Adalah sukacitanya kami menjemput pihak tuan/puan untuk sama - sama meraikan majlis perkahwinan ular sawa kami pada tarikh...Kelakar pulak rasanya. Tapi ia benar - benar terjadi. Tak sure lak ada ke tak kad undangan untuk perkahwinan ular sawa ni namun yang pasti ada majlis untuk perkahwinan pasangan pengantin ular sawa. Alkisahnya...
Perkahwinan antara Chamreun, ular sawa betina peliharaan yang sepanjang 3.7 meter dan berat 91 kilogram dengan Krong Pich, ular sawa jantan itu dilangsungkan kerana mahu mengusir perkara tidak baik dan membawa rahmat dan kebahagiaan kepada kampung mereka.Tukang tilik percaya ular sawa itu adalah haiwan ajaib yang membawa kemakmuran dan keamanan kepada kampung itu dan penduduk mengambil keputusan untuk mengahwinkan mereka selepas seorang budak dipercayai disampuk baru-baru ini.
Majlis itu berlangsung selama dua jam dan berakhir selepas dua sami Buddha merestuinya sambil penduduk kampung menaburkan bunga ke atas mereka.
Pelik - pelik je kepercayaan manusia ni kan?? Aduhai.. Agaknya ular sawa ni di hantar honeymoon ke hutan amazon tak?? kekekekeke. Jangan panik ia bukan di lakukan oleh rakyat malaysia tau.. Kisah ni nun jauh di Cambodia
Rujukan (Harian Metro) : Ular sawa dikahwin
4 Komen Melekat:
wahhh ada juga kepercayaan karut mcm nie erk..hehe..
terkesima... mcm mane ek diorang kahwin... mcm2 kan manusia ni.. macam2 ragam.. yg unutng ular tu.. dapat kawin free... ;)
ni kompom kenduri lauk ayam idup ni..haha
I love lekatlekitgurl.blogspot.com! Here I always find a lot of helpful information for myself. Thanks you for your work.
Webmaster of http://loveepicentre.com and http://movieszone.eu
Best regards
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini