WALAU MASIH 'SPEECH DELAY' TAPI DAH LANCAR MEMBACA SELEPAS AMALKAN ESSENTIAL OIL HOMEWORK BLEND
Selain terapi semua tu.. Rasanya ramai orang tahu aku sekarang consistent dengan produk young living essential oil tapi aku guna yang blend je bukan single oil (pure oil) sebab bajet tak berapa nak lebih lagi. Insya Allah ada rezeki.. Aku memang nak try yang pure oil tu.. Mesti kesan dia lagi bombastic mr loba loba kan.. Sebab guna yang blend pun kesan dia sangat sangat positif & sangat puas hati aku tengok perkembangan anak aku sejak amalkan essential oil ni. Ada jugak aku guna yang pure oil yang budget2 ni.. Macam cedarwood tu.. Yang tu guna sebelum tidur. Memang berkesan untuk budak2 yang susah tidur awal atau yang suka terbangun tengah2 malam.. menangis bagai. Cedarwood oil membantu membetulkan waktu tidur & memberi tidur yang berkualiti & nyenyak. Ni aku cerita dari segi pengalaman aku sendiri ok!
Shahila memang masih dalam zon speech delay walau dah banyak improvement dalam komunikasi cuma masih perlu terapi lagi. Dia pun masih under speech therapy di klinik Audiologi & sains pertuturan UKM, titiwangsa. Tapi ok la.. At least aku tahu anak aku verbal (boleh bercakap) cuma lambat sikit berbanding budak2 lain. Jadi aku terus je buat apa yang boleh membantu dia improve dalam speech & komunikasi dia tu.. Setakat ni dah ada perbualan dua hala.. contoh aku bertanya, dia boleh menjawab even certain soalan dia macam tak boleh nak jawab terutama yang dia kena explain dalam bentuk cerita. Kalau dalam bentuk fakta senang sikit dia jawab. Takpe nak.. Insya Allah tak lama lagi ok la tu kan?
Walau shahila ni masih kategori speech delay.. Tapi Alhamdulillah membaca semakin lancar. Memang sejak tahun lepas dia mula dah boleh membaca perkataan yang dua suku kata tu.. Tahun ni nampaknya skill membaca dia semakin improve.. tiga suku kata.. empat suka kata semua dah nampak semakin berkembang dengan baik. Dah boleh membaca sepintas lalu perkataan2 yang dia nampak. Kadang2 terkejut jugak aku.. tetiba dia sebut something dengan tidak semena mena.. rupanya dia dok baca status orang kat news feed facebook mak dia dari skrin pc. Habis la mak dia tak boleh nak meroyan lagi kat fb hahahaha
Kesimpulannya kat sini.. Memang bagus tau essential oil homework blend ni untuk anak anak kita yang masih belajar terutama yang dah bersekolah. Sebab sejak amalkan homework blend ni kan.. aku nampak anak aku semakin kreatif masa di bermain. Imaginasi dia semakin berkembang berbanding dulu. Benda tu memang sangat penting dalam perkembangan seorang kanak kanak.. Imaginasi tu adalah satu kemampuan mereka berfikir. Kurang imaginasi pun kurang bagus jugak. Sebab dalam perkembangan kanak kanak.. cara mereka bermain tu pun akan di ambil kira. Ada kanak kanak tiada keupayaan bermain dengan berimaginasi atau orang panggil 'pretend play'. Alah senang faham.. main macam berlakon la. Main masak2 tapi bukan masak betul2.. sekadar pretend macam masak. Benda tu berkaitan dengan imaginasi jugak la. Selalu kita tengok budak2 yang cerdik ni memang dia banyak imaginasi, betul tak?
Homework blend ni.. salah satu oil yang ada dalam blend ni adalah brain power. Benda ni memang bagus untuk otak terutama untuk ingatan la. Sebab tu kalau yang jenis cepat lupa, lambat faham atau yang jenis slow je nak tangkap apa orang cakap bagus guna oil ni. Bukan je untuk kanak kanak malah semua peringkat umur boleh guna. At least membantu sedikit sebanyak merangsang otak mereka untuk bekerja sebab fungsi oil ni adalah sebagai aroma terapi. Apa juga namanya terapi kita cuba ye dak??
Dok cerita kebaikkan.. satgi nak beli kat mana hangpa tak tau pulak kan? Kalau rasa nak cuba samada nak beli yang pure oil atau blend boleh je beli dengan pengedar sah produk young living. Contact number dia kat bawah...
Benda ni salah satu ikhtiar.. yang menyembuhkan atau memulihkan sesuatu masalah adalah Allah SWT. Tapi sebagai manusia kita di tuntut berusaha. Apapun produk apapun ia umpama pelincir atau perangsang je.. tetap kena di sertaikan dengan latihan, didikkan atau yang special case macam anak aku kena di terapi. Tak boleh kau sapu2 & tak buat apa2.. memang tak ada hasil jugak. Lagi satu kena consistent. Macam homework blend ni aku guna.. sapu 2 kali sehari jugak macam oil2 yang lain.
Wah.. boleh suggest kat sedare kita ni.. anak dia lambat bertutur.. sepatah2... umo pon dah msuk 4tahun.. dia takut dgn orang yang dia xkenal..
ReplyDeleteHello, boleh saya share link blog ni? Pengalaman dan ilmu ini boleh membantu ibubapa yang lain.
ReplyDelete