BEAUTIFULNARA DI HENTAM PERTIKAI LIPSTIK MESRA SOLAT

10/18/2015 08:20:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

BEAUTIFULNARA DI HENTAM PERTIKAI LIPSTIK MESRA SOLAT. Nak tergelak pun ada baca satu post kat beautifulnara yang mempertikaikan pasal lipstik mesra solat. gamaknya baru hari ni dia tau ada lipstik mesra solat walhal benda tu wujud dah lama. Yelah.. Beautifulnara ni admin dia lelaki jadi tak pelik la kalau dia tak pernah tahu ada lipstik mesra solat ni. Almaklum orang lelaki.. dia faham lipstik tu lipstik je la.


Tapi kagum jugak sebab walau banyak yang hentam dia sebab pertikai ada lipstik mesra solat dia tak delete post tu. Ni baru blogger sebenar. Apa ada hal setakat kena hentam ye dak? Takde makna nak angkat geng suruh orang lain hentam balik pengkritik. Rilex sudah terima kritikan. Biasa la tu.


Yang best tu... yang komen pun ada jugak buat pertikaian kurang bijak. Contoh.. macam yang aku printscreen ni


Kita maafkan je depa2 ni. Sebab depa tak faham konsep lipstik mesra solat. Bukan kata nak solat berlipstik bagai. Kalau nak buat pun tak salah.. tapi tujuan lipstik mesra solat ni adalah memudahkan. Kalau sisa lipstik ni masih melekat kat bibir & kita nak solat tak perlu was was sebab ia halal & boleh di bawa bersolat. Janji tidak menghalang air wuduk sampai ke kulit. Sebab tu pentingnya orang Islam memperbanyakkan kosmetik halal yang mesra solat. At least kalau pengantin yang nak buat solat sunat lepas akad nikah pun boleh lepas di solek dengan syarat dia dah ada wuduk sebelum di solek & wuduk dia tak terbatal. Tu tujuan kosmetik @ alat solek yang halal & mesra solat ni. berbeza dengan produk mesra wuduk.. bermakna tak kalis air & senang di cuci. Maksudnya bilas dengan air pun dia dah bersih.

Moral of the story.. Kadang2 sebelum mempertikai sesuatu perlu jugak kita ambil masa berfikir. Semua orang boleh jadi pengkritik tapi tak semua orang mampu mengkritik secara bijak termasuk aku. Hahaha

5 comments:

  1. lenkali sebelum komen tu kaji dl.. xpepasal kena hentam.. kesian.. semua benda serba xkena pd dia... dh mcm perfect sgt..

    ReplyDelete
  2. Mungkin abang nara baru tahu, so saje2 muat status untuk tengok macam mana feedback orang ramai tentang lipstik mesra solat ni. Tapi yang pertikaikan tu pon kurang cerdik, dia ingat lipstik mesra solat ni pakai semata2 untuk solat je. padahal, kalau orang yang ada event ke ape, diorang boleh hilangkan sisa lipstik terus amik wuduk and solat dengan rasa yakin. Hehehehe

    ReplyDelete
  3. Hahhaha Nara ni kan semua benda nak diisukan..... tapi tak heran sangatlah sebab Nara bertanya..... ada jugak yang tak faham maksud tabarruj tu... haih.... kita maafkan mereka :D

    ReplyDelete
  4. Hati2... jika ada sebahagian kecil gincu termasuk dalam mulut dan ditelab, boleh akibatkan solat batal..

    ReplyDelete
  5. Tak salah pakai.. boleh saja saudari2 ku, asal kan padam dulu sebelum ambil wuduk.. Pastikan muka x de lapisan semacam coating dgn make up.. Sy pernah jumpa sorang sis ambil wuduk tanpa membersihkan dulu make up, dan lipstik.. Sy tanya kenapa x bersihkan dulu nanti air tak telap, wuduk x sah.. Dia kata ini produk halal..dlm hati.. ini soal pemahaman bab lain pulak ni.. Sy cadangkan saudari berniaga sambil berdakwah sebanyak mungkin pada pembeli supaya akan sentiasa mendapat pahala berpanjangn dgn niat yg baik ini.. Wallahualam..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com