Kecoh semalam pasal tweet dari Dato Rosyam Nor, pelakon popular yang menghentam polisi pihak hamleys yang mengenakan syarat tidak boleh bertudung untuk bekerja dengan syarikat depa. Abis jadi viral seantero alam maya. Mengelabah Hamleys keluar statement minta maagf bagai. Hari ni satu lagi statement di post di Fanpage Rasmi pihak Hamleys.. Tapi lawak pulak rasanya alasan yang di beri.
Katanya orang yang temuduga anak rosyam nor tu tidak berkelayakkan & tak punya kuasa & tak tahu polisi syarikat depa. Kiranya Hamleys nak tuduh staff dia tu pandai2 ja la buat syarat sendiri & pandai2 dok pi interview orang minta kerja. Senang ja alasan kan? Kita yang baca rasa macam tak logik ja tapi tu la tak tau sejauh mana kebenaran nak tuduh pun susah. Nak tau kena pi siasat tengok staff2 hamleys semua ada yang berhijab ka dak?? Kalau takdak sorang pun berhijab.. Alasan ni rasa macam mengkambing hitamkan staff yang menemuduga anak rosyam nor tu je la.
Kat komen statement ni ramai dah mengistiharkan boikot Hamleys. Cuma tak tau sejauh mana boikot tu akan memberi kesan pada hamleys
Sekarang ni zaman laman sosial bukan zaman surat khabar & berita tv jer.. Apa benda pun yang kontroversi, hanya dengan satu post boleh menggugat pihak yang di tuju tu. Polisi2 macam ni memang tak boleh di guna pakai kat Malaysia tak kira la majikan tu non muslim sekalipun. Ambil pengajaran apa yang berlaku pada Mc Donald.. Cadbury & lain2 bila di boikot.. Even kesan maybe sementara tapi kalau dah orang boikot ni nak meraih kepercayaan bukan sesuatu yang mudah.
Apapun good luck pada Hamleys.. Hope penjelasan tu mampu di terima even aku sendiri pun rasa sedih sangat dengan statement asal ada alasan jer. Bagi pendapat aku, alasan ni alasan level budak2 nak lepas diri dari kesalahan yang di buat, sekian terima kasih. Peace!
Tu hanya alasan lapok....poyos her hamleys.hampasgas
ReplyDeletetahu pun takut..kejap je berita akn tersebar kalau bab senstiviti tentang islam ni..
ReplyDeletealasan je tu..mcm x logik lgsg..ad plak staf xde kelayakan utk temuduga ttbe blh jd penemuduga.dia agak org mesia ni seme budak2 ke
ReplyDeleteorang boikot mekdi pasal sumbangan pada israel... tapi aku makan gak... sebab melayu kita yang banyak kerja kat mekdi...
ReplyDeletetapi cadbury memang aku tak rasa nak makan walaupun teringin... cuma produk Hamleys ni.... takde kena mengena dengan aku kot... cuma alasan dia macam tak logik langsung kan...?? sian orang yang interview tu jugak.... takkan la pihak Hamleys tak peka langsung pasal interview ni... haih
boikot ni hak individu tiada paksaan. Mc D cadbury bagai tu sekadar contoh produk yg pernah di boikot & kesannya semua org blh nampak.. So, moga jadi pengajaran jugak buat Hamleys ni.. tak kira apa produk depa, kesan dari boikot tu harus di ambil sebagai pengajaran
DeleteTak tau la apa kebenarannya cerita tentang anak Rosyam Nor ni. Tak berani komen. Semoga tiada discriminasi di mana mana syarikat.
ReplyDeleteTerlajak perahu boleh diundur, terlajak kata burok padahnya......Lainlah terlajak laris.....Sebab pulut santan binasa......Rasokan....
ReplyDeleteALASAN TAK LOGIK.. LG DALAM KALU DIFIKIRKAN.. DIORG SENDIRI ADA MASALAH 'MANAGEMENT YG TERUK' SMPI TAHAP ORG YG NAK AMBIK STAFT BEKERJA PUN TAK BERKELAYAKAN.. ADOI.. ORG YG AMBIK STAFT TAK BERKELAYAKAN LG LA TAK BERKELAYAKAN.. BLH GITU
ReplyDeletepopulariti seseorang memang pasti memberi impak
ReplyDeletecuba kalau yang jadi mangsa tu orang macam kita suria, gamaknya jadi tak camni? =)
tapi kira populor juga kedai tu lepas ni, seriously tak pernah tahu kewujudan dia
kalau staff tu tak layak untuk menemuduga pekerja kenapa benarkan? alasan memang tak logik dan sekadar untuk menutup malu
ReplyDeleteTak tahu hujung pangkal cerita. Takkanlah suruh staff yang takda kelayakan pi interview orang. Lepas tu pandai-pandai pulak staff tu kenakan syarat. Memang nak cari nahas. Or maybe, ada staff kat sana dok ngumpat-ngumpat je kata kat anak RN ni yang orang bertudung biasanya tak diterima bekerja dah jadi kecoh bila anak balik mengadu.
ReplyDeleteKat Malaysia ni kalau tak bagi orang berhijab bekerja, memang saja nak cari pasallah tu. Suka-suka hati je nak letak pra-syarat entah apa-apa.