APA YANG KORANG PERLU TAHU SEBELUM TENGOK FILEM PENGANTIN MALAM

6/17/2014 03:22:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

Mesti ramai dah perasaan filem seram tempatan yang terbaru bertajuk Pengantin Malam lakonan Nora Danish yang tengah kontroversi pasal push up bra tu & Farid Kamil. Yelah.. Iklan kat TV pun dah mula mempromosikan filem ni. Untuk pengetahuan korang filem ni bakal di tayangkan pada 19 June nanti. Jadi sebelum korang ambil keputusan beli tiket tonton wayang filem ni.. elok baca ni dulu.

Pinjam gambar Bro Framestone

Zaman sekarang senang.. Nak nilai jalan cerita dia best ke tak sebelum beli tiket wayang just google je sinopsis cerita tu. ye dak?? Apa susah jadi meh sini den review sikit sinopsis filem tu kat blog melekat lekit. Dah kenapa pulak dalam banyak2 filem.. Filem tu jugak den nak review. Ok bagi yang baru berkenalan dengan blog lekat lekit ni.. selain penulisan den yang agak garang menyuarakan pendapat den pada isu2 semasa den juga peminat tegar filem seram. Selalunya den review filem yang dah den tengok tapi kali ni den review sinopsis filem yang belum tayang kat pawagam

Cerita ini bermula dengan MAYA, yang hilang ingatan akibat kemalangan jalan raya. Dia melanggar seorang gadis bernama LAILA dan menyebabkan kematiannya. Daripada kemalangan, Maya kehilangan separuh dari ingatan beliau dan cuba untuk ingat masa lalu selepas pulih daripada koma. Razif, suami Maya cuba untuk melupakan apa yang telah berlaku kepada Maya. Razif cuba membuatkan maya melupai kisah lama dan buat Maya rasa bersalah. Razif akhirnya membawa Maya ke satu vila untuk mencari ketenangan. Dalam masa yang sama, Razif tidak mahu Maya cuba untuk mengingati kembali kes kemalangan yang menyebabkan kematian Suzana.

Dalam perjalanan ke vila, Maya merasakan bahawa dia telah melalui jalan dan dia merasa seperti ada kisah masa lalu yang dahsyat di kawasan tersebut, tetapi masih tidak boleh ingat apa kisahnya. Semasa tinggal di vila, Maya mula merasakan sesuatu yang berlaku kepada beliau. Dia melihat bayang seorang wanita dalam pakaian pengantin putih agak kotor, berkaki ayam, tudung dan sering muncul dimana saja Maya pergi. Hampir setiap hari dia diganggu dengan bayangan tersebut yang dia dapat rasakan bahawa Razif tahu tentang semua ini dan yakin bahawa Razif sedang menyembunyikan sesuatu dari Maya. Maya juga merasakan bahawa kelibat perempuan berpakaian pengantin adalah Laila. Dia mencari jawapan yang pasti sehingga Razif akhirnya membongkar kebenaran tentang Suzana. Apakah rahsia itu? Apa yang perlu dilakukan dalam hidup Razif Laila dan Maya?Sila tonton Pengantin Malam di pawagam


Menarik ke tidak jalan ceritanya tepuk dada tanya selera. Sebab taste masing2 kan berbeza. Kalau rasa tertarik sila book tiket. 

P/S : sinopsis ni den copy & translate ke bahasa melayu jer.. Copy dari site Golden Screen Cinema.

13 comments:

  1. tak bolh nak tengok cerita-cerita seram ni...

    ReplyDelete
  2. eyhh..
    skarang ada 3watak kan..
    maya... laila n suzana..
    cuma part suzana tu keliru..

    ReplyDelete
  3. hurmmm agak menarik ada masa tonton la nnt, hehe

    ReplyDelete
  4. cx tertarik nk pergi tengok sbb trailer die menarik perhatian cx. hahaha. okay. ntah dpt tgk ke tak kan. huhuhu

    ReplyDelete
  5. saya mmg bukan kaki wayang.... sesapa yg rajin tlg ler citer sampai habis kat saya... x pun saya tgu ler citer ni kluar kat tv...

    ReplyDelete
  6. hantu ke kak.lahaiii.ni yg lemah ni.

    ReplyDelete
  7. tang part suzana tu dia buat suspend skit nak suruh orang pi tengok wayang.. Maybe watak suzana tu skandal dengan laki maya kot... hahahahaha

    ReplyDelete
  8. hahahhaa tengok trailer macam best...... sinopsis pun macam best..... mungkin boleh angkat laaa citer ni..... (agak menyesal donlod citer Cara Mengundang Hantu tapi cerita haprakkkk... habis kuota!)

    ReplyDelete
  9. salam mami lala..
    wuuu..gambaq seram.. :p

    ReplyDelete
  10. TINGIN NAK NENGOKKKK .. HAILA . BILE DPT G PANGGUNG LAK

    ReplyDelete
  11. baru tgk harini... seram juga la

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com