UNTUK PENGGEMAR NASI KANGKANG @ NASI TANGAS

9/11/2014 10:45:00 AM suria lekatlekit 8 Comments

Ada ke orang gemar makan nasi kangkang @ nasi tangas?? Seram jugak la kalau ada orang suka makan nasi kangkang ni.. Lain la orang suka buat nasi kangkang memang la ada tapi kalau yang suka makan nasi kangkang ni tak pernah jumpa lagi la .Kalau kat keywords search blog aku ni mesti ada nasi kangkang, cara nak buat nasi kangkang.. bla2.. kangkang tu kangkang ni. Tak senonoh sungguh bunyi keywords tu tak tau apa tujuan depa google pasal tu. Samada sekadar nak tau info pasal nasi kangkang atau berniat nak buat nasi kangkang untuk sesapa. Bagi yang minat sangat dengan nasi kangkang ni meh sini nak resepi nasi kangkang kat korang... Nak sangat kan?? hahahahaha


kerja gila kau aku nak bagi tutorial buat nasi kangkang kat blog ni?? Aku sendiri pun tak pun tak tau apatah lagi pernah buat. Jangan kan nak buat, terniat nak buat pun tak pernah. Nauzubillah.. Minta simpang la aku dari terjebak dengan benda2 syirik & khurafat ni even aku memang minat cerita seram pun...

Bagi yang tak tau apa tu nasi kangkang @ nasi tangas ni.. nasi la jugak tapi dah di black magic dengan ritual2 khurafat mengguna benda2 kotor macam darah haid di jampi kemudian di campurkan dalam makanan dengan tujuan untuk buat orang tu ikut jer cakap dia tanpa membantah. Lebih kurang nak buat macam kerbau kena cucuk hidung la... Tu secara ringkas pengenalan tentang nasi kangkang @ nasi tangas ni.

Yang minat sangat dengan nasi kangkang @ nasi tangas ada sesuatu lagi best untuk korang. Tudia filem baru bakal di tayangkan, Nasi tangas. Dengar tajuk pun ngeri jugak la kan? Aku memang kalau filem seram,misteri,mistik camni memang excited tapi cuma spoil skit sebab aku alergik dengan syarikat penerbitan film MIG production. Hahahahaha... Bukan apa banyak sangat filem terbitan David teoh ni agak mengecewakan dari membanggakan. Banyak kali terkena.. Bukan aku tak pernah tengok langsung filem MIG ni banyak dah aku tengok tapi rasa nak menangis 7 hari 7 malam.Sekali tengok nyesal seumur hidup. kekekekeke Takpe aku sebab jenis tunggu dvd jer.. aku boleh baca review orang yang dah tonton filem ni nanti. Hope filem ni tak mengecewakan penonton. hahahahaha

Sumber Media Hiburan

Tajuk filem macam best hope jalan cerita pun best jugak la jangan sekadar asal siap & boleh jual jer yer Mejar David Teoh... bisnes pun bisnes juga kualiti filem tu kena jugak jaga. Jangan MIG nanti sinonim dengan filem sampah je. Hope Mejar David teoh tak kecik hati kalau baca komen tulus ikhas dari blogger picisan macam den ni. Peace!

P/S : Mesti ada suara2 sumbang akan cakap.. dah tau filem MiG banyak tak best gigih sangat kau review film ni pahal?? Macam aku cakap aku peminat cerita seram.. Jadi aku memang teruja tiap kali ada filem seram yang bakal keluar kat pawagam even aku tak tengok wayang pun sejak 3 tahun lalu tapi aku tengok dvd kat umah. Aku beli orginal tau sebab nak kepuasan menonton tu. hahahahaha

8 comments:

  1. Ingatkan ada tutorial nasi kangkang tadi haha.

    ReplyDelete
  2. hurmm..kang ada yg tiru filem ni..


    teringat ada sorang hamba Allah ni kata sy menasikangkangkn husband sy.. terima kasih la ckp mcm tu.. :'(

    ReplyDelete
  3. akak layan jugak klu tajuk mcm ni, tak best tutup mata tido, hihi

    ReplyDelete
  4. macam tak sanggup ja nak tengok -_-

    ReplyDelete
  5. harap2 laa filem ni betul2 seram... sebab mig $ metrowelh kalau buat filem seram, ending mesti rasa nak campak popsorn kat skrin tv... sobbsobb

    ReplyDelete
  6. saya last tengok cite seram mig ni time cite mistik
    insaf giler kot nak tengok, abis duit gitu aje
    tak kuasa dah nak tengok
    baik layan shutter dak pun pontianak harum sundal malam
    takut juga terbayang maya karin dok bertenggek atas palang rumah
    tapi pendek cite, saya takut tengok cite antu
    lemah semangat...hehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com