BENDA PALING BODOH ORANG MALAYSIA BUAT UNTUK JIMAT

10/16/2015 12:46:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

BENDA PALING BODOH ORANG MALAYSIA BUAT UNTUK JIMAT. Tol dah naik.. Maka lepas ni akan banyak barang naik harga dengan alasan kos dah naik. Maka banyak peniaga akan mula ambil kesempatan menaikkan harga melampau lampau dengan alasan yang sama. Pendek kata walau satu benda naik harga tapi kesannya pada semua perkara. Almaklum la.. Bak kata pepatah cubit peha kanan, peha kiri pun terasa. Tol naik.. bermakna tiket bas express pun akan naik la kot. Kan semua tu berkaitan. Takde bas ekpress sekarang nak lalu jalan dalam. Semua nak shorcut guna highway melainkan aku jer suka balik kampung ikut jalan tak kena tol.


Bila dah banyak barang keperluan naik harga rakyat Malaysia memang tak ada pilihan selain terpaksa jugak berjimat. Nak tak nak tetap kena juga cuba kurangkan kos apa yang boleh. Walaupun mall tetap penuh, pasar malam tak pernah lenggang & orang upload gambar makan & jalan sana sini macam tak terkesan dengan kenaikkan harga di Malaysia. Percayalah semua orang pun merasa bebanan cuma hidup mesti terus.

 Tapi kadang2 ada benda agak nampak bodoh & kelakar orang Malaysia suka buat semata mata untuk berjimat contoh bila dengar je minyak akan naik harga penuh stesen minyak macam kalau isi full tank tu boleh tahan setahun minyak. Paling2 sehari dua je minyak tu tahan melainkan lepas kau isi kau balik balik simpan dalam garage setahun tak gerak. macam tu minyak tu memang tahan setahun la. Nasib baik laki aku punya mentaliti lain.. Takde kena dia nak berbaris panjang isi minyak semata mata nak jimat untuk sehari. tak berbaloi. Masa menunggu tu pun kos jugak. Kalau orang pandai buat calculation akan rasa tak berbaloi untuk berbaris panjang nak isi minyak sebab minyak naik harga esok hari.

Tu salah satu contoh.. sebenarnya banyak lagi benda yang orang Malaysia suka sangat buat sebab nak berjimat. Ada yang nampak bodoh, ada yang nampak kelakar & ada cara nak jimat yang menyakitkan hati orang lain. Nak tau apa yang orang Malaysia suka buat untuk berjimat Meh baca kat sini >> 10 PERKARA YANG ORANG MALAYSIA BUAT UNTUK JIMAT YANG KONON NAMPAK MACAM PRO <<

Moral of the story.. Jimat memang di galakkan untuk kurangkan kos & pembaziran tapi nak berjimat tu biar masuk akal sikit. Jangan nak jimat kita nampak bodoh & akhirnya merugikan diri sendiri balik.

4 comments:

  1. Setuju sangat .......tunggu jer ada benda yg naik malam tu, esoknya semua benda pun naik. Tp tulah....betul cakap awak, yg peliknya masih jugak ramai org makan luar, sebenarnya depa ni kaya kaya Suria....hihi...

    Sama mentaliti suami awak dgn suami kita Suria, alasan yg sama macamlah mintak tu boleh tahan setahun!

    ReplyDelete
  2. hihi...same cam aku dgn arwah suami,suka balik kg guna jalan tak kena tol....byk sket pemandangan yg boleh dilihat...

    ReplyDelete
  3. Hahaha....part isi minyak sampai penuh kete kat petrol pam tu memang kelako...akak sekali pon tak penah buat camtu...takde kuase le aku nak melangut menungu semata2 nak jimatkan singit dua...duk rumah kinyah biskut depan tv lagi ada pekda....huhuhu

    ReplyDelete
  4. duduk rumah pun kena keluar duit jugak... bil letrik, bil air, barang dapur untuk masak sendiri di rumah pun dah naik harga...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com