Showing posts with label fokus blend. Show all posts

ESSENTIAL OIL MEMBANTU KANAK KANAK LAMBAT BERCAKAP YANG ADA MASALAH TUMPUAN

ESSENTIAL OIL MEMBANTU KANAK KANAK LAMBAT BERCAKAP YANG ADA MASALAH TUMPUAN. Seperti sedia maklum.. Anak aku antara anak anak terpilih untuk mengalami masalah dengan perkembangan. Sekarang ni tengah review di Uitm psychologist clinik untuk IQ test. Tapi masalah speech & attention dia tu agak menyukarkan proses review tersebut. Setakat ni mengikut dignosis tak rasmi dari doktor pakar kat situ.. Dari pandangan dia, shahila bukan autisme. mungkin anak aku dalam kategori ADD iatu bermasalah dalam speech & attention.

Essential Oil Yang dah siap blend dalam botol Roll On

Tapi masalah paling utama anak aku sekarang adalah low attention atau bagi yang tak faham mempunyai masalah tumpuan dia mana dia tak boleh fokus sesuatu perkara dengan jangkamasa lama macam budak2 biasa. Kesannya kat sekolah.. dia susah nak duduk statik 1 tempat. Bila dia bosan.. dia buat benda2 lain. Menulis ke belajar ke macam tu jugak. Sekejab sekejab. Tu yang aku nak tak nak kena jadi cikgu kat rumah.. Malah anak aku lebih banyak belajar di rumah berbanding sekolah sebab kat sekolah ramai mustahil cikgu boleh fokus pada dia sorang. Sebab tu next year terpaksa daftarkan ke tadika private. Ada satu tadika aku dah tanya. 1 kelas 15 murid je. Lebih sesuai sebab tadika tu pun ada ambil kanak kanak yang macam shahila. Sebab doktor kata masalah ni, Insya Allah boleh hilang cuma bergantung pada usaha dari parents sendiri la.. Speech shahila setakat ni Alhamdulillah dah nampak perkembangan sebab dah makin banyak komunikasi  hala.

Ni kira paling cantik dia menulis. Nak habis 2 baris ni pun dulu Memang macam2 bentuk lukisan ada dalam kotak2. Bila tulis satu dua kotak.. dia rasa dah bosan dia mula menconteng. Selepas try Essential Oil.. boleh nampak perbezaan jugak la bila dia buat latihan. Bukan masalah tak boleh menulis atau kenal number atau huruf masalah dia tak boleh fokus buat homework lama2. 

Disebabkan masalah kurang tumpuan @ low attention ni dia bagi kesan pada perilaku @ behavior jugak membuat dia jadi kurang matang, kurang sabar & kurang behave terutama kat tempat2 awam. Setakat ni macam2 usaha aku dah buat.. supplement, terapi, didikan,marah,cubit & guna psycho pun ada.. Kalau buat perangai sangat aku buat2 la.. marah sampai tak nak cakap, tak pandang & taknak peduli.. so dia slow sikit & datang la pujuk2 cara dia. Kadang2 aku rasa dia ni macam terlampau di manjakan kot. Nak apa selalu jer dapat. Jarang nak kena reject permintaan dia.. sebab tu bila something dia tak dapat dia memberontak. Tu pun salah satu faktor penyumbang jugak tu di samping masalah yang kami sedia maklum.

Baru2 ni aku try Essential Oil.. Aku tak beli yang satu set rega beratus tu. Sebab aku takut tak sesuai dengan shahila, Aku try dulu yang dah siap blend dalam botol roll on dari seorang seller yang jugak ada anak masalah macam anak aku. Cuma anak dia ADHD (hyperactive,low attention & speech delay). Anak dia tak silap baru 3 - 4 tahun macam tu. Walaupun ada Mild Autisme + ADHD tapi jangan terkejut dah boleh membaca tau. Sebab anak2 autisme ni kalau yang bijak memang bijak. Aku yakin dengan testimoni menggunakan anak dia sendiri.. So aku try la beli. Lagipun setakat ni yang ada jual dah siap blend dalam botol roll on ni aku jumpa dia je la. Lain2 sebelum ni aku tanya semua yang jual dalam bentuk set. Sebab essential Oil ni.. dia ada banyak flavor. Setiap flavor ada fungsi & kebaikkan dia tersendiri. Untuk fokus blend ni ada 3 flavor di gunakan. Rujuk gambar di bawah


Kesan penggunaan Essential Oil ni bergantung pada masalah & pada keserasian jugak la. Ada yang seawal seminggu dah nampak kesan positif. Macam shahila seawal 3 hari nampak kesan positif dari segi tumpuan & behavior dia. Sebab selepas 3 hari guna.. Macam biasa rutin setiap rabu shahila ada Speech Therapy kat klinik Audiologi & sains pertuturan, UKM titiwangsa. Sesapa yang ada anak masalah speech delay boleh try apply terapi kat sana. Selain kos dia tak mahal terapi kat sana aku rasa agak bagus. Tapi tu la maybe waiting list tu panjang sikit. Sambung cerita lepas 3 hari aku sapu essential oil kat shahila.. pergi terapi, therapist tegur, dia agak baik. Maybe sebab kurang menjerit & boleh follow arahan berbanding sebelum ni bukan tak follow langsung tapi biasa la budak ada masalah low attention dia tak suka buat sesuatu perkara lama2 bila dia rasa bosan benda tu dia nak buat benda lain. Shahila ni jenis tak dapat apa dia nak menjerit je kerjanya. Tapi lepas aku sapu2 essential oil ni nampak memang kurang sangat dia nak menjerit bila tak dapat apa dia nak. Memang bab tu nampak ketara sangat perubahan dia. Kat rumah pun dah tak berapa dengar suara dia menjerit. Dia boleh terima bila kita cakap tak boleh dalam certain2 perkara la tanpa mengamuk. Fokus tu nampak agak baik. Speech pun dia dah tunjuk skill. Dia mula bercakap kalau tak walau kat rumah dia dah boleh cakap certain2 perkara tapi di sesi terapi kadang2 dia tak nak sebut apa2. So, dari situ aku nampak orang lain pun boleh nampak perubahan shahila selepas 3 hari consistent dengan Essential Oil untuk fokus ni.

Kat rumah pun aku perasan.. lepas seminggu aku boleh nampak dia duduk dengan tenang & makan. Kalau dulu.. dia suka bergerak sana sini. Cara dia makan pun semakin berubah & perubahan tu perubahan yang baik. Dia tak polot2 penuh mulut lagi.. tapi dia gigit sikit2. Dia makan pun semakin cepat. dulu sekeping roti boleh sampai setengah jam atau sejam nak habis sekarang 5 minit pun dia dah boleh habiskan. Bila dia mula makan banyak sikit, secara tak langsung susu pun kurang sikit minum. Sebab kalau makan selalunya dia akan minum air masak. Air2 berperisa selain susu formula dia memang dia tak minum sangat.

Alhamdulillah.. Semua ni cuma ikhtiar yang menyembuhkan adalah Allah SWT. Tapi kita kena la usaha. Tapi jangan la kau harap selepas seminggu terus jadi perfect. Tu mustahil la.. tapi ada kesan positif tu. Insya Allah dengan penggunaan berterusan mungkin membantu masalah yang mungkin anak anda hadapi. Secara kasar boleh aku simpulkan memang behavior & fokus shahila boleh nampak kesan yang baik selepas seminggu. Senang sikit nak bawa jenjalan kat mall nanti. hehehe

Ini cuma perkongsian dari pengalaman aku sendiri amalkan untuk anak aku. Tahap keberkesanan kepada anak2 orang lain aku tak sure la. Cuma kalau nak cuba, memang aku rekemen juga. Cuma kena melalui consultancy dengan orang yang betul. Sebab benda ni perlu orang yang ada knowledge pasal produk tu.. Setiap masalah tidak sama flavor yang di gunakan. Takut salah beli jadi tak berkesan, so rugi la kan.

Jadi jika ada yang berminat nak mencuba produk young living Essential Oil ni boleh hubungi :

Puan Shareena Shaifudeen : 013-3993407
Facebook : Shareena Shaifudeen

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com