APA BEZA BAYI & SAMPAH??
- 13 Disember: Seorang tukang sapu yang ingin mengambil beg plastik hitam dalam tong sampah yang ditempatkan di sebuah stesen minyak di Batu 2, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, terkejut sebaik mendapati plastik itu mengandungi mayat bayi perempuan cukup sifat.
- 17 November: Seorang lelaki yang menjala ikan di sungai berhampiran flat PKNS AU3, Keramat, Kuala Lumpur menemui mayat bayi lelaki di tebing sungai dengan tangan kanannya tersangkut pada sebatang kayu.
- 15 November: Menyayat hati apabila seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam kotak minuman di sebuah pangsapuri di Jalan Sungai Pinang, Georgetown, Pulau Pinang.
- 6 November: Seorang wanita yang mengharung banjir untuk ke tempat kerjanya di Jalan Putra, Alor Setar, Kedah tergamam apabila terjumpa bungkusan plastik berisi mayat bayi yang masih bertali pusat dan uri.
- 10 Oktober: Seorang lelaki yang ingin mencari daun keladi pelik melihat keadaan tanah dengan kesan masih baru ditimbus sebelum mengorek tanah itu dan menemui mayat bayi perempuan yang ditanam di kawasan tanah rizab, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, berdekatan Sungai Klang, Shah Alam, Selangor.
Jika kelahiran mereka tidak di ingini sekalipun jangan mencampakkan mereka di tempat2 macam tu. Macam sampah sedangkan ia manusia yang bernyawa. Banyak saluran yang lebih baik sekiranya kehadiran mereka tidak di ingini. Kenapa harus bersikap kejam pada bayi itu?? Aku tak faham kenapa harus di kandungkan jika dari awal lagi tidak di ingini?? Walaupun ia satu dosa.. namun adalah lebih baik di buang semasa ia masih lagi seketul darah dari di buang bila ia sudah menjadi manusia. Apa Beza Bayi & Sampah jika di perlakukan sedemikian rupa?? Takde beza lagi.. Hati2 bangkai itu tidak dapat menilai antara nyawa & sisa. Mungkin bagi mereka ia cuma sisa dari dosa2 mereka.. Tak mungkin mereka mampu membezakan antara nyawa dan sampah lagi. Inilah kisah yang terjadi.
ish3...dunia akhir zaman nie...dasyat laa..x syg anak ker..?? klo xnk anak tu..bagi kt fiqah nie haaa..ish3...
ReplyDeleteberbeza
ReplyDelete