UPLOAD GAMBAR CIUM MULUT DENGAN SUAMI SALAH KE?

8/14/2015 10:13:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

UPLOAD GAMBAR CIUM MULUT DENGAN SUAMI SALAH KE? Tu la masalah bila follow fanpage blog gosip artis ni.. Dah tau hang tu tak boleh tengok semua nak komen sapa suruh hang follow jugak. Tak tau la.. tetap jugak kekadang nak tau perkembangan industri hiburan, update filem2 hantu terbaru katanya. Alasan!! suka baca gosip tak ngaku.. Yelah.. yelah... aku mengaku yang arif! Sekurang kurang aku tak hipokrit macam certain manusia, retis,maksiat,hiburan melalaikan bla.. bla... tetiba bila di bayar hiburan terus jadi ibadah katanya... Ops! (statement ni tiada kena mengena dengan sesapa. sekadar contoh jer hahaha )

Sumber Google. Sekadar Hiasan. Jangan tiru aksi ni di khalayak ramai.
Terbaca la satu lagi kontroversi yang di cetuskan oleh pelakon yang dari sebelum kahwin pun memang macam macam kontroversi dari perangai pelik sampai la pada pose pelik & seksi dia.. Kali pasal upload gambar dia bercium mulut dengan laki dia. Katanya.... "Saya cium pun dengan suami saya, bukan dengan orang lain. Malah ada lagi gambar saya yang agak seksi. Terutama gambar saya ketika tengah yoga dan aktiviti senam yang lain. Tak pula mereka nak kritik gila-gila. Jadi saya memang malas nak layan isu-isu macam ni, gambar itu pun saya tak ‘delete’. Lama-lama nanti mereka senyaplah tu. " -Sumber Beautifulnara -

Yelah... dah sah jadi laki bini katanya. Buat apa pun semua jadi betul.. Jangan pulak sebab dah jadi laki bini gambar berjimak pun nanti awak upload. Yelah dah sah nikah halal nak berjimak katanya... Alah.. orang bising sekejab jer. Lama lama nanti orang diam la. Ops! ter lazer pulak... hahahaha

Moral of the story untuk kita kita  kecuali retis **tet** tu.. Sebab dia hidup ikut rules dia je so kita tak boleh nak tegur atau nasihat.. Even dah nikah masih ada batasan untuk kita berkongsi kemesraan suami isteri di khalayak ramai tak kira la melalui perbuatan secara langsung atau gambar. nikah bukan menghalalkan semua perbuatan yang halal.. Salah cara jadi haram jugak. Peace Yo!

3 comments:

  1. Tak semua perbuatan boleh dipertontonkan walaupun suami isteri..

    ReplyDelete
  2. mmg dah halal hbgnnya..cume cara tu yg slh...

    ReplyDelete
  3. Dia cium suami dia, halal lah tu. Tapi nak buat apa upload gambar intim tu, nak beritahu satu dunia yang dia bahagia ke? Kalau tak tunjuk keintiman tu, tak bahagialah maknanya???

    Aha, kan dah keyboard warrior marah ni. Lagi pun takda benda nak baca, kita bacalah. Lepas tu kita marahlah, then kita komplenlah. Salah ke? Itu kan kewajipan kita menegur sesama manusia...

    Eh, eh...tersilap blog rupanya lepas geram ^_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com