18 June 2011 13 Komen Melekat

DI UGUT SEBAB LIPAS

Kadang - kadang ada situasi yang memerlukan si isteri jadi penyelamat. Biasanya Serangga tanpa izin dalam rumah macam lipas, cicak ni paling di geruni atau geli oleh perempuan, kan?? Maka suamilah selalu jadi hero dalam rumah untuk menyelamatkan si isteri dari serangga kecil yang mampu buat para isteri/perempuan meremang bulu roma.

Di lahirkan sebagai seorang perempuan yang takde rasa takut, geli atau fobia dengan serangga tanpa izin macam lipas & cicak maka aku tak perlu bantuan en hubby untuk menghalau pendatang tanpa izin dalam rumah. Alah.. benda kecik macam tu sang lekit memang boleh settle sendiri tanpa ada sebarang sound effect (jeritan). Tapi en hubby memang geli dengan serangga tu. Aduhai.. sanggup ugut bini tak nak mandi sebab ada sekor lipas yang dah nazak dalam bilik air. Jarang - jarang dah rumah sang lekit ni nak muncul lipas.. Tapi entah macam mana hari ni sesat pula sekor. Tu pun dah nyawa - nyawa ikan.erkk.. nyawa2 lipas. kekekekeke

Macam ni la keadaan lipas tu dalam bilik kat rumah sang lekit tadi (hasil carian google)

Sang Lekit saja nak suruh dia buang sendiri. Nak atasi kegelian dia pada lipas tu. Tapi dia tetap tak berani nak berhadap makhluk yang berganda kecik dari dia. Maka dengan ini menjadi tugas heroin la pulak.. Lucu jugak. Tapi itulah kuasa Tuhan kan mentakdirkan kami bertemu jodoh. Kalau sang lekit jenis perempuan yang biasanya geli & takut serangga2 macam tu agaknya macam ekk?? Sapa la nak settlekan??

Memandangkan serangga tu kotor & boleh membawa penyakit selalunya malam - malam sang lekit akan sembur ridset dalam toilet & bilik air walau tak nampak pun kemunculan makhluk halus tu. Tu langkah pencegahan awal untuk tidak buat lipas bertandang tanpa di jemput dalam rumah. Dulu memang banyak jugak.. Tapi bila amalkan cara macam tu memang dah berkurang. Dah jarang - jarang nampak tetamu tak di undang melainkan cicak dinding jer. Satu lagi kena rajin2 buang sampah. Sisa makanan juga penyebab makhluk halus tanpa izin berminat untuk mendirikan rumah tangga kat rumah kita.

Setiap pasangan kita tu ada lebih & kurangnya.. En hubby ada kelebihannya sendiri yang boleh buat sang lekit bergantung dengan dia, macam tu juga dengan bini dia. Tak perlu la kita terlalu memandang rendah pada kekurangan milik pasangan kita & merasakan kitalah heroin dalam segala hal sebab hidup berumahtangga ni saling lengkap melengkapi. Kalau pasangan korang pun jenis lemah dengan makhluk2 halus macam hubby sang lekit maka korang kena berani. Lagipun bagi sang lekit bukan perkara pelik.. sebab dulu pun sang lekit ada kawan lelaki yang jenis macam tu. Kalau bab gaduh, bertumbuk & belasah orang macam hero hindustand. 10 lawan 1 pun tak gentar, tapi bila sang lekit kenakan dia letak cicak dalam kotak pensil, 10 round padang sekolah dia lari untuk hilangkan rasa geli pada cicak tu. selagi tak buang, selagi tu dia tak sentuh kotak pensil. Kekekekekekeke

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;