INILAH BENDA PALING SAKIT PEREMPUAN TAK SERIK NAK BUAT

11/17/2015 08:01:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

INILAH BENDA PALING SAKIT PEREMPUAN TAK SERIK NAK BUAT. Perempuan ni di lahirkan zahir nampak macam lemah tapi sebenarnya kekuatan mereka ada kat dalam. Yang orang tak nampak dengan mata kasar. Nak2 lagi lepas bergelar seorang isteri.. kekuatan mereka akan lebih terserlah.


Walau orang anggap perempuan ni senjata dia air mata.. Air.. sesuatu yang sangat2 lembut  yang boleh di sentuh tapi tidak boleh di gengam.. Tapi mampu menjadi senjata yang mungkin menikam sehingga jauh ke dalam hati seseorang hanya dengan tangisan jer. Punya istimewanya perempuan ni Allah jadikan. Kelembutan tu boleh jadi senjata paling tajam. Itulah salah satu kehebatan seorang wanita.

Kehebatan lain seorang wanita ni adalah mampu menghadapi kesakitan yang sama berkali kali tapi tidak pernah serik walau sekali. Kesakitan tu bukan kesakitan biasa.. Tapi kesakitan yang di umpamakan seperti nyawa di hujung rambut. Kesakitan ketika hendak melahirkan anak. Sakit yang tak dapat di gambarkan. Pergilah tanya mana2 perempuan yang pernah melahirkan anak.. Takde yang akan kata beranak tu tak sakit. Kaedah apapun.. bersalin tetap sakit. tak sakit masa bersalin lepas bersalin tetap akan sakit macam orang bersalin secara czer. Pendek kata tak ada orang lepas bersalin keluar je budak dah boleh lompat bintang. Cerita kartun boleh la..

Walaupun benda tu memang sakit.. Tapi majoriti perempuan jarang untuk rasa serik. Tu yang kadang2 ada orang anak sampai berbelas orang. Tiap2 tahun tak pernah miss beranak katanya. Macam tak sakit jer dia beranak padahal beranak setahun sorang ke sepuluh tahun sorang ke sakit tetap sakit. sebab bagi seorang wanita nikmat melahirkan anak tu lebih besar dari kesakitan yang di tanggung. Bagi yang masih bujang mungkin dengar cerita orang bersalin rasa takut macam taknak kahwin & taknak beranak. Aku dulu pernah rasa macam tu jugak masa sebelum kahwin.  yelah rasa nak membujang je sampai mati. Tapi bila dah kahwin.. dah melalui pengalaman melahirkan anak kadang2 rasa rindu jugak nak mengandung lagi. Tapi atas sebab2 tertentu rasa belum ready lagi untuk tambah anak. Yang penting bukan sebab takut nak beranak.

Moral of the story.. Itulah bukti kehebatan seorang wanita. Jadi jangan pandang rendah pada perempuan walau dia kategori cengeng tapi mampu booking LR setiap tahun tanpa miss. hehehe

7 comments:

  1. Subhanallah..Allahu..PC sentiasa berdoa agar Allah SWT beri peluang pada PC untuk menikmati pengalaman itu..amin..

    ReplyDelete
  2. pengalaman tak sama bersalin czer n normal.... anak sulong akak czer, mmg tak sakit.... Allhamdulillah berpantang pun x sakit... checking sebulan pun dh ok kt luar..... kt dlm tak tahu la, tp akak mmg rasa x sakit n xde masalah sgt ngn czer.... tp bila anak kedua, sakit yg amat, checking sebulan jahitan akak pun belum sembuh, masih tak tertutup habis.... aduihhh... seksa rasa, masa pantang mmg teruk yg amat, akak sgt disiplin pantang masa anak kedua, sbb anak pertama cz tak sakit n xde masalah akak slu ponteng pantang..... nasib baik la luka akak wlupun tak tertutup sepenuhnya tp tak bernanah..... 2 bulan baru ok jahitan tu...... tp rasa sakit kt jahitan tu 4 bulan stilll rasa pedih...

    ReplyDelete
  3. Akak beranak 3 kali czer dik...mungkin pengalaman masing2 tapi hanya Allah je yg mengetahui...beranak yg last ni adalah sgt2 sakit sebab akak terus ikat sekali (atas nasihat doktor) tapi betol la lepas beranak kan kak long dulu akak sampai rasa tobat takmo beranak lagi...tengok2 lepas 4 taun beranak lagi...ekekekek

    ReplyDelete
  4. baby memang semua nak kan, tak kisahlah sakit tu.. huhuh

    ReplyDelete
  5. betul tu....walau seksa camne pun, still rasa nak tambah lagi anak...huhu :)

    ReplyDelete
  6. Hehehhee,memang tak serik.

    ReplyDelete
  7. ha haha agreed 100%.
    aida ni pun stop sebab faktor umur tau.
    da tua...
    kalau la muda, rasa nyer memang nak menambah anak :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com