13 January 2015

KEDAI BERHANTU DI SELAYANG MALL DAH DITUTUP

Mesti ramai yang tak pernah tahu kan ada satu kedai berhantu kat selayang Mall. Mesti ramai cuba berteka teka kedai apa yang gamaknya berhantu tu? Dan mesti ramai yang nak tahu kenapa kedai tu di tutup.

Sumber google sekadar hiasan

Kedai tu cuma berhantu mungkin bagi aku jer.. Sebab setiap kali aku pergi selayang Mall aku rasa seolah2 ada sesuatu yang menarik aku masuk seterusnya membeli. Aku tak boleh halang diri aku bila ke selayang Mall dari masuk kedai tu & membeli. Ye.. yang aku beli jugak berunsur seram. 99% aku beli dari kedai tu semua yang seram. Banyak jugak koleksi seram dari kedai tu aku simpan.

Tapi ahad lepas aku pergi selayang Mall dengan hati berbunga bunga nak cari koleksi seram.. tiba2 kedai tu tutup. Aku pandang signboard pun dah takde. Apa yang berlaku. Diarah tutup atau berpindah ke lokasi lain. Frust giler aku... Hilang arah tujuan aku. Tak tau kat mana lagi aku nak beli dvd seram yang rega RM9.90 tapi kualiti filem sangat cantik. Kat cover dvd tu siap ada sticker original & perakuan B.. tapi aku tak pasti kenapa kat situ murah. Apa penting bagi aku kualiti gambar dia baik & takde beza dengan dvd original mahal yang lain.

Ni baru sebahagian koleksi seram yang aku beli dari kedai berhantu tu. Sebenarnya banyak lagi malas nak snap pic hahaha. 100% horror movie takde genre lain

Sekarang aku tengah cari idea macam mana nak terus mengumpul koleksi filem seram. Adakah aku kena menabung sebab kalau kat tempat lain dvd original semua dekat RM30. Bayangkan RM30 aku boleh dapat 3 filem kat kedai biasa aku beli di selayang mall. Tapi kalau dah minat... Takpe nanti aku fikirkan semula minat aku ni. adakah belum tukar kepada hobi kumpul setem atau teruskan...atau aku tengok kat youtube jer.. hahahaha

10 Komen Melekat:

Anonymous said...

La .sayangnya kedai tu dah tutup kan sis?

mila said...

ish3 kak bahaya sggh suka cete seram..sy awal2 tutup tv kak hehe

Razf said...

wahh memang peminat horro btol ni.. kedai tu pindah mana jauh ke?

Sukma said...

Oh....seram weeeii

Unknown said...

wah...sy pun peminat cite seram...hehehe

Wak Lat said...

Salam. Hee kenapa tidak download saja dr internet?

Mar Mansor said...

la dah tutup pulak..kalau tak mesti banyak cerita seram yang suria share

Tunsha Ayunie said...

ceh !
mati2 ingat memang ada kedai berhantu.. adoi kak suria... kak suria...

Mummydearie said...

Alah....tengok kat youtube je, Suria :) Kalau cerita hantu bertukar kelakar, boleh terus tidur *_*

Akak minat juga cerita seram ni tapi itulah, sekarang punya cerita seram macam tak seram-seram sejuk pun kan. Eh, genre lain ada tak kat kedai berhantu ni? Akak suka aksi kejar mengejar macam cerita abang Bourne tu :) Kalau ada genre lain yang murah gila macam ni, akak pun nak tukar hobi dari blogwalking kepada mengumpul DVD hero omputih A-list :)

suria lekatlekit said...

Dia macam2 cerita ada dengar harga yang di sebut.. cuma saya ni obses dengan cerita seram tu yg x beli genre lain hahaha.. boleh la kalau nak cari dvd kat situ.

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;