KENAPA KANAK - KANAK BERBOHONG?

1/07/2011 02:11:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

Sesi pembacaan bermula di tengah malam sebab time ni dah takde apa nak buat.. Tunggu esok la menyambung kerja harian. Apa lagi bagi menjana idea di tengah malam.. Harus la membaca. Takkan nak merayap lak kot semata - mata nak cari isu untuk di kupas - kupis atau bahan rujukan nak update entri. Perjalanan penuh siku liku malam ni seperti biasa bukan hanya pada blog jer.. even banyak jugak blog yang aku baca malam ni.. Jumpa juga 2 3 entri tak puas hati pasal LensaRosak tu. Tu hak masing2 dengan pandangan masing - masing. Pun camtu aku tak cakap LensaRosak Betul & Blogger lain salah.. Terang - terang pun kita nampak baik & buruk entri yang di tulis oleh LensaRosak tu.. So bagi tidak mengundang kontroversi yang melampaui batas ada baiknya Cik Lekit jangan kupas kupis isu pasal tu buat sementara ni.. Kalau ada something yang menarik je nanti ko buat kupasan yer lekit..

Okies berbalik pada isu Kenapa kanak - kanak berbohong, Hasil dari pembacaan di kosmo Lekit jumpa punca kenapa kanak - kanak berbohong untuk share dengan korang. Lekit tau korang bukan rajin sangat nak selak paper even online pun...kekekekeke

 KENAPA KANAK - KANAK BERBOHONG?? NI DIA SEBABNYA.. let's check it out!

Takut
Perasaan takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri berbohong. Takut dimarahi ibu atau takut kebebasan yang diberikan akan dirampas. Ketakutan yang rasional atau tidak juga boleh memberi kesan pembohongan serupa. Sebab apa yang diimpikan oleh anak hanyalah 'perlindungan' sementara daripada hukuman.
Namun, terdapat dua perkara penting di sini. Pertama, anak yang berbohong besar kemungkinannya tahu mereka telah melakukan sesuatu kesalahan. Kedua, ibu bapa perlu menerima pembohongan itu kerana anak sememangnya takut berdepan dengan reaksi mereka.
Tidak hairanlah apabila teriakan bertalu-talu, sikap pemarah dan ibu bapa yang terlalu melindungi anak membuatkan mereka ketakutan. Memberi peluang untuk berkompromi dan mendengar sebelum menyalahkan anak membolehkan komunikasi dua hala berlangsung.

Tabiat
Kata orang, semakin kerap kita mempraktikkan sesuatu, semakin mudahlah ia bertukar menjadi satu tabiat. Begitu juga dengan bercakap bohong. Pembohongan berulang biasanya diperkukuhkan dengan pendekatan yang agresif. Salah satu kaedah paling efektif untuk menyelesaikan pembohongan berkala adalah memberi peluang kepada anak untuk menarik balik kata-kata bohong itu. Ini harus dilakukan tanpa rasa takut akan akibat yang bakal dihadapinya.

Meniru
Sebahagian besar anak 'terpanggil' untuk berbohong setelah melihat orang lain melakukannya. Dilema yang dihadapi oleh ibu bapa adalah mampukah mereka melindungi anak daripada berbohong. Seandainya sukar untuk ibu bapa mengawal anak daripada meniru pembohongan di luar rumah, maka buangkanlah tabiat berbohong anda terlebih dahulu. Lebih berkesan jika mereka tidak meniru tabiat berbohong di rumah dan menjadikannya tabiat.

  Rujukan (Kosmo) : Berbohong secara kompulsif 

Pada pendapat melekit peratus paling tinggi kanak - kanak atau pun bukan kanak2 berbohong adalah kerana takut la. Lebih - lebih lagi mereka telah terbiasa dengan hukuman yang menyakitkan bila membuat kesalah even kesalahan kecik sekalipun. Mengikut pengalaman kawan aku sendiri dulu.. Dia suka sangat menipu. Kadang - kadang benda yang tak perlu tipu pun dia tipu. Sebab dah jadi tabiat.. Punca adalah dia mempunyai mak bapak yang terlalu mengongkong yang tidak bijak. Mengongkong tapi kebajikan anak - anak tak pulak terjaga. Sekolah semua takde la dia amik berat. So, anak - anak ni macam terbiar walau ada mak bapak sekalipun. Tak paham cara mak bapak dia mendidik.. Nampak macam tegas tapi anak - anak macam terbiar takde didikan. Yang dia tau cuma nak sekat kebebasan anak2 then terjadi tabiat berbohong bila sesuatu kehendak mereka tu di halang. Last anak - anak dia tak jadi apa pun. Pelajaran entah kemana.. Bersosial lebih dari orang yang tak kena kongkong lak macam aku.

So Pada Mak bapak ni.. Kena balance jugak la. Kalau berat sebelah pihak jer.. anak - anak pun membesar tak sempurna. Tapi itulah bukan mudah kan jadi mak bapak ni. Dalam kes kawan aku ni kegagalan terang - terang sangat dari didikan mak bapak dia dari kecik. Mak dia hanya tahu merotan tapi tak tau cara didikan terbaik. Buat salah kena pukul.. Nak keluar dengan kawan2 tak bagi anak2 kena menipu atau lari senyap2. So, bila dorang besar dorang mencorak haluan sendiri dengan didikan yang kurang sempurna sebab mak bapak dia pun tak tekankan sangat pasal pelajaran apatah lagi nak bagi pendidikan sempurna kat anak2. Jadilah apa yang terjadi..

5 comments:

  1. tp kodet lebih suka untuk terus terang , sebab mak / bapak tak marah klau terus terang kalau nak dibandingkan dengan membohong...

    Tips promot contest korang supaya ramai orang join

    ReplyDelete
  2. ish..saat menakutkan tu..bila budak berbohong..mcm2 dia bleh kelentong mak bapak..minta2 dijauhkan..cuba sebaiknya mendidik amanah kita.
    Akak follow ye..

    ReplyDelete
  3. budak2 kecik kalo dorg try nk berbohong obvious sgt kan, tp cute ;-D

    ReplyDelete
  4. nasib baik i sejak lahir tak pandai berbohong.. heheheh :D

    ReplyDelete
  5. anda telah di tag di
    http://zulfikarhazri.blogspot.com/2011/01/kedai-mamak-melampau.html

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com