ISTILAH ROGOL & CABUL BAGI PASANGAN SUAMI ISTERI

1/06/2011 12:51:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

Bila dengar perkataan Rogol & cabul automatik kita akan set dia sebagai jenayah. Memang di bawah akta jenayah pun kalau seseorang di dapati bersalah melakukan rogol & cabul. Sekarang rogol & cabul bukan sahaja berlaku pada pasangan yang bukan muhrim malam dalam hubungan suami isteri pun sudah mula di ketengahkan.

Bukan satu berita pelik kalau ada artikel dalam akhbar isteri buat laporan di cabul & rogol oleh suami sendiri. Apakah ada hukum yang membolehkan suami di tuduh sebagai perogol & pencabul isterinya sendiri sedang hubungan itu sudah menghalalkan mereka bersama, bersentuhan & berjimak. Jenjalan kosmo tadi jumpa tentang artikel ni menarik minat untuk aku share dengan korang..
Sementara itu, pakar motivasi pembinaan diri dan pemikiran dan pakar pemikiran kreatif dan lateral, Datuk Jaafar Abdul Rahim berkata, dalam sesebuah perkahwinan apabila seseorang wanita sudah diijab kabulkan, suami mempunyai hak penuh ke atas isterinya.
Beliau memberitahu, seorang lelaki itu halal untuk meminta hubungan seks daripada isterinya melainkan dalam keadaan-keadaan yang dilarang.
Dalam permasalahan tersebut, beliau mengajak orang ramai agar memahami konsep hak dan segala pertimbangan dalam kehidupan, perhubungan dan rumah tangga.
“Apa-apa pun, adalah lebih manis jika masalah rumah tangga itu diselesaikan dengan cara baik dan di luar mahkamah,” kata Jaafar ketika ditemui di kediamannya di Ampang Jaya, Selangor. Mengakui bahawa mahkamah adalah sebuah institusi keadilan terbaik, Jaafar menjelaskan, jika isu yang ingin dibawa itu hanya mencalarkan maruah sendiri dan keluarga, lebih baik masalah itu diselesaikan melalui perbincangan tertutup.
Tambah Jaafar, dalam perhubungan, lelaki perlu bijak mengambil hati isteri. Sudah menjadi fitrah manusia yang mahukan kepuasan dalam perhubungan.
Sehubungan itu, kedua-dua belah pihak hendaklah memahami konsep perkahwinan dan tidak hanya pandai berjanji tetapi apabila berlaku perselisihan pendapat, segala kebaikan bertukar menjadi kejahatan. Tidak cukup dengan itu, timbul pula ungkit-mengungkit dan menyalahkan antara satu sama lain.
Dalam hukum syarak, tidak ada istilah yang boleh menghukum seorang yang sah bergelar suami sebagai pencabul atau perogol.
Menurut peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan, mengikut prinsip-prinsip Islam, seorang suami tiada halangan untuk mendampingi isterinya. Lelaki hendaklah mendatangi isterinya dengan lemah lembut.
“Jika isteri tidak bersetuju untuk mengadakan hubungan kelamin, dia boleh memohon perintah tegahan sementara di Mahkamah Syariah,” terangnya ketika dihubungi.
Perintah tersebut menurut Fakhrul, boleh dipohon sama ada oleh seorang isteri yang ingin menuntut cerai atau sebaliknya.
Menyentuh isu isteri mendakwa dicabul suami, Fakhrul menjelaskan, pasangan Islam yang telah berkahwin tetapi tidak tinggal sebumbung masih boleh bersama dengan syarat mendapat persetujuan dan kerelaan kedua-dua pihak.
Bagi hubungan intim, suami perlu mendapatkan persetujuan isteri terlebih dahulu dan memintanya secara baik bagi mengelakkan berlaku perselisihan faham.< Sumber dari : Kosmo >
Mengikut apa yang di jelaskan disini.. Tiada istilah Rogol & cabul pada pasangan suami isteri dalam hukum syarak. Aku pun tak tahu sebelum ni just ingat memang termaktub dalam undang2 bahawa suami juga boleh di dakwa merogol atau mencabul isteri rupanya dalam hukum syarak sebenarnya takde istilah rogol atau cabul.

2 comments:

  1. best tak kalau buat2 berlakon adengan kene cabul ngan rogol bersama suami/isteri???? hahahahahahah komen panas....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com