KENAPA MESTI WANITA BERTUDUNG JADI MODEL MINYAK LINTAH

8/24/2015 02:16:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

KENAPA MESTI WANITA BERTUDUNG JADI MODEL MINYAK LINTAH. Sapa yang tak tau minyak lintah tu untuk apa boleh google yer untuk maklumat lanjut tapi secara ringkas yang boleh aku bagitau kat sini Minyak lintah ni adalah produk untuk lelaki. Untuk alat sulit lelaki. Nak bagi besar, tegang, tahan lama bagai la.. Tapi rasanya ramai dah tahu kot kalau sebut minyak lintah ni. Aku bukan nak jual minyak lintah ok!! Cuma semalam terserempak satu suggest page kat FB aku pasal minyak lintah ni..


Dia punya iklan memang 18SX la.. tak nama minyak lintah kot kalau takde kaitan dengan seks kan. Tu tak pelik sangat la. Produk kesihatan dalaman wanita pun kemain SX nya inikan pulak lelaki ye dak?? Tapi yang aku tak puas hati tu kenapa mesti guna model produk tu perempuan. Bertudung pulak tu?? Rasanya produk ketat,tegang perempuan takde pulak guna model lelaki.. Tapi produk untuk lelaki kenapa mesti guna perempuan???

Kalau Jual muka lelaki tak laku ke? ramai je model lelaki sekarang boleh jual muka... Kenapa mesti perempuan?? Kenapa produk berkaitan seks ni mesti perempuan?? Adakah perempuan memang menjadi simbol seks?? Tak puas hati betul aku tau!! Gamaknya guna model lelaki.. orang lelaki terus hilang nafsu serakah ke camna??


Kalau produk tu untuk lelaki Guna la muka lelaki.. Nak2 produk seks macam minyak lintah tu. Perempuan yang jadi model sah sah la bukan dia yang guna. Setakat pegang botol je tetap jugak tu nak jadikan perempuan pelaris produk seks. Macam rendah sangat harga diri seorang wanita ni hanya untuk jadi icon seks & untuk memuaskan nafsu je macam takde fungsi lain dah.

Moral of the story.. Kau nak jual minyak lintah ke, minyak pacat ke.. Jangan rendahkan martabat seorang wanita nak2 lagi yang bertudung tu. Selalunya imej bertudung di gambarkan mereka2 yang mempunyai akhlak yang baik & mempunyai sifat malu even bukan semua yang pakai tudung tu memang baik akhlaknya at least hormati Imej Islamik tu. Ni dengan muka ghairah macam tu.. Tu yang persepsi orang pada golongan bertudung semakin buruk sekarang. Dah takde apa istimewa tudung bila sekadar menjadi fesyen tutup kepala.

6 comments:

  1. zaman sekarang prempuan mcm dah tak ade perasaan malu..

    ReplyDelete
  2. Aku yang tak berapa baik ni pun jadi malu tengok iklan sebegini...

    ReplyDelete
  3. Akak pon selalu terpikir camtu...kadang2 siap dialog ntah ape2 yg buat akak geli geleman bila baca....muka kene nampak ghairah semacam je...sumpah menyampah sungguh

    ReplyDelete
  4. kdg naik malu kita bila terbaca iklan2 mcm tu..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com