ULAR TEDUNG TUMPANG TENGOK TV

1/06/2011 04:57:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

Semalam cerita pasal ular sawa di kawenkan dalam satu majlis yang diadakan manusia hari ni kisah ular lagi tapi bukan kesinambungan kisah pengantin baru ular sawa tu pergi honeymoon kat umah orang nak tengok tv tau tapi ni satu kisah yang berlaku kat sebuah keluarga lain pula di Malaysia.

Dok asyik layan cerita kat tv sampai ular pun rasa teruja nak join sekaki.. tapi apakan daya sebab dia takde kaki maka tak di terima la.. Kekekekeke.. Apa kisah ni lekit?? Kau nak kopek apa???

Alkisahnya sebuah keluarga yang dok layan tv bertempiaran lari apabila di datangi tetamu khas dari hutan iatu seekor ular tedung sepanjang 5 meter. Kau berani nak ignore binatang tu?? Kebal sangat ke?? Terpaksa menggunakan khidmat jabatan pertahanan awam untuk menangkap ular tersebut.

ANGGOTA JPAM Perlis menunjukkan ular tedung selar sepanjang lima meter yang ditangkap dalam sebuah rumah penduduk kampung di Ulu Pauh, Arau semalam.
Kalau menurut orang2 tua ni masuk ular dalam rumah ada petanda tak baik tapi kita tak boleh percaya sangat kan?? Semua tu kuasa Allah. Ular juga di antara jelmaan yang jin suka. Menurut Abang sepupu aku la.. Aku tak arif sangat bab agama. Kalau dulu mimpi di patuk ular orang cakap jodoh nak sampai tapi sebenarnya mimpi ular ada kaitan dengan gangguan jin juga kalau tak silap la dari artikel aku pernah baca dulu.

Tu dia abis kisah ular masuk.. Dari lari tajuk gitu. Apapun cerita pasal Ular tedung yang nak tumpang tengok tv rujukkan yang aku ambil dari Kosmo. Boleh clik sini untuk baca berita sepenuhnya : Kecoh ular tedung melintas depan TV

4 comments:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com