CARA PALING MUDAH MERAIH FOLLOWER RATUS RIBU DI INSTAGRAM

12/03/2015 09:01:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

CARA PALING MUDAH MERAIH FOLLOWER RATUS RIBU DI INSTAGRAM. Sekarang ni sapa banyak follower kat Instagram dah boleh mendatangkan sumber pendapatan sebab sekarang kat Instagram jugak dah boleh buat service review. banyak dah orang guna khidmat artis atau mereka2 yang berpengaruh untuk promosikan produk depa. Jadi untunglah sapa2 yang ada ramai follower kat IG tu. Aku ni 1k pun tak sampai follower kat IG. Kalau rasa kesian meh follow Ig aku @lalalekatlekit

Sumber Google

Susah sebenarnya nak kumpul follower kat Instagram ni. Kadang2 yang datang follow just nak kita follow back lepas tu depa unfollow balik. Depa nak bajet hotstuff.. Biar nampak ramai follower dari yang depa following. Tak baik tau main tipu macam tu. Tapi sebab aku ada Applikasi Instafollow yang boleh detect sapa unfollow.. Memang aku unfollow balik la. Selalunya orang meniaga la.. Depa nak ramai yang follow sebab senang nak beriklan tapi suka sangat la unfollow lepas orang follow back.

Jadi pada peniaga peniaga macam ni yang bajet hotstuff nak cepat follower naik sampai ratus ribu ada cara paling senang hangpa nak dapat follower. Caranya cari pasal dengan retis yang memang jenis cepat sentap.. Insya Allah kalau rezeki hangpa retis tu screenshoot komen hangpa & viral kan sekejab je hangpa dapat follower. Syarat dia kena tahan kena maki. Hahaha.. Tengok akak yang kena sound dengan fazura pasal KimK tu.. sebelum dia kena maki follower dia tak sampai 1k pun lepas kena sound dah naik ratus ribu. Untunglah.. Dapat publisiti dari retis kan...

Korang pun boleh cuba cara macam tu. Tulis la komen dengan short form yang boleh buat orang salah faham lepas tu jadi isu. Lepas jadi isu jadi viral lepas viral mesti popular. hahahaha. 

Amacam? Senang tak tips yang aku bagi. Dari nak kena follow ratus ribu orang, cara tu rasanya paling mudah. hahahaha... Aduhai.. Sekarang ni tak susah nak jadi popular. Kena maki pun boleh popular. Errkk.. Azwan Ali taknak buka IG balik ke aku nak cari pasal dengan dia. Untung2 Follower IG aku cecah juta mengalahkan che ta. hahahaha

P/S : Yang kena sound dengan fazura tu pun bukan dia plan semua tu tapi dah rezeki dia kan.. tapi tak mustahil cara macam tu akan diguna pakai oleh attention seeker yang gila glemer nanti

6 comments:

  1. its ok... tak popular pun tak pa la... hehe

    ReplyDelete
  2. Orang meniaga bagos la kalau ramai yg polow...tapi orang biase2 cam hakak ni dapat kawan sesikit pon jadi la...kuikuikui

    ReplyDelete
  3. Akak instagram pun takda, macamana nak tambah follower? Kah3x... Akak ni bab-bab cari pasal, bab-bab instant glamour ni memang tak pandai. Nanti kalau akak buka akaun instagram, Suria mencemar dulilah follow akak dulu. Lepas tu akak follow Suria. Lepas tu kita unfollow sama-sama. Lepas tu kita follow each other balik. Okey tak idea macam ni? Hehehe...

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak jengah IG.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. haha, memang kuang asam cara tu...
    punya la beriya-iya baca sampai abis....

    ReplyDelete
  6. Tp kalau kena maki gitu, boleh tahan gak malu tu..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com