Peringatan!!

Penulisan dalam blog ni adakala berunsur kritikan secara rambang yang tak menyebut @ merujuk kepada mana2 pihak @ individu. Jadi kalau ada yang terasa anggaplah ia 1 kebetulan @ terima je la sebagai peringatan. Peace No War

04 November 2011

BILA POS LAJU TAK LAJU..

Bila malas orang akan buat macam2 alasan. Kadang2 alasan tu terang terangan menipu. Bila alasan di cipta untuk mengelakkan dari tunaikan tanggungjawab yang sepatutnya mula la nak main ayat power kan. Mungkin orang yang jenis angguk2, geleng2 ni akan setuju & diam je tapi bagi orang yang tak puas hati & nak dengar juga alasan munasabah, boleh ke kau nak buat ayat power lagi.

Kisahnya pasal posmen & pos laju. Bulan lepas ada 2 barang yang di hantar ke rumah sang lekit menggunakan perkhidmatan pos laju. 1 barang memang sampai tepat seperti yang pos Malaysia tetapkan. Mungkin posmen yang hantar tu betul2 buat kerja. Takde nak buat alasan call tak jawab, orang takde kat rumah, walhal sang lekit ni sentiasa ada kat rumah kalau hari bekerja. Kalau pun nak keluar sejak ada baby ni petang atau malam tu. Tu pun jarang2 sangat sebab lala terlalu baby nak di bawa keluar selalu. Tapi masalahnya 2 kali dah berlaku pos laju tak laju pun sampai.

Carian google

Bila dah lebih seminggu orang hantar barang guna pos laju kat sang lekit tak sampai tepat.. Geram jugak. Bila call pos malaysia alasan dia bagi posmen cakap orang takde kat rumah (dah terang2 menipu), call tak jawab (kalau call tak jawab kau datang ketuk pintu rumah) & lift rosak (kalau 5 tahun lift kat sini rosak bermakna 5 tahun la khidmat pos laju tak boleh guna kat sini). Sang lekit call tadi untuk bertanyakan barang yang tak sampai seperti alasan itu di gunakan. Bila alasan takde kat rumah tu sang lekit berjaya buat dia tak boleh jawab, dia kata sebab call tak dapat. Jadi kalau posmen naik ke tingkat 9 dengan tangga tak berbaloi kalau orang takde kat rumah.


Masalahnya posmen tak naik pun.. Sang lekit tanya sepatutnya posmen naik ke tidak. Dia kata memang posmen kena naik.. Jadi apa alasan lagi? Call tak dapat bukan 1 alasan yang munasabah. Alasannya nak buat kerja senang. Pernah sekali posmen call pengirim (sebab si pengirim tu tersalah letak no tel dia kat nombor telefon penerima) Ada dia suruh penerima turun ambil barang sendiri. Dah la lewat sampai.. Tapi Cik adik (pengirim tu) bijak cakap tak boleh turun ada baby maka dia naik jugak. Yang terbaru ni dari 20hb aritu pos sampai sekarang tak sampai kat tangan sang lekit.

Bila berdebat dengan cik kak yang mungkin kerja di bahagian khidmat pelanggan kot sebab dia jawab call & pertanyaan pelanggan, Cik Kak tu tetap la nak betulkan jugak salah dorang. Kalau dah sepatutnya posmen tu naik sampai depan pintu rumah, kenapa nak buat apa yang patut je. Buat la apa yang sepatutnya. Alasannya bila ada no tel penerima, dorang (posmen) ada pilihan. Boleh call dulu sebelum naik. Senang kerja. Nak keja senang goyang kaki la beb! Sang lekit tanya jugak kalau yang takde tel, tinggal rumah yang tinggi2, lift rosak.. dorang nak buat macam mana? Dia cakap kena naik jugak ketuk pintu rumah sebab itu yang sepatutnya dorang buat. Sang Lekit tanya lagi kalau yang ada tel, memang tak payah naik dulu la. Call je, tak jawab buat alasan orang takde rumah. Kalau tel rosak ke, apa ke.. macam mana? Barang tu tak payah hantar la. Tau dia tak tau jawab. Sang Lekit tanya berkali2 apa sepatutnya posmen buat kalau ada penghantaran pos laju.. memang kena call dulu ke. Dia jawab sekadar memudahkan kerja bukan prosuder kerja. Bermakna dorang nak buat keja senang. Jadi sang lekit ambil point apa sepatutnya dia buat yang dia tak buat. Berbelit belit ayat akak tu nak jawab. Alih2 dok point lift rosak, call tak jawab jadi kalau naik orang takde kat rumah pun tak guna, Kepala hotak engkau wahai akak! Kan lebih senang minta maaf & mengaku salah dari dok tegakkan benang yang basah.

Lepas dia kata syarat pos 2 kali pnghantaran je. Kalau 2 kali takde kat rumah masa posmen datang maka kena pergi kutip sendiri kat pejabat pos. Kepala hotak kau buat kali kedua. Sang lekit ada kat rumah, cuma posmen je tak sampai kat rumah. Bila posmen dorang yang salah, dia cakap akan buat penghantaran kali ke 3 selasa ni kalau tak dapat jugak kena datang ambil sendiri. Kalau posmen tak naik jugak ke tingkat 9 & ketuk pintu rumah untuk pastikan orang ada kat rumah atau tak macam mana? Kalau asyik nak call je.. Sang lekit memang jarang jawab call dari no tak kenal. Tapi bukan syarat penghantaran dia kena call dulu. Syarat dorang kena datang ketuk pintu rumah dulu.

Jadi mari kita fikirkan siapa yang salah? Sang Lekit salah tak jawab call posmen? Posmen salah sebab nak buat kerja senang je? Atau salah lift siapa suruh dia rosak?

P/s : Kat kampung kalau ada pos laju takde lak posmen nak call dulu sebelum datang. Yelah.. kampung takde rumah sampai sembilan tingkat.. kan??

25 Jari Melekit Menaip:

eliyaezlinalias said...

haaaa...camtulah jadiknya taim el kol
asek2 berbalik pada lif rosak
pastu bkali2 el tanya ada tinggal call card tak, katanya xpasti kena cek ngn posmen
bila el question lagik, bukan kalo org xde kt umh kena tggal call card ke..kata nya nnt kita place enquiry nak cek dulu! hangguk la dorg neh kan.......
p/s: cian ciklala xdapat lg besday present! hehehe

Salina@IbuAqil said...

Deme malas ler tu mummy.. X pun jenis yg badan besor.. X larat nak daki tangga nak nek lift x muat kot.. Hik3!! Apapun kerja dimana2 akan ada jenis manusia mcm ni.. Malas, lembab & Tak amanah dalam memikul tanggungjawab tugas yg diberi.. Tak semua tp tetap ada kelompok sebegitu.. ;) Selamat Hari Raya AidilAdha dari EmIenAqil!! ;D

aReLaN said...

singgah dr innit.tulah psl.dh bleh sgt tukar nme jd poslembap ke posiput ke apa.aiyaa...

EZAN IDMA said...

btol. buat la keje elok2 kan

onie said...

report je kat boss dia,senang~

rara pinkmafia said...

mmg btol tu sis.pos laju mmg malas.padahal kite ada je kat umah.eeuuuuwwww mencik.rara pon dh manyak kali kena,

ejulz said...

sebok nak masuk raja lawak jugak kot.. hEHe

lionteen said...

mmg macam tu la pos laju. ckp je pasal pos laju, ramai yang marah dengan service dorang ni

Pondok Usang said...

ini hari hantar... semalam sampai...

shatooman said...

pernah jgk kena mcm lekit..dulu mak sy pernah hantar dokumen penting utk sy..sbb urgent & diperlukan dlm masa 5 hari, maka mak pon guna la pos laju..yg hampehnya,surat tu sampai selepas 2 minggu. tu pon dh 2,3 kali call diorang..last2 dokumen yg diterima tu dicampakkan dalam tong sampah..urusan sy terpaksa dibatalkan..alasan diorang org x de kat rumah..punya celaka alasan.padahal kat rumah tu 24jam ada org.bila disiasat & tanya jiran2,rupanya diorang hanya tunggu kt bawah apartmen.x naik pon..

Zulfikar Hazri said...

kalau aku kena macam ni?

1. aku scan slip pos

2. aku tulis surat rasmi..

3. tulis kronologi

4. amik nama akak tu...

5. CC/salinan kepada Pengerusi Pos Malaysia...

6. tengok diorg menggelabah ke tak..

NAZRUL AZAT said...

awak garang kot, tu pasal posmen tu takut nk ketuk pintu :-)

Mamamia said...

pelik bin ajaib jgk, coz selalu pos laju smpi 1 hr jer if brg hantar semalam..sah2 mls nk naik tangga ni..kihkih

ahsfantasy24 said...

alahai,
klw nk cari alasan tu mmg
boeh beribu banyak ;)

Gen2Merah said...

memang tak patot lah nak mereka nak bagi alasan tak munasabah macam tu kan..

Kalau saya plak ada ka patut Poslaju suuruh saya sendiri datang ambil barang tu sendiri di kaunter mereka..

apa guna orang bayar mahal2 poslaju tu kalau Poslaju tak menghantarnya dengan selamat ke rumah...

baik guna pos biasa kalau macam tu.. dah lah jarak rumah jauh.. Tak profeisional langsung mereka nak buat kerja ni...

Rtp Farra Arisha said...

most of the excuses can't be accepted at all. mahu bekerja, tapi sempat lagi melengah2kan kerja dna memberi alasan yg tidak logik di pikiran..:'(
kekadang geram juga bila perkara macamni terjadi kat diri sendiri! :'D
sungguh tidak mempunyai kredibiliti dalam menjalankan tugas!! emm..

salam idul adha sis lekit ;)

belogkiter said...

teringat lagi kat mak.. hari tu tengok dia siap bergurau senda dengan encik posmen. mak cakap.. yelah adik adik kau kan masing masing belajar lagi. kot kot surat dari U ke, kerja ke.. mama takut diorang buang. tu yang bersosial tu. hihi.. comelnya mama

Daddylicious said...

zulfikar punya komen agak menyeramkan kakitangan pos malaysia...hehe

EZAN IDMA said...

salam aidil adha sis

♥cmª shIemª♥ said...

mummy betul2 marah ni..
hehe..
tp betul ape yg abby terang2 kat atas tu..
kdg2 cma pon jadi hangen gak..pernah dua kali khidmat pesanan pos laju..
sampainye lepas 1 minggu..

sabar je la..


salam aidiladha buat abby sekeluarga..

*sorry,cma x sempat upload lg pic utk header tu..dah siap nnti cma gtau..

airynur said...

penah antar surat important sgt...
ambil mase almost 3 weeks...
lemah gile...
atas alasan ade cover insurance...tapi lembab gile
so skrg aini gune register pos je...
lagi murah dan selamat...

gigiAriEma said...

dh byk jd cen tu. kdg meluat la nk pkai khidmat post laju. baik pkai yg lain pnya..

Ct Arina said...

kakkk posmen sekarang ni bukan macam posmen dulu. posmen skarang ni pemalas. tak semualah. tp majoriti. bende yg kene sain & parcel besar, dorang x ketuk pintu rumah pun. main sumbat je kat dlm letter box. yg selalu jadi mangse rumah tingkat mcm kite ni laa. nk selamat, gunelah kurier sevis. cume mahal sket.

JunAina said...

LLG...biasa depa nak buat kerja senang ja. masuk kad dalam kotak pos soh collect kat pejabat pos...hampehhh...

Finaz Jaafar said...

haaa itu la mslh pos laju ni..boleh plak nak nipu..kalau rasa tak larat nak buat kerja ni pe kata tukar keje lain je posmen tu..sebab itu tanggungjawab dan amanah..barang org kot.,.

kalau dia tak hantar, dah kira langgar amanah..pastu tak guna la de sistem pos laju kalo posmen taknak hantar, dah orang kne gi amik kat pejabat..grrr mmg emo la sbb pnh kne !

3P.PANAS!PEDAS!PERIT!

  • Kompilasi Bebelan Saya Volume 4 - Assalamualaikum.. Kompilasi Bebelan Saya sudah masuk ke Volume 4, semangat menulis kembali datang selepas bulan 5 menyaksikan aku sungguh malas menulis ker...
    8 hours ago

ENTRI MASIH PANAS