GROUP MENGAIBKAN SUAMI KAT FB
Sempat la aku tengok apa aktiviti post group tu.. Rupanya lebih kepada meluahkan masalah rumahtangga untuk di bincangkan secara umum dalam group tu. Kebanyakkan luahan datang dari para isteri yang ada masalah dengan suami la. Serius aku rasa macam sedikit janggal, pelik jugak rasa tak patut masalah rumahtangga di luah, di cerita & di bincang secara umum macam tu even group tu close group pun tapi ahli dia confirm depa main add je sesapapun sebab aku yang tak kenal sesapa dalam group tu pun depa main add.
Hal rumahtangga adalah peribadi bukan boleh di jadikan bahan jajaan. Bukan boleh cerita pada semua orang secara terbuka macam tu. Kalau macam tu dah jatuh mengaibkan suami even suami kita memang bermasalah pun sepatutnya cari saluran yang betul untuk berkongsi bukan post kat wall group macam tu yang orang lain boleh tahu perangai buruk pasangan kita. Dah la identiti orang yang meluahkan tu tak di lindungi.. kalau orang ke timelines dia nak2 pulak ada add relationship dengan suami dia.. dah orang tahu siapa mereka yang bermasalah tu.
Ni cuma pendapat aku la kan.. takde rumahtangga yang takde masalah langsung even aku sendiri pun kadang2 ada jugak masalah walau aku tak pernah nak up masalah tu kat FB @ blog. Bohong sangat la sepanjang perkahwinan takde masalah langsung tapi jika kita perlu nasihat @ pandangan sekalipun.. carilah orang yang betul2 boleh di percayai untuk kongsi. Jangan sesekali jadikan laman sosial sebagai medium untuk luahkan perasaan. Jangan jadikan rahsia kita senjata orang lain untuk jatuhkan kita. Ingat tak semua orang hari ni kawan.. esok masih kawan & tak semua kawan akan simpan rahsia kita ketika tidak berkawan lagi. Jadi berhati hati.
alaaaa... akak frust, takde print screen corat coret group tu.. hihi
ReplyDeleteMcm tu pon hade.haih x tau ke syurga bawah tapak kaki suami.
ReplyDeletesemoga diorg sedar apa yg diorg buat tu salah.
ReplyDeletekalau saya buka fesbuk & seantaranye memang ada y bercerita secara terbuka & berselindung & komen2 dari rakan2 mereka y saya tak kenali juga boleh baca..so, secara tak langsung kita pon tahu cite sebenar, bukan kita aje tp 1 dunia (y paham bahasa malaysia rojak petis alien tu la)
ReplyDeleteMenakutkan sebenarnya..
ReplyDeleteLink pd entry ni tetiba keluar gambar sy. Boleh betulkan x? Klu nk tgk gambar link tu, boleh wasap sy kat 019-5718033.
ReplyDelete