DUA BULAN LANA NORDIN RAHSIAKAN KELAHIRAN ANAK

3/09/2016 08:20:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

DUA BULAN LANA NORDIN RAHSIAKAN KELAHIRAN ANAK. Kalau retis lain kebanyakkan anak lahir rahsiakan muka je.. upload gambar jari la, kaki la.. gitu je. Nak eklusif katanya tunjuk muka anak. Mesti ada press conference baru la standard retis katanya. haahaha Ada retis langsung tak nak expose rupa anak kepada media. Nak anak membesar seperti kanak kanak biasa. Ada retis.. Dia memang dah siap2 popularkan anak dia sejak dari baby. Senang esok besar jadi retis dah ada populariti sendiri katanya.

Sumber Google

Lana Nordin ni tak tau la macam mana pulak. Dah 2 bulan beranak pun baru orang tahu. Mula2 peminat yang terserempak dengan dia & baby di jalanan.. Ni keluar beautifulnara dah katanya dah selamat bersalin pertengahan januari lepas. Alhamdulillah.. Aku tak rasa nak kecam apa2 pun pasal dia rahsiakan kelahiran anak dia. Walau dia retis pun dia tetap ada hak kepada diri dia. Buat masa ni katanya belum bersedia nak share gambar anak dia dengan media & peminat. Mungkin dia ada alasan tersendiri kenapa dia buat macam tu.

Lana Nordin berjaya memiliki seorang bayi perempuan yang di lahirkan di salah sebuah hospital di kuala lumpur. Bayi perempuan dia di lahirkan dengan berat 4kg. Boleh tahan besar jugak la tu even tengok mak dia kecik molek je kan. Mesti comel & muka pan asia. Almaklum la kawen dengan mat saleh. Hensem pulak tu laki dia. hehehe

Apapun semoga anak kepada Lana Nordin & suami membesar dengan sihat seterusnya menjadi anak yang solehah menjadi tiket kepada ibubapanya ke syurga, Insya Allah. Tahniah kepada Lana Nordin atas kelahiran cahayamata perempuan yang menjadi pengikat kasih sayang dia & suami.

P/s : Pelakon Lelaki yang dulu kemain beriya nak kawen dengan lana nordin lepas sebulan berkenalan & couple apa cerita. tak jumpa jalan bertemu jodoh lagi ke? hehehehe

3 comments:

  1. p/s tu tuju pada johan ke? hihihi...

    tulah diam2 rupanya dh bersalin da kan..bgs dia rahsiakan.

    ReplyDelete
  2. aikk tau2 dah bersalin...mcm kejap pulak rasa...
    tahniahh lana nordin dan suami!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com