STATEMENT KURANG CERDIK ARTIS TENTANG FESYEN BERKEMBAN

1/05/2011 01:29:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

Kalau dulu2 orang berkemban nak mandi jer..  Sekarang ni berkemban bukan untuk mandi tapi untuk ke majlis2 rasmi yang gilang gemilang cemerlang dan terbilang. Bila isu ni di timbulkan.. Maka kedengaran la statement2 agak kurang bijaksana dari golongan artis yang cuba nak mempertahankan diri..

<< Clik untuk baca statement artis disini tentang isu fesyen berkemban>>

Akibat fesyen berkemban di kalangan artis semakin berleluasa Menteri pun tegur. Yelah kalau tak di benteras dari awal dari berkemban kang berbogel lak. Mana la tau akan datang fesyen cat2 badan jer. Bila dah jadi virus & merebak memang sukar di bendung lagi. So bila nampak dah makin parah elok lah di sekat awal - awal supaya tak nazak.

Yang best artis ni.. Kadang - kadang statement dorang memang tak boleh blah. Demi nak betulkan tindakkan sendiri, sanggup memperbodohkan diri dengan statement kurang cerdik. Contoh statement kurang cerdik baca ni..

Pelakon dan model Julia Ziegler menyatakan pendiriannya mengenai fesyen artis yang dikatakan mencemar industri itu ada kebenarannya.
“Sebagai artis, ada kalanya kita tersekat dengan permintaan pereka pakaian. Mereka mahu mencuba fesyen mereka dan kita sebagai modelnya.
“Orang di luar boleh kata apa sahaja, tetapi hakikatnya ia hanyala pakaian yang dipakai di anugerah. Bukan sahaja artis yang seksi, malah ramai lagi orang di luar yang lebih seksi daripada artis.
“Sekatan berfesyen untuk artis itu rasanya tidak perlu berlaku. kita orang seni, orang nak tengok perkembangan dunia fesyen sekarang. Bagi saya, berkemban atau tidak, terpulang kepada individu.


Macam aku cakap tadi.. Kalau di biarkan terlalu bebas berfesyen.. sekarang berkemban tak mustahil akan datang berbogel, betul tak?? Bila si Julia ni mempertikaikan orang awam yang seksi.. Agak lucu la juga. Kalau dah artis tu icon fesyen jadi sapa la Tok Guru dia?? Muka cantik.. otak lak kurang cerdik. Sendiri buat pengakuan artis sebagai perantaraan orang awam untuk perkembangan dunia fesyen tapi sendiri pertikaikan kenapa artis je jadi mangsa sedangkan bukan artis kat luar sana pun banyak seksi. Ada otak pakai, ada bijak jangan gadai. sekian Makaseh

5 comments:

  1. diorang semua pikir pakai kepala lutut

    ReplyDelete
  2. haha..ada otak tak gune..otak dgn kepale lutut lebih kurang same je..

    ReplyDelete
  3. ape la diorang ni nak berkemban?? ingat berlakon sundal bolong ke? pakai la gaun ropol2 ke.. skirt lip lap lip lap ke... baru la meriah kan... jeles betul....

    ReplyDelete
  4. dulu kecik2 mak tak ajar.ble dh jd artis baru gedik nk berkemban.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com