BOSAN BOLEH MENYEBABKAN BERLAKU TEKANAN PERASAAN
Tapi semuanya berubah bila mula nak serasikan diri jadi manusia yang jobless ni. Kalau duduk kat kampung dengan mak bapak lain cerita.. ni duduk jauh di perantauan yang ada asben je. Tu pun malam baru nampak muka. Siang2 hari habis buat kerja rumah.. rumah pun time tu takde sapa nak sepahkan sangat. Almaklum la anak pun belum ada. Masih dalam proses kejadian katanya. Rasa macam nak gila jugak la sorang2. Tak sapa nak berbual.. Asyik online sampai kontot la jari jemari abang saleh.. erkk..
Apa yang aku rasa ni memang sesiapa sahaja akan rasa bila pertama kali berhenti kerja & ambil keputusan untuk jadi surirumah. Nak2 lagi yang belum beranak pinak la. Umpama satu suasana baru yang perlu masa untuk kita serasi. Sebab tu kadang2 ada yang baru kahwin & tak bekerja.. sebelum ni mungkin dia belajar atau tinggal dengan family yang ramai adik beradik so kesunyian tu tak terasa sangat. Bila terpaksa hidup sendiri bersama suami. Siang di tinggalkan.. Ada yang sampai stress & menangis jugak la. Bahaya sangat tau keadaan macam tu. Benda macam ni tak boleh di biarkan.. stress sebab terlampau bosan jugak boleh memudaratkan kesihatan mental & fizikal. Tak mustahil boleh menyebabkan terjadinya tekanan perasaan yang serius.
Sebab tu la.. sementara nak serasi dengan kehidupan baru kita.. kat rumah kita mesti ada aktiviti atau sesuatu yang boleh isi kelapangan masa & hati kita. Supaya benda2 jahat tak boleh memudaratkan diri kita. tak susah pun nak buat aktiviti best kat rumah. Korang boleh buat perkara perkara ni >> 5 Perkara Yang Boleh Anda Buat Tanpa Keluarkan Budget Yang Banyak Malah Membantu Anda Hilangkan Stress Akibat Terperap Dalam Rumah <<
Moral of the story.. selain aktiviti duniawi yang boleh di isi untuk mengurangkan bosan yang boleh menyebabkan stress.. aktiviti keagamaan sebenarnya lebih membantu kita tenang, lapang & gembira. So, menjadi surirumah tak sepatutnya menjadi perkara yang memberi kita tekanan. Sebab tak semua orang mampu jadi surirumah macam kita & ramai di luar sana mengimpikan untuk jadi surirumah cuma kadang2 tuntutan hidup membuatkan mereka tak mampu tinggalkan kerjaya.
btl....sy phm cmne perasaan bosan yg blh smpi tekanan perasaan tu hehe..sbb sy pnh gk rasa bosan duk umah, tp xtahu nak buat apa..xtahu nak kelua pegi mn..rsa mcm nak menjerit gtu haha..tp blm tahap tekanan perasaan lg r
ReplyDelete