalau takde campur tangan orang tua. Antara kawan2 lekit ada sorang budak kalau gaduh sikit je mak dia mesti masuk campur buat orang semua tak suka kawan dengan dia. Bila dia nak join main, kita amik kesempatan buli dia. Almaklum la memang majoriti tak suka dia. Tu yang pernah kitorang kenakan dia makan dodol campur taik lembu & minum air kencing. Wah nakal kan Lekit! Boleh tahan nakal la aku dulu! Little devil jugak la kalau bab mengenakan orang. Time ngaji selalu balik awal sebab nak jadi hantu atau nak pasang jerat. Paling2 pun sorok selipar kawan2. Kekekekekeke. Tapi Lekit tak gerak secara solo sebab ada kombinasi kawan nakal sorang lagi. Tu la kawan baik Lekit sejak kecil tapi bila dah besar, masing2 dah berubah haluan. Dan takde contact lagi.

Bila ingat balik kisah kanak - kanak ni.. aduhai! Paling indah dalam hidup walau bisa rotan tu selalu je hinggap kat badan. Kekekekekeke.

8 comments:

  1. suke maen sume di atas!

    ReplyDelete
  2. best2..semua best..peberet main galah panjang..hehe

    ReplyDelete
  3. hye!rindunya nk jd kanak2 ribena he3..dulu masa tahun 1989 femes dram jepun ..alah yg geoup pompuan main bola tampar tu tak silap K... attack.Apalagi blk je sekolah ptg2 kitorang main bola siap jerit "attack" he3...tak silap movie bersiri ni tayang kat rtm2/tv3

    ReplyDelete
  4. wa..kenangan.. mmg sume tu bermusim kan.. bile sorg main, semua nak main.. hehe

    ReplyDelete
  5. he3..kat plat umah cma dorang dok main batu seremban..
    cma dulu cempion main congkak..keke...

    abby..cma dah timbang berat blog..tp mengikut perkiraan tu loading nye cepat jer..0.01 jer..abby guna ie ke mozilla?cma guna mozilla..
    hu3..patut la sejak2 ni kurang jer... pelawat..

    ReplyDelete
  6. keen suke main batu seremban ngan congkak je.. ^_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com