Terkejut membaca post di wall FB seorang Blogger yang sangat peramah & positif Abang Ahp Pie biarpun pengidap HIV positif. Walau di jangkiti HIV bukan dari kesilapan beliau namun beliau redha dengan apa yang terjadi menganggap ia satu anugerah dari Allah. Beliau antara blogger yang aku kagumi berusaha untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang HIV. Sedih, terkejut bila terbaca berita tentang pemergian beliau tadi. Innalillahiwainnaillahiroojiun
Aku pernah tulis tentang beliau tak lama dulu. (boleh rujuk entri ni INILAH BLOGGER PENGIDAP HIV POSITIF) Masa aku minta keizinan nak tulis pasal beliau Ya Allah orang sangat peramah & baik. Tak kisah untuk aku guna gambar dia & keluarga dia untuk letak dalam entri tu cuma dia minta jangan dedahkan macam mana dia di jangkiti HIV sebab ia melibatkan banyak pihak. Kalau orang lain sememangnya mahu orang tahu dari kecuaian orang lain, orang lain yang menerima musibah tapi tidak arwah abang Ahp Pie. Dia masih menjaga nama baik pihak tersebut.
Perkenalan aku dengan abang Ahp Pie di alam maya tak lama.. lepas seorang blogger yang minta aku up kan story abang Ahp Pie kat blog aku. Tapi sepanjang perkenalan memang dia rajin bertegur sapa. Orangnya suka bergurau. Tapi sejak dua menjak memang tak nampak sangat status abang Ahp Pie kat FB. Sangat di senangi ramai. Sesungguhnya orang yang baik di sayangi Allah. Allah ambil dia.. kerana Allah lebih menyanyangi dia berbanding kita.
Tenanglah Abang Ahp Pie... Berehatlah di sana setelah berpenat di dunia memperjuangkan nasib golongan pengidap HIV. Moga tempat mu lebih selesa berbanding di dunia. Moga tidur mu lena sehingga tiba hari kebangkitan nanti. Takziah untuk seluruh ahli keluar arwah abang Ahp Pie. Moga tabah & sabar menerima Ujian Allah. Sedekahkah lah alfatihah untuk beliau...
dalam kenangan.. Abang Ahp Pie
Tenanglah Abang Ahp Pie... Berehatlah di sana setelah berpenat di dunia memperjuangkan nasib golongan pengidap HIV. Moga tempat mu lebih selesa berbanding di dunia. Moga tidur mu lena sehingga tiba hari kebangkitan nanti. Takziah untuk seluruh ahli keluar arwah abang Ahp Pie. Moga tabah & sabar menerima Ujian Allah. Sedekahkah lah alfatihah untuk beliau...
Innalillah.. Semoga rohnya diberkati dan tenang di sana
ReplyDeletetakziah ..sedihnya ...
ReplyDeletesemoga rwah tenang di sana ....
Al fatihah :"( pernah baca entri sis tentang blogger ahp pie ni..
ReplyDeletesemoga rohnya dicucuri rahmat
ReplyDeleteSaya pernah berjumpa dan bersembang dengan dia ketika menemani rakan yg baru sahaja diagnosed dgn hiv. Abg pie sanggup turun dr pahang untuk berjumpa dan bagi sokongan moral. Saya doakan semoga Allah memberi ganjaran syurga kpd allahyarham. Seshngguhnya beliau telah kembali menemui pencipta yg maha agung lagi mengasihani.
ReplyDeletesaya baru tahu ni sedih sgt
ReplyDelete