RESEPI PALING SERAM, RENDANG PONTIANAK

12/04/2015 10:49:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

RESEPI PALING SERAM, RENDANG PONTIANAK. Tu dia hari ni kita akan berkenalan dengan rendang pontianak. Seram tak? Amboi lekatlekit ni mentang2 dia sekarang lebih di kenali sebagai Puan Seri Seram (gelaran yang blogger Hasrul Hassan bagi) Resepi pun yang seram seram je dia nak share kan? Gamaknya Rendang Pontianak ni ramuan apa yer? Seram jugak ke? Manalah tau kot2 nak kena guna jantung orang mati bersalin ke, semangkuk darah ayam hitam ke kan...


Cik Ponti tak makan rendang jadi walaupun namanya Rendang Pontianak tetap di makan oleh manusia2. Maka tak perlu risau bahan2 dia tak susah sangat nak dapat. Tak perlu asap kemenyan bagai sebelum memasak atau mentera semerah padi. Kenapa rendang pontianak. Sebab warna dia tak macam rendang biasa. Merah. Dia ala2 rendang nogori sembilan. rendang pontianak ni warna dia suci murni jer.. Nampak putih2 sikit. Kan pontianak uniform depa kaler putih kan. Yang specialnya rendang Pontianak ni di masak dengan cendawan tiram. Cendawan tiram pun putih jugak. Sebab banyak putih ok layaklah dia di gelar rendang pontianak. hahahaha tapi korang Pernah makan rendang cendawan? Mungkin ada yang tak pernah so lepas ni boleh cuba.

Bahan bahan nak buat rendang Pontianak ni sama je macam rendang biasa cuma cili kering di tukar kepada cili padi..

bawang besar
bawang putih
halia
lengkuas
kunyit hidup (kalau takde guna kunyit serbuk pun boleh)
Kerisik
Serai
Cili Padi
Santan
Daun kunyit
Daun limau
Ayam
Cendawan Tiram

Mula2 bersihkan ayam.. Carikkan cendawan tiram. Kupas bawang, halia, lengkuas. Potong serai halus. Potong daun kunyit racik2. dah siap semua benda tu marilah kita ke langkah seterusnya...

Cara memasak
Bawang besar,bawang putih,serai,lengkuas,cili padi,kunyit hidup,halia di kisar halus. panaskan minyak kemudian tumis bahan2 kisar tadi. Agak naik bau masukkan ayam biar sampai mendidih masukkan kerisik & santan. Masukkan jugak daun limau & daun kunyit. Dekat2 nak masak masukkan Cendawan tiram. Masak sekejab agak kering sikit kuah dia tutup api & hidangkan.

Rendang Pontianak kurang pedas untuk di nikmati pesakit gastrik. Kalau korang nak pedas lebihkan cili padi tu

Senang tak? Sambil joget lambak pun boleh masak rendang pontianak ni. Kat blog lekatlekit.com jangan risau kalau share resepi mesti yang simple2 & mudah nak buat. Nak resepi berat2 sila melangkah jauh sikit ke blog Mat Gebu Dapur Tanpa sempadan tu yer.. Dia dah pakai nametag blogger chef. Aku ni blogger caca marba jadi resepi pun yang berkonsep santai di tepian pantai la. kekekeke

Tapi menu aku ni takde la seram mana ye dak? Alah apalah sangat Rendang pontianak 

5 comments:

  1. Aku terpedaya, ingatkan pontianak yg kena jd mgsa rendang. Hehehe. Tajuk gempak seyh. Hehehe.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah cuba lagi letak cendawan.. peh ni nak cubalah.. ;)

    ReplyDelete
  3. ni pestime akak tahu buat rendang campor cendawan...nampak sedap...tapi nama dia tu ada gigil2 sikit la....hahaha....ape kata tukar nama jadi "rendang kakak cantik" hehehe

    ReplyDelete
  4. Apasal nampak seram rendang tuh ek...

    ReplyDelete
  5. Kalau dah semua putih, kenapa tak letak 'rendang qu puteh' aje? Kan lagi sesuai! Ish, nak juga letak tagline seram sejuk beku dia tu!

    First time akak dengar rendang campur cendawan. Memang belum pernah nampak, buat sendiri dan makan. Kiranya kalau kita buat hidangan ni tengah malam, pontianak confirm tak datang yerk Suria! Akak is takutlah kotnya kalau-kalau pontianak cium bau rendang baki dalam peti sejuk terus decide nak singgah jap bagi feeling seram kat tuan rumah!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com