GADIS KETURUNAN ORANG ASLI TULIS BLOG

1/04/2011 10:57:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Tajuk mesti kontroversi.. Pastu orang yang tak baca entri & baca tajuk je mesti rasa nak lempang2. Napa, ada undang2 kata orang asli tak boleh buat blog ker??

Boleh.. sesapa pun boleh tulis blog tapi itu bukan isunya yer.. Ni alkisah dari Blogwalking aku petang tadi. Wah benda petang tadi baru ko nak cerita malam ni. Erkk.. napa?? Dah basi ker?? Belum 24 jam masih fresh lagi tau kalau di panaskan. Okies berbalik kepada kisah seorang gadis yang berdarah campuran jawa & orang asli ni..

Aku lupa lak blog sapa sebab aku ni memang pelupa. Lupa nak bookmark blog dia. Tapi takpe yang penting pengisian dari kisah ni. Si Gadis mengaku dia berdarah campuran Jawa & orang asli. Sebelah bapak dia kot berketurunan orang asli tapi budaknya comel. Takde la rupa macam orang asli.. Op's jangan negatif thinking ok! Bukan maksud nak gula2 kan wajah orang asli tapi seperti kita sedia maklum orang asli ni mempunyai wajah sedikit lain berbanding kita orang melayu. Dari wajah dorang kita boleh teka.

Berbalik kisah si gadis comel ni.. Katanya dia tak malu nak beritahu orang bahawa dia berdarah kacukan orang asli. Dia cukup pantang bila orang nak menyatakan sesuatu yang buruk, kuno & tak up to date menggunakan orang asli sebagai contoh. Yelah apa dosa orang asli tu sampai nak buruk - buruk kan dia. Betul juga.. Kenapa kita mesti menghina orang asli. Orang asli ke tiruan ker.. Mereka tetap manusia punya hati & perasaan. Kalau dulunya penempatan mereka banyak di hutan, dan meneruskan kehidupan dengan pencarian hasil hutan tapi sekarang zaman dah berubah. Banyak di antara mereka dah berjaya. Wajarkah kita memandang mereka sebagai satu keturunan yang kuno?

Siapa kita untuk melevelkan orang melalui keturunan, kan?? Yang membezakan manusia bukan kerana keturunan tapi bagaimana manusia itu membawa diri & memaparkan keperibadiannya. Tidak adil bagi golongan orang asli kalau mereka di jadikan bahan senda gurau atau sesuatu contoh yang buruk & tidak maju. Ingat orang asli ke orang tiruan ke dorang juga ada hati & perasaan. Hormati hati dan perasaan mereka yer.

Membaca taipan gadis berdarah orang asli tu buat aku sedar.. Kadang - kadang jenaka kita tanpa sedar melukakan hati orang lain jika bangsa & keturunan di gunakan. Entri ini bukan berlagak baik.. sekadar ingat mengingati diri sendiri & semua. Yang baik jadikan teladan, yang buruk kita perbetulkan.

7 comments:

  1. siapakah gadis itu? bolehkah saya berkenalan dengannye?

    ReplyDelete
  2. Akak kat opis sy ada sorang orang asli.dia masuk Islam, tpi mak dia x masuk Islam.

    ReplyDelete
  3. kak abby...mcm mana leh lupa lak link blog tu..huhuhu...klu x leh dah terjah...

    ReplyDelete
  4. saye lah orang itu..heee..mekaseh abby..like this entry...^_^

    ReplyDelete
  5. ha dah terjejak pun tuan punya blog.. sesapa nak kenal sgt dgn budak comel tu clik je link cik sha. Thanks sha.. sorry lupa blog kamu. Ingat nak link dlm entri ni cr2 balik tak jumpa tadi

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com