PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM) DEDAH CARA MEREKA BANTU MANGSA AHLONG
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM) DEDAH CARA MEREKA BANTU MANGSA AHLONG. Mungkin ramai yang dah tahu & mungkin ada yang masih tidak tahu kewujudan badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Salah satu khidmat yang PPIM sediakan adalah membantu masalah peminjam Ahlong yang tak dapat bayar hutang.Bukan perkara baru isu mangsa pinjaman Ahlong ni.. Kena ugut, kena pukul, kena kurung & macam macam lagi la depa ni kena kalau tak boleh bayar hutang Ahlong yang depa pinjam. Sebelum hangpa berniat nak pinjam dengan Ahlong satu benda hangpa kena tau.. Sekali hanga pinjam mungkin seumur hidup anda berhutang.. Kadar faedah (Bunga) dia bukan macam pinjaman bank ok.. Dia punya faedah memang sekebun cinta nan berbunga.. Teguh berdiri nan berduri.. lepas tu hangpa akan jadi.. Pemusnah ku adalah kumbang.. runtuh bila ku kelayuan.. tu dia keluar dah lirik lagu ziana zain sebagai sountrack kisah peminjam Ahlong katanya. hehehee
Tapi kalau yang dah terjebak tu tak boleh nak buat apa dah.. Nak tak nak kena cari solution samada bayar semua hutang Ahlong termasuk sekebun cinta nan berbunga tu kalau mampu la.. Atau bunuh diri je... erkk!
Jangan la bunuh diri.. Kalau hangpa tak tau nak buat apa. Hidup di selubungi ugutan Ahlong setiap masa. Hingga terasa hidup di bayangi Ahlong sampai rasa Ahlong tu dah macam Qarin hangpa ja.. Boleh jer merujuk kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Macam mana PPIM boleh bantu peminjam Ahlong ni selesaikan masalah depa? Adakah PPIM upah gangster untuk pukul semua talibarut talibarut Ahlong? Yelah.. gangster kena lawan dengan gaster kan.. Atau PPIM tolong bayaq hutang hangpa? Semua yang di sebut bukan cara PPIM membantu mangsa Ahlong.. Nak tau macam mana PPIM boleh selesaikan masalah peminjam Ahlong ni boleh baca pada screenshot di bawah..
Jadi yang ada masalah berhutang dengan Ahlong.. Boleh membuat aduan & temujanji dengan pegawai pegawai PPIM yer. Atau yang ada masalah berkaitan kepenggunaan. Terguna produk beracun walau ada notifikasi KKM ker tak tau mana nak menuntut bela & menuntut kerugian atas muka hangpa yang rosak & barai tak hengat tu pun boleh minta bantuan PPIM.. Depa boleh selesaikan. Tak dapat selesaikan cara tertutup depa boleh viral guna PC terus.Walaupun NGO tapi PPIM memang berpengaruh. So jangan risau. Apa je masalah anda boleh buat aduan ke PPIM, Insya Allah mereka sedia membantu.