KALAU SEDAR DIRI TU GEMUK SILA BACA
Masalah kegemukkan ni sapa2 saja boleh alami. Kalau tak gemuk sebab keturunan, gemuk selepas kahwin, selepas beranak, gemuk lepas akil baligh, gemuk sebab mak bapak tak jaga pemakanan semasa kecik.. Macam2 sebab la orang gemuk. Aku memang dari kecik sampai dah beranak pun tak gemuk. Tapi lepas setahun umur anak aku berat aku mula naik tapi bila timbang memang takde kategori gemuk cuma kita rasa tak selesa dengan badan chubby. Ada orang nampak dah ok.. sebab dulu aku jenis kurus keding. Tapi pandangan orang belum tentu buat kita selesa, betul tak? Walau orang nampak cantik kalau pada pandangan mata sendiri buruk tetap kita rasa semua orang sedang menipu atau saja nak jaga hati kita je.
Orang gemuk kadang2 rasa rendah diri dia memang tahap hilang terus confident nak buat apa2. yelah.. Gemuk la katakan. kalau masa sekolah selalu jadi bahan ejek kawan2.. dah besar susah nak dapat pasangan & nak berfesyen lebih2 nanti orang kata tak sedar diri. Macam2 faktor orang gemuk. kadang2 rasa gemuk tu satu kekurangan pada diri dia. Sebenarnya orang gemuk masih ada kelebihan.. Allah cipta semua makhluk bersama kelebihan & kekurangan untuk saling lengkap melengkapi. Cuma jangan terlalu selesa dengan kegemukkan kita kalau kita masih ada jalan untuk hidup dengan lebih sihat. Confident sangat pun susah jugak sampai dia tak kisah langsung badan dia nak terus berkembang. Kena ada rasa jugak untuk jaga kesihatan & nak dapat berat ideal macam orang lain.
Kalau anda kategori gemuk mesti terus rasa nak kurus baca kisah ni. Confirm! Sapa tak nak lepas kurus, cantik tup tup dapat jadi macam ni. Memang bonus la. Nak tahu apa yang orang2 gemuk ni dapat selepas kurus meh baca kat sini >> Kisah Benar tentang Orang Gemuk <<
Moral of the story.. Gemuk bukan satu dosa atau kekurangan cuma kalau gemuk sangat mungkin anda terlepas banyak peluang & perkara yang best dalam hidup. Tapi jangan sampai rasa bila gemuk anda tak boleh buat apa2. Peluang sentiasa ada untuk semua orang tak kira gemuk atau kurus cuma mungkin peluang tu tak sama la.
aku ni kurus kering tah bila nk berisi sedih ebtui ....
ReplyDeletesentap iols baca tajuk entry ni tau!!! hahaha...ye laaa kita tengah usaha nak kurus la ni..hahaha
ReplyDeletekathy on diet ni sis.. hehehehe..
ReplyDeletesikit lah sentap kn
ReplyDelete