16 December 2014 8 Komen Melekat

HOBI SERAM

Amboi hobi apa yang seram sangat katanya.. Hobi memburu hantu macam geng seekers ka? Ke hobi mengangkung panggil hantu? Atau hobi jadi hantu? Ke hobi kerat2 mayat? ataupun kerja kat rumah hantu.. erkk.. tu bukan hobi tu kerja. Apa yang seram sangat hobi kau pontilekit Ooi.. tu dia tetiba tukar nama jadi pontilekit. hahahahaha

Sumber Google

Tahun 2014 tahun yang banyak koleksi seram aku kumpul. Yelah.. tahun ni je baru kumpul dvd seram. Tahun2 yang lepas aktiviti tengok cerita seram ni ter stop sebab bagi ruang untuk urusan rumahtangga. Sebelum ni anak kecik sangat.. Sekarang pun tak besar lagi tapi besar la sikit & dan boleh la aku tengok cerita seram. Kalau dulu tengok kat pawagam.. sekarang belum boleh pergi pawagam jadi kita buat hobi kumpul koleksi dvd seram kat rumah je la.

Semua ni Dvd yang aku beli tahun 2014 even bukan semua filem yang keluar tahun 2014. Sebab aku rasa hobi ni mampu beri kepuasan & keseronokkan.. Bila tengok dvd semua bergenre seram ni.. Fuh! kepuasan yang tak boleh nak cerita katanya. Semakin hari semakin bersemangat nak kumpul lebih banyak even bukan semua filem seram yang aku beli tu betul2 seram & best tapi takpe.. Bila rasa seronok buat sesuatu tu tak rasa rugi pun beli. Semua kebanyakkan aku beli kat Selayang Mall sebab kat situ je murah & kualiti gambar dia cantik. Yelah.. ada sticker original & perakuan B. Kalau singgah selayang Mall rasa macam bersalah pulak kalau tak beli dvd seram hahahaha

Tak sabar nak tunggu jadi banyak ni. Sisa2 2014, Insya Allah akan di tambah lagi koleksi. hahaha

Biarpun hobi aku ni hobi seram tapi tak menyeramkan sangat pun. Hobi tengok & kumpul dvd seram je. Kalau sapa2 ada koleksi dvd seram nak bagi kat aku pun boleh.. Nak2 lagi filem yang takde jual kat Malaysia ni. hahahahaha

Moral Of the story even pergerakkan kita terbatas tapi tak bermakna kita tak boleh buat apa yang kita suka & enjoy. Cuma kita perlu tahu kemampuan kita untuk melakukan sesuatu & jangan compare dengan hidup orang lain, sebab kat situ punca kadang2 kita rasa bangga diri atau kita rasa rendah diri. Sebab kemampuan setiap orang berbeza tapi keseronokkan melakukan perkara yang kita suka, sama je. So, pada surirumahtangga sekalian.. Kita juga boleh berhobi cuma pilihlah hobi yang ikut kemampuan kita. Bukan kemampuan dari wang ringgit je tapi kemampuan masa & tenaga untuk melakukannya. Yang paling penting restu suami & kita enjoy.

P/S : Entri ni untuk kawan aku, jijah yang suka stress, suka rasa kekurangan & suka compare.. Apa kata hang cari hobi baru tak stress. hahahaha (#prayforjijah #weloveyoujijah) Kawan yang paling complicated & paling menghiburkan dengan perangai dia yang kelam kabut.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;