ANTARA FILEM HANTU PALING GAGAL KAT MALAYSIA TERBITAN MIG PICTURE
Ok.. aku mengaku filem Mami jarum antara filem terbaik keluaran MIG tapi filem2 selepas itu adalah filem terpelik & terjelik & termuntah nak tengok. Aku ni suka tengok filem2 seram.. tak tau napa aku memang rasa tak bosan sangat dengan suspend & aksi2 seram dalam sesebuah cerita berbanding filem2 @ drama2 cinta ni. Haritu minggu haritu terbeli dvd (original lagi tu) filem Paku Pontianak. aku pun tak pernah baca review filem tu sebelum ni main belasah je beli. Bajet... filem tu seseram macam cerita2 orang dulu kala la tapi malangnya filem tu sangat2 menyedihkan.
Aku rasa better David teoh pi buat bisnes lain atau cuba selected sikit filem2 keluaran MIG supaya tak banyak filem sampah yang menyemak panggung wayang. Asyik fikir untung tak fikir kualiti filem tu pun tak guna. Filem yang hanya orang tengok sekali tapi menyesal seumur hidup tak boleh kemana. Akan datang kalau generasi2 baru tengok pun rasa selekeh sangat filem melayu keluaran MIG era sekarang ni. Filem berkualiti macam filem P.Ramlee sampai sekarang masih mendapat sambutan dari sekecil2 budak sampai la sebesar2 mak bapak sebab orang filem dulukala buat filem untuk seni bukan untung je sebab tu orang2 seni dulu tak ramai yang kaya raya berbanding sekarang. Betul la.. kalau buat benda sampai tak balik modal pun macam mana nak rolling bisnes kan tapi at least jika orang tu benar2 jiwanya berseni & minat & cintanya pada seni.. maka apa yang di hasilkan adalah hasil seni yang berkualiti untuk di jual & orang yang membeli pun tak rasa tertipu sangat.
Aku harap pihak MIG picture ni tolonglah yer.. Tolonglah jangan tangkap muat jer dalam mengeluarkan filem. Jangan hanya guna pelaris pelakon cantik/ensem/kontroversi untuk melariskan tiket wayang walhal cerita rasanya baca buku cerita dongeng kanak2 pun lebih enjoy dari tengok filem keluaran MIG ni. Tolong kurangkan sampah kat pawagam yer pihak MIG.
saya start meyesal tengok cite seram mig ni time cite mistik
ReplyDeleteentah apa-apa yangs seram pun tak tau
dengar orang menjerit aje pastu last-last mimpi!
rasa cam nak cekik orang je
kadang2 asal nak kaut untung tu yg buat filem tu.. huhu..
ReplyDeletenanti jangan lupa tengok cete Penanggal tau Suria
ReplyDeletebg saya memang membazir habis kalau tgk citer MIG. tgk kt YouTube pun rasa membazir jugak. hehehehe! senang ckp x sudi nak tgk MIG punya citer. hikhikhik
ReplyDeleteexcited jugak nak tengok penanggal ni.
ReplyDeletetotally filem terbitan MIG memang SAMPAH kan??
whattttttttttt
ReplyDeletenape beli yg original? huhuhuu