TAKZIAH.. SENIWATI MARIANI PULANG KERAHMATULLAH. Innalillahhiwainalillahhirojiun... Terkejut membaca berita tentang pemergian seorang seniwati yang bergiat dalam dunia seni sejak dari zaman filem hitam putih lagi aitu Mariani.
Semoga Allah mengampuni segala dosa dosa Allahyarhamah Seniwati Mariani & tempatkan beliau di kalangan orang2 yang beriman. takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah. Semoga mereka tabah menghadapi pemergian orang yang tersayang.
Antara lakonan hebat seniwati mariani adalah salah satunya dalam filem Ahmad Albab. Beliau memegang watak salah seorang dari kakak kepada mastura. Sedikit pengenalan tentang arwah..
Seniwati Mariani merupakan seorang seniwati
Melayu terkenal yang juga kakak kepada biduanita Puan Sri
Saloma. Nama sebenar beliau ialah Siti Mariam Binti Ismail. Beliau dilahirkan pada
20 April 1933 di
Tanjung Pagar,
Singapura. Beliau adalah antara seniwati paling bergaya sewaktu kegemilangan Studio
Jalan Ampas.Kerjaya seni beliau bermula selepas memenangi pertandingan ratu cantik singapura pada
1951 ketika berusia 17 tahun.Beliau merupakan gadis pertama yang memegang gelaran tersebut . Namun begitu, beliau tidak mewakili singapura ketika itu kerana pertandingan tersebut julung kali diadakan di republik tersebut. Beliau merupakan antara gadis tercantik singapura ketika itu.Gelaran itu telah menjadi batu loncatan untuk beliau terlibat dalam bidang lakonan. Filem pertama lakonan beliau ialah
filem Chemburuarahan
S. Ramanathan pada tahun
1952. Beliau dibenci kerana membawakan watak jahat dalam filem tersebut. Selepas berjaya membawakan watak jahat dengan berkesan, beliau ditawarkan lagi berlakon dalam filem-filem keluaran syarikat itu antaranya seperti
filem Istana Impian, Kembali Seorang, Labu Labi, Nasib Labu-Labi dan Tiga Abdul. Filem-filem lakonan beliau sewaktu di
Studio Merdeka,
Kuala Lumpur adalah seperti
filem Masam-masam Manis dan Putus sudah Kasih Sayang.
Selain berlakon, beliau juga berbakat dalam nyanyian. Lagu nyanyian beliau bertajuk Darah Muda.
Filem Darah Muda juga adalah antara filem lakonan beliau. Turut sama berlakon dalam filem tersebut ialah seniman
Jins Shamsuddin dan seniwati
Sarimah pada tahun
1963.
Dalam usia yang semakin lanjut, beliau tetap aktif berlakon dan kemunculan terbaru beliau adalah dalam
filem Pontianak Harum Sundal Malam II arahan
Shuhaimi Baba pada tahun
2005. Juga drama 16 episod, Nur Qalesya.
[1]. -
sumber wikipedia -
Kini semuanya hanya tinggal kenangan. Marilah sama sama kita sedekahkan Al fatihah untuk arwah.
Alfatihah......
ReplyDeleteYg hidup pastinya akan mati....giliran kita entah bilalah kan Suria...
Ohhh arwah ni ratu cantik rupanya....mmg lawa pun dia ek..
Dari dia kite datang dan kepada dia la jua kite kembali....salam tahziah pada keluarga arwah
ReplyDeletetakziah untuk keluarganya..
ReplyDeleteAl Fatihah..
Alfatihah! Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
ReplyDeleteBekas ratu cantik rupanya Mariani ni sebab itulah walaupun dah menginjak usia, masih lagi bergaya. Bukan senang nak jadi gadis paling cantik di Singapura suatu masa dulu yerk. Sure popular habis arwah ni masa mudanya.
Tapi itulah, semua itu bukan kekal lama. Akhirnya semua akan hilang ditelan zaman...