SOFTWARE YANG LEKIT GUNA BUAT HEADER

1/04/2011 08:33:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Termasuk shahazrin ni.. dah berapa blogger tanya camna nak buat header, pakai software apa.. dan ada yang minta tunjuk ajar juga. Korang jangan tertipu tau.. Sebenarnya lekit tak guna sebarang software yang power tapi lekit combine je software2 basic untuk buat header.

Lekit tak pandai guna photoshop, ok! Lagipun malas nak belajar.. Pernah try tapi terlalu banyak dia punya step. Poning kopalo Mak ni jang! Then lekit guna kreativiti & kebolehan yang sedikit nak buat header untuk lekit or 2 3 orang kengkawan yang Lekit rasa memang patut tolong buat. Nak kata pandai tak pandai sangat.. boleh la takat header comot2 yang korang selalu nampak tu.

Ok.. Software yang selalu aku guna untuk buat header ni cukup simple.. Mula2 aku akan create header secara basic dulu kat photoimpression (Software ni install melalui cd yang aku dapat masa beli mini digital camera dulu2) ataupun print artist (Ni leceh skit sebab dia takde format JPEG atau Bitmap apatah lagi GIF atau sebarang format gambar yang biasa kita tengok. Nak kena convert lak. So memang leceh sebab tu jarang guna). Lepas dah create header seperti dah potong gambar masukkan frame ke apa bagai gambar yang nak letak kat header, aku akan edit & touch up bagi nampak lawa sikit melalui picnik.com (Yang ni online editing jer. http://www.picnik.com/) & Last sekali kalau nak buat transparent background Aku guna aplikasi GIMP. Ni baru je berkenalan ni. Korang boleh online download software ni http://www.gimp.org.

Tu je cara lekit menghasilkan satu2 header. Cuma yang korang perlu study je software yang nak di gunakan. Macam nak crop picture.. Tu rasanya paling penting sebab ada orang tak tau camna nak buat. Nak bagi tutorial editing picture ni, tak pandai. Kalau depan2 boleh gak tunjuk. Just boleh share je la software2 yang aku guna dalam penghasilan header. Tu basic jer.. Nak advance2 tak pandai. Kalau berminat sila la mencuba. kekekekekekeeke

4 comments:

  1. CIK TIKAH WAT HEADER PAKAI PHOTOSCAPE JE. HIHI..

    ReplyDelete
  2. eman gune photoshop. gune pengalaman sendiri. tapi header x buat lagi. time blogspot dulu ade lah header best. skung sementare. hehe

    ReplyDelete
  3. salam

    memang mudah guna software tu, tapi kalau macam syira ni dh biasa guna adobe, bila guna photoscape pun rasa susah..

    thanx sharing :D

    ReplyDelete
  4. ye ke...wahaha.. mmg mencari2 header tebaik utk SJ... Tq

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com