- Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
- Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
- Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
- Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
- Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
- …dan pelbagai perkara yang berkaitan.
Sekarang banyak berlaku jenayah siber, sebaran fitnah,penyamaran maka terciptalah akta yang bagi sang lekit bakal menyusahkan orang yang tak sepatutnya susah. Tak di nafikan ada kebaikkannya tapi kita tak boleh menidakkan keburukkan yang bakal berlaku
Sang Lekit setuju dengan 1 komen dari site tersebut. Kalau kita di pertanggungjawabkan setelah akaun internet kita di guna @ berkongsi dengan orang lain pun rasanya menyusahkan banyak pihak sebelum berjaya membuktikan bukan kita yang melakukan jenayah tersebut, kan??
Jadi lepas bagi blog yang auto approve komen tu kena la selected & tak boleh lagi auto publish komen takut komen2 yang berunsur jenayah,fitnah & sebagainya tak pasal2 lak kita yang kena kan??