FESYEN BAJU DEPAN CANTIK BELAKANG CARIK

12/29/2015 03:30:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

FESYEN BAJU DEPAN CANTIK BELAKANG CARIK. Sejak semalam aku dok cari jacket & cardigan. Saja la usya2 kat Lazada & zalora.. Macam biasa la aku ni kalau nak membeli belah online mengalahkan nak beli aset juta2 punya survey. Dua tiga kali aku dok tengok benda yang sama. Kadang2 peram dalam draft tu punya lama baru nak proceed. Untung yang proceed ada yang tak jadi beli pun ada. Tapi kalau kat Mall nak membelek sampai ke hujung benang memang tak la.. Asal cantik.. elok duduk kat badan.. takde koyak atau rosak kat memana rembat terus bayar je. Kang balik takut menyesal bila tak beli.


Tak lama bagi perempuan.. Tapi macam berkurun bagi lelaki yang tunggu. Anak pulak kang lama sangat mula la dia tak reti diam. Jadi sejak berstatus mak mak ni.. Acara membelek kat Mall tu tak berapa lama sangat. Jumlah jam tu di kurangkan sikit. Minggu lepas nak beli wallet.. singah Aeon kepong. Almaklum la perempuan.. Cakap nak beli wallet tapi bila pergi bayar tetiba jadi 3 item termasuk wallet. Alang2 dah terembat satu seluar bercorak ni.. Rasa macam takde pulak baju nak matching. Tu yang dok survey baju/cardigan/jacket yang boleh match dengan seluar baru beli ahad lepas ni.

Aku ni bukan la kata tak kisah langsung pasal fesyen & trend. Kadang2 follow jugak trend tapi aku tak confident sangat nak over berfesyen. Aku jenis suka nampak simple tapi trendy. Tapi tu la bila dok windows shopping kat lazada sejak semalam.. Depan tu dah nampak cun sangat. Tutup litup baik punya.. Lurah dendam ke.. lurah bilut ke.. hapa memang tak nampak katanya. Tapi bila clik tengok belakang baju.. mak aii.. carik pulak. Terbelah sampai nampak tulang belakang.. Paling2 pun boleh nampak tali bra la. Kot mana pun dia buka jugak. Tak depan.. bahagian belakang.

Fesyen zaman sekarang katanya... baju carik carik pun harga tak menahan. Gigil jugak la kalau nak proceed bayar. Tapi takde yang aku rasa nak beli lagi buat masa sekarang apatah lagi fesyen tutup depan carik belakang. Aku tak pakai baju carik2.. koyak2 ni.. Aku tak hipster sangat katanya. Biarlah orang2 kaya je pakai.. sebab zaman sekarang orang2 kaya je suka pakai fesyen koyak2 sebab nak nampak trendy. hahahaha

Ok aku nak sambung window shopping kat lazada jab.. Zalora macam tak berapa taste je. hahahaha...

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com