Daripada isu tu hari ni di harian metro keluar lagi artikel berkenaan penjualan organ. Dari segi hukum agama ia memang haram & dari segi undang - undang juga salah. So, kalau akak ni tekad juga jual organ untuk langsaikan hutang suami dia, beliau dah melakukan dua kesalahan.
Dalam Islam membolehkan kita untuk menderma organ dengan syarat jangan ada unsur dagangan atau jual beli kerana ia kurniaan Allah SWT yang tiada nilainya. Aktiviti menjual organ juga salah dari segi perundangan negara.
Pengajaran dari kisah ni, sebelum melakukan apa - apa perkara rujukkan pada mereka yang arif. Jangan nanti niat yang baik, padah yang dapat.
Rujukan : Harian Metro