BERLETER MENYEBABKAN KEDUTAN DI WAJAH

6/10/2015 02:11:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Mesti baca je tajuk entri orang pompuan paling panik. Mesti tertanya tanya sendiri... Betul ke? Ye ke? erkk.. aku kategori kuat bebel ke tak yer?? Nasib baik aku kategori tak hyper bebel katanya. Tapi nak kata tak bebel langsung pun macam bukan pompuan pulak. Mak Nyah pun kuat bebel inikan pompuan sejati. Tak banyak sikit pun mesti suka bebel.


Terbaca satu info pasal keburukkan membebel ni. Kalau kita biasa dengar ustaz kazim cakap, bebel tu tanda isteri yang normal tapi kalau terlebih bebel dah tak berapa normal sangat dah. Antara keburukkan orang kuat bebel ni adalah boleh menyebabkan kedutan di wajah. Atau lebih senang faham sapa kuat bebel cepat tua, katanya.

So pada para ibu sekalian.. memang bebel adalah rutin harian. Kalau tak buat rasa macam tak lengkap hari tu kan. Nak2 lagi yang ada anak banyak sedang membesar. Dalam rumah dah macam tarzanawati jadinya. Tapi mulai dari sekarang kita kena cuba jugak kurangkan bebel benda2 yang tak perlu. Kena select benda2 penting & bermanafaat jer kalau nak bebel untuk kurangkan penghasilan kedutan di wajah agar nampak sweet seventeen sentiasa katanya. hehehehe

kalau hangpa nak tau apa lagi keburukan membebel ni selain menyebabkan kedutan di wajah boleh baca kat sini >> Kenapa Perlu Berhenti Berleter <<

 Moral of the story...Membebel ni kadang2 jadi satu irama yang di rindui tapi kalau over sangat boleh jadi tekanan emosi. Jadi berpada pada bila nak membebel. Jangan sebab semut sekor mati dalam gula.. kau membebel dari pagi sampai tengah malam. Boleh gila orang yang duduk serumah. hahahaha

3 comments:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com