REMAJA MELAYU BERKABUNG ATAS KEMATIAN ARTIS KOREA, APA HUKUMNYA?
Yang tu kita biarkan dulu. Hari ni kecoh pulak pasal ritual berkabung yang di lakukan kat Malaysia atas kematian artis korea tersebut. Berkabung tu takde masalah kalau yang buat tu bukan Islam.. Ni nampak ada remaja melayu bertudung. Ada yang siap dok baca teks dalam bahasa korea katanya ucapan penghormatan untuk artis korea yang meninggal dunia tu. Ia memberi persepsi yang tak berapa sedap la kan.. Cukup la sekadar menyatakan simpati, Yang beragama Islam tu hangpa tak payah over sangat sampai nak berkabung bawa lilin, bunga & baca teks penghormatan bagai. Macam mati laki pulak dia punya over berkabung ni.
< So, makcik lekit pun cari la info sikit.. Nak tau boleh ke amalan berkabung ni dia buat untuk orang bukan Islam. Sedangkan yang makcik tau.. Dalam Islam ni Isteri yang kematian suami di sunatkan berkabung selama 3 hari sahaja. Untuk kematian lain tak ada pun suruh berkabung. Cuma kalau nak berkabung untuk menghormati kematian tu hukumnya harus tapi tak boleh berlebihan. Tu untuk sesama Islam la.
Apatah lagi kau berkabung sebab artis korea meninggal dunia siap lilin, bunga, gambar & baca talkin (Ucapan Penghormatan) bagai. Rasa tu dah level berlebihan & melampau jugak. Tak tau la anjuran ritual berkabung tu ada kelulusan atau pantauan mana2 pihak atau tak. Sampai remaja Islam pun boleh terjebak sekali.
Sumber Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan |
Pada pentaksub KPOP atau mana2 retis sekalipun.. Hope berpada pada la kalau nak suka atau sayangkan sesuatu tu. Dari hangpa dok berkabung retis korea yang dah mati tu.. Hangpa kumpul ramai ramai buat solat hajat supaya Allah lindungi kita semua dari malapetaka akhir zaman ni.
Moral of the story.. Setiap apa perkara pun kalau taksub & berlebihan memang boleh mendatangkan kemudaratan. Jadi tepuk dada tanya iman..
dunia akhir zaman.. yang pelik dah jadi kebiasaan .. macam2
ReplyDeletesekadar simpati sudah memadai, kalau nak berkabung dgn cara mcm tu, maybe tak sesuai utk yg beragama Islam. sekadar pendapat peribadi ya, nnt kena kecam pula ...
ReplyDeleteOrang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber’iddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa ‘iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat” [Al Baqarah:234
ReplyDeleteSumber: https://almanhaj.or.id/2573-berkabung-dari-kematian.html