RAJA BOMOH MALAYSIA MENGAKU RITUAL YANG DI BUAT ADALAH LAKONAN SEMATA MATA
Ibrahim Mat Zin @ Raja Bomoh |
Sempat jugak la tengok berita pasal Raja Bomoh atau namanya Ibrahim Mat Zin yang membuat pengakuan bersalah & insaf di sidang media. Katanya.. selama ni dia dok buat ritual pelik2 guna teropong buluh la.. buah kelapa bagai tu sekadar drama atau lakonan semata mata. Tak ada apapun dia nampak atau berlaku dalam ritual tersebut. Menurut dia..Benda tu di arahkan seseorang yang dia tak boleh bagitau siapa. Ye ke pakcik? Sampai bergaduh dengan KJ nak bagi penampar buaya bagai haritu.. Hanya kerana drama seram dok buat ritual merapu tu jer ke? Siapakah insan yang mengarahkan dia buat macam tu gamaknya.. Yang ni memang misteri nusantara. Kita kena terjah untuk merungkai kebenaran hehehehe.. Naz Ahmad your turn katanya hahahahaha
Hope pengakuan Insaf tu bukan drama sebab dia di kenakan pertuduhan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina. Tapi harap betul - betul insaf la. Merapu macam tu bukan je memalukan keturunan malah memalukan bangsa & agama. Seluruh dunia tengok gelagat dia & mempersendakan negara & agama.
Elok la pakcik umur pun dah 66 tahun.. sedang elok duduk rumah berehat, beribadat & layan anak cucu je. Bukan masa pakcik nak berdrama macam tu lagi. Kalau rasa nak berlakon pakcik boleh try tanya David Teo.. Yang macam pakcik ni memang dia suka sangat la ambil berlakon dalam filem seram dia. Untung jadi superstar.. Pakcik buat la ritual apapun confirm tak ada sapa nak mempersendakan atau marah sebab orang tahu hanya lakonan semata mata. Kalau boring sangat tak tau nak buat apa kat rumah boleh jugak pakcik tengok filem ni >> INILAH 5 BABAK WAJIB TONTON DALAM 'Alien: Covenant' <<.. Memang la merapu tapi merapu yang high class sikit la dari dok merapu dengan buah kepala & teropong buluh. Maybe boleh upgrade sikit drama merapu tu kan hehehehe
Moral of the story.. Semoga apa berlaku kita jadikan pengajaran. Pengajaran dia kat sini bukan je jangan jadi bomoh olok - olok tapi jangan percaya sangat bomoh sebab ramai yang olok olok nak duit hangpa ja. hehehehe
Haha.. mcm mcm Hal...
ReplyDeleteDia taubat and menyesal pun elok tapi saya susah nak percaya orang lain yg suruh dia buat.
ReplyDelete