BINI SAPA TU??

1/04/2011 01:55:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

Bini sapa?? Tak tau la kan.. Nak tau ker?? Meh sini dok dekat - dekat nak cerita.

Tadi kira2 pukul 11 malam baru la ingat nak keluar pegi kedai beli ubat gigi yang dah abis tok. Gila gosok gigi pakai sabun kang!! Then.. Masa balik dari kedai dengan niat beli ubat gigi tapi pulang bersama ubat gigi & bawang gitu. Malas la nak jogging memalan kelam ni.. So guna lift. Lagipun bukan waktu sibuk time2 camtu.

Masa dok tunggu lift sampai.. Terpandang sepasang couple ni yang aku agak baru je kawen. Inai dok merah menyala lagi kat jari si bini tu. Dengan bertudung litup.. Sempurna la mata memandang. Bukan bertudung tapi berlegging yer. Pakaian dia cukup syarat seorang muslimah. Takde melekat lekit baju dia kat badan. Tudung dia pun melepasi paras dada. Wajah dia.. aduhai tenang sangat. Dia nampak macam pemalu bila tunduk jer sambil pegang tangan hubby dia. Orangnya takde la cantik.. Tapi kagum keimanan di wajah dia tu memang terpancar. Sejuk mata memandang. Dalam lift aku curi2 pandang lagi. Entah la kenapa aku tertarik sangat dengan dia. Tak semua orang yang berpenampilan muslimah camtu sedap di pandang. Tapi dia..

Hati mula tertarik.. erkkk.. aku bukan lesbian tau! Tertarik dengan apa yang ada pada diri dia. Seorang perempuan berwajah biasa namun cukup tenang mata yang memandang. Takde langsung kesan makeup tapi cukup indah. Tengok lak hubby dia.. dengan ber t-shirt & berseluar cotton senteng paras buku lali.. berkopiah.. wah laki bini mempunyai aura yang membahagiakan.

Hati tertarik & berdetik sesuatu... Mungkinkah?? Insyaallah.. Mungkin ini hidayah dari Tuhan mempamirkan aku satu permandangan yang indah seorang muslimah.

3 comments:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com