14 December 2014 15 Komen Melekat

KERANA AMRAN FANS REZEKI JADI HARAM

Tu dia Amran Fans mesti nak terjah entri ni kan? Lepas tu dah siap karang caci maki, kutuk,kritik,hina,keji bagai kan? yelah.. sesuka hati ja cakap macam tajuk entri tu. Amboi senang2 dah label rezeki orang haram ka halal.. Setazah Online sangat tau!!

Pada ahkak Anon yang marah sangat Amran troll pilot cun Air Asia tu jangan risau cinta troll Amran sekarang dah beralih arah kepada retis Yana Samsudin. Hahahaha

Bukan la statement tu dari aku tapi dari seorang Ahkak Anon yang berkemungkinan seorang blogger jugak. Yang aku rasa dia Ahkak sebab ayat dia memang very2 da akak sangat. Ayat orang pompuan dengan orang laki2 ni ada bezanya.. kekekeke.. Yang aku rasa dia blogger sebab kebanyakkan hanya blogger je tau pasal traffic mafic ni. Yang tak pernah jadi blogger depa bukan paham traffic bagai ni. Bila kita sebut traffic pun depa ingat traffic jalan raya ja..

Marah betul ahkak Anon ni.. Rasanya Macam di kalangan orang2 yang kita kenal kat blog jer hahahaha (Boleh Rujuk kat Entri >> Dengan Amran fans pun nak saman ke? <<

Kemain ahkak Anon ni tau.. Marah sesangat la kot sebab aku buat entri pasal budak meran yang kadang2 agak tiga suku perangai dia. Dia ingat aku FANatik meran kot. Ye.. aku pun kadang2 layan jugak budak meran ni dok buat lawak suku masak dia dengan troll2 dia tu. Nak buat camna meran memang berbakat dalam buat troll. Retis yang kena troll dengan dia buat rilex je layan lawak suku masak dia ni. Kalau kat FB ni majorioti memang kenai si meran ni tak payah nak touching lebih2 sangat la kan.

Dalam entri tu bukan aku kata perbuatan meran tu betui even aku rasa small matter sangat benda tu sampai nak saman menyaman. Nak2 lagi statement saman menyaman tu dari orang yang kononnya BFF dengan mangsa troll Meran ni. Aku just rasa annoying bila manusia sekarang dah macam tak boleh bawak berbincang. Sikit2.. See U in court. Kalau court mammont ok la jugak kan.. Cuba tukar bila jadi salah faham ke, salah tuduh ke, salah sangka ke.. See U in masjid. Manalah tau kat rumah Allah tu, boleh sejuk sikit hati & jumpa penyelesaian terbaik dari dok semakkan fail mahkamah yang bertimbun tu dengan kes2 remeh macam ni.

retis pun suka layan troll suku masak di meran ni. Bukan Yana Samsudin jer.. aku pernah tengok Dina Dj hotfm pun layan jugak meran ni. Hanis Zalikha.. Alah meran je pun. Nak touching sangat rasa tak berbaloi. Kalau melampau sangat PM je kat FB.. Insya Allah dia reply. hahahaha

Sebab marah entri pasal kes nak saman si meran tu, sampai rezeki bagai keluar ni. Katanya dalam bentuk soalan, aku suka makan rezeki haram? Aku kejar traffic.. Tak ikhlas berblog bagai. Amboi kak Anon.. sampai cenggitu yer akak marah. Saya sedaya upaya elak dari makan rezeki haram kak Ooi.. Saya suka menulis apa saja isu yang saya rasa nak kupas,kupis & kopek. Pendapat kita memang tak sama.. Tapi sebelum menghentam sila faham story dulu. Jangan serkap jarang sangat. Saya pun tak kata perbuatan meran yang suka berseloroh dengan troll awek2 cun betul.. tapi kalau tak suka just buat perbincangan secara privacy dulu.. Ni sikit2 saman. Very da cemuih tau dengan statement tu. Hahahahaha

P/S : Aku jarang respect dengan kritikkan Anon sebab depa ni umpama baling batu sorok tangan. Bukan power sangat pun.. hahahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;