SIAPA 'J' YANG MENYIHIR AZWAN ALI

2/16/2015 08:08:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Hari Ahad semalam sebelum keluar bergumbira dengan anak & asben.. (kena bagitau nanti orang ingat aku hidup hanya bersosial di laman sosial jer..) sempat la layan rancangan gosip hiburan tanahair yang sebenarnya tak elok sangat di tonton oleh semua lapisan masyarakat, iatu melodi. Tak elok pun kau layan jugak kan? Dasar manusia!! hahahaha


Aku tengok pun bukan sejam terpacak depan tv.. sesambil buat kerja lain jugak sempat tengok sesi temubual wartawan melodi dengan Retis kontroversi sepanjang zaman Azwan Ali yang dok meluahkan perasaan dia kena sihir dengan seorang retis katanya lelaki lembut. Tadi terbaca kat Ladylista dia bagi clue nama lelaki tu bermula dengan huruf 'J'. blur pulak otak aku nak teka sapa la si 'J' tu kan? Bomoh mana gamaknya si AA ni refer... Jangan jumpa bomoh VVIP 1 malaysia sudah... hehehehehe

Sumber Ladylista

Apapun kalau pergi ke rawatan Islam jarang pengamal perubatan tu nak bagitau secara detail siapa yang menghantar sihir tu kepada kita. Selalunya mereka hanya merawat & maybe bercerita sebab yang mungkin menjadi alasan sihir tu di hantar. Tapi kalau jumpa bomoh2 lulusan gunung ganang berguru dengan jin ni.. Nak2 bomoh cari makan. Ikut suka hati dia je nak sebut nama sapapun.. dari pengalaman aku berdepan dengan sedara yang kaki bomoh ni kadang2 sampai jadi gaduh dengan sedara mara lain bila dia rujuk dengan bomoh, bomoh tu main tuduh jer.. Padahal orang yang di tuduh tu maybe ada masalah dengan si pesakit tapi sakit dia sebenarnya bukan sebab sihir tapi masalah kesihatan badan dia jer. Tapi sebab taksub dengan bomoh.. dia lebih percaya bomoh la dari doktor.

Moral of the story sebelum merujuk kepada pengamal perubatan alternatif, rujuk la doktor dulu. Kalau sakit tu masih tak dapat kenalpasti oleh rawatan moden boleh la guna rawatan alternatif. Yang paling penting pergi la pada pengamal perubatan Islam yang bertauliah atau kita yakin dengan cara rawatan dia takde bercampur dengan amalan syirik & khurafat. Ada sesetengah bomoh even dia guna ayat2 al quran tapi ritual dia tu bercanggah dari ajaran Islam.. Macam bomoh vvip 1 Malaysia tu. Baru2 ni buat upacara halau hantu raya guna kayu golf. hehehehe

5 comments:

  1. Siapa pulak J ni ye? Joe Jambul kot? Hehehhe.

    ReplyDelete
  2. Laki aku pengamal perubatan Islam pun kata takde menda... hahaha... kekadang annoying pulak Azwan Ali ni... (minat, minat gak.. kutuk, kutuk gak) lalalalala...

    ReplyDelete
  3. J tu bukan ke Jaafar Onn? Macam sesuai je bayangan tu dengan abang JLo eh JO kita nih.... Oppsss... dah tersasul. Kalau tak betul, dah jadi fitnah pulak :)

    Oh, bomoh VVIP1 Malaysia tu ada halau hantu raya ke baru-baru ni? Mesti kes akak tak baca suratkhabarlah ni. Orang famous macam bomoh tu pun akak tak tahu cerita...

    ReplyDelete
  4. Pokok pangkalnya tak.payah la jumpa bomoh.lulusan gunung ganang tu.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com