BANYAK BETUL KEDAI KOPI KAT JANDA BAIK

BANYAK BETUL KEDAI KOPI KAT JANDA BAIK. Hari minggu saja bawa anak anak keluar. Tapi memandangkan cuaca panas sekarang aku minta la suami bawa je kemana mana tempat sejuk. Tapi aku sendiri tak tahu kemana haja tuju dan tak bertanya. Tengok jalan mula mula ingat nak ke genting rupanya ke janda baik. Tak singgah kemana mana pun cuma round dalam kereta tengok permandangan. Lagipun janda baik ni kami dah selalu datang bukan pertama kali. Biasa jalan jalan balik hari je la. 

Apa yang aku perasaan janda baik ni banyak betul kedai kopi. Kopi ladang, kopikraf dan banyak lagi la sepanjang jalan aku nampak kedai, cafe atau restoran yang guna nama berkonsepkan kopi ni. Kopi ladang tu aku pernah makan kat situ tapi biasa biasa je bagi aku. Tak adalah special sangat pun. Ok la sesiapa nak datang merasai pengalaman sendiri. Tempat tempat makan lain kat janda baik ni aku tak berapa sangat bila aku tak focus pada tempat tu. 

Janda baik ni tempat untuk healing atau buat family day sesuai la. Kalau nak bercuti berkonsepkan melancong. Senang faham nak berjalan jalan tengok tempat orang kurang sesuai. Cuma suasana kampung yang masih terpelihara flora & fauna. Jauh dari bandar. Sesetengah orang percutian bagi mereka adalah duduk & berehat di satu tempat untuk hilangkan stress & penat bekerja JANDA BAIK antara tempat yang sesuai. Tapi kalau jenis suka berjalan, shopping sambil bercuti mungkin JANDA BAIK bukan pilihan tepat. Baik pergi Thailand je. Hehehehe.. 

Tak ada gambar sangat sebab tak singah kemana mana pun. Dalam kereta je. Memang plan nak singgah kat satu cafe ni tapi bila sampai macam tak menarik pulak. Tak jadilah nak singgah. 

Semua gambar sekadar hiasan je tau tak ada kena mengena dengan kedai kopi mana mana pun. Cuma gambar yang aku ambil secara random dari dalam kereta sepanjang perjalanan kami jalan jalan di Janda baik. 


Kalau singgah mana mana kedai kopi tu boleh la juga review tapi tak singgah pula. Mungkin lain kalilah. Lagipun sebelum sampai ke Janda baik tu memang dah makan kat texas chicken kepong. 

RASA NAK ULAS ISU TENGAH VIRAL TAPI..

RASA NAK ULAS ISU TENGAH VIRAL TAPI.. Banyak sangat isu isu panas sekarang. Terkini isu influencer di tuduh buat gangguan 'seggsual' pada budak bawah umur. Nak ulas dalam blog? Mula mula rasa nak juga mengulas isu isu viral di blog lekat lekit ni dah siap draft lepas tu rasa tak perlu la. Zaman tu biarlah jadi sejarah. Zaman menjadi outspoken blogger tu rasa macam tak nak ulangi dah. Biarlah ulasan isu isu viral ni seladar hit & run. Blog ni macam diari jadi akan tersimpan kemas cerita tu. Jadi aku kalau boleh dah tak nak simpan cerita cerita macam tu. 

Semua orang akan lalui fasa buat silap dalam hidup termasuk aku. Yang salah di hukum yang belum di hukum tak semestinya sentiasa betul. Hidup ini macam tu la.. Kadang kadang kita buat kesilapan yang sama cuma kita bernasib baik tidak di hukum di dunia jadi kita merasa kita lebih baik dari orang yang sedang menerima pembalasan dari kesalahan dia. 

Aku pernah berada di fasa di mana orang padan kan muka aku kena saman konon lantang sangat. Bila di uji lagi suami aku mengalami kemalangan & cedera agak teruk ada yang sindir aku konon kifarah. Konon silih berganti ujian besar dalam hidup aku tu bukan ujian dah itu kifarah. Yang hamburkan kata kata tu pun tak baik mana tapi aku tak remove dia sebagai friend aku biar je. Belum di uji tak bermakna kita lebih baik dari orang lain, kan? Biarlah dia rasa dia lebih baik dari aku sebab aku pun tak pernah rasa diri aku baik. 

Di blog biarlah aku perlahan lahan untuk ubah cara penulisan aku mengikut apa yang aku rasa perlu & tak perlu. Blog ni sekarang pun dah kembali kepada tujuan mula mula aku bina blog ni. Bukan untuk popular, bukan untuk cari income dan bukan untuk kejar views. Hanya untuk aku menulis apa yang aku rasa nak tulis. Tak semestinya cerita peribadi.. Apa saja aku rasa nak ceritakan dalam bentuk penulisan. Tak semua suka bercerita dengan lisan.. Dan itulah aku yang suka bercerita melalui penulisan. 

Yang sudi baca blog aku terima kasih. 




TAHLIL MISTERI DI SURAU RNR

TAHLIL MISTERI DI SURAU RNR. Lama tak menulis cerita seram di blog lekatlekit ni kan? Kena warm up balik untuk kembali menjadikan blog ni berpuaka. Tu dia.. Mampus nanti geng geng paranormal berkampung di blog aku pulak. Alah.. cerita seram kat blog lekatlekit ni seram santai sahaja. Memang dari dulu konsep aku menulis cerita seram hanya untuk hiburan bukan menakutkan orang sebab tak nak ada orang terlalu taksub dengan cerita cerita macam ni sampai lebih takutkan makhluk halus dari takutkan Allah.Sedangkan makhluk ni tak ada kuasa. Yang mengizinkan segalanya berlaku adalah Allah. Jadi nak minta apa apa jangan pada makhluk, minta pada Allah yer anak anak.

Cerita ni di adaptasi dari laman X kalau dulu di kenali sebagai twitter. Walaupun cerita ni bagi aku macam tipikal cerita seram yang biasa kita baca atau dengar tapi katanya dari cerita sebenar yang berlaku sekitar tahun 2009 - 2010. Wah lebih kurang tahun mula mula blog lekatlekit di lahirkan ni. Lama juga la ceritanya tapi best juga kita flashback dalam blog ni kan? Untuk pembacaan santai santai di kala kau tak de benda nak buat kan. Dari kau membawang isu rumahtangga orang ada lebih baik kau baca  blog aku ni nyah.

Kejadian seram ni katanya berlaku di sekitar lebuhraya seremban menuju ke kuala lumpur. Aku bab bab jalan memang tak arif. Aku tulis mengikut apa yang di ceritakan je la yer. Hangpa yang tau jalan tu kat mana imagine la sendiri yer suasana tu. Tak dapek den nak nolong gambarkannya. Makcik ni tak pandai drive & memang tidak menghafal jalan yer anak anak. Dulu pertama kali nak bawa bakal suami balik kampung pun aku suruh dia guna waze jangan harap aku guide dia. Sampai nak masuk simpang kampung aku je aku tau jalan kerumah aku. Teruk tak teruk bab menghafal jalan ni.. Macam tu la aku. Aku setiap kali masuk kereta aku bukan tidur.. aku hanya suka lihat permandangan, kampung kampung orang, pekan pekan kecil, rumah rumah & bangunan bangunan di sepanjang jalan je. Sebab tu aku tak suka untuk perjalanan jauh guna highway sebab tak ada perkara menarik aku boleh tengok.

Menurut sang pencerita waktu tu jalan tu baru buka. Jadi tak banyak la lampu jalan di sepanjang perjalanan ini menuju destinasi, berbagai lebuhraya di lalui.. (Maaf kalau ada yang ternyanyi.Gen Z je mungkin baca tak menyanyi.GenKRU genRock kapak bagai auto akan nyanyi gitu). Kita sambung balik cerita tadi. Katanya jalan tu memang familiar sangat la dengan kisah kisah seram. Sebab waktu tu memang masih tak banyak kereta yang menggunakan jalan tu. Nanti la aku siasat samada betul ke tidak banyak cerita cerita seram yang pernah berlaku kat situ. Aku bab bab menyiasat ni aku handal juga la.

Nak di jadikan kisah seramnya.. Pada malam yang sunyi.. Bukan pak mat jual topi tapi si budak Zaidi namanya. Pelajar perubatan yang sedang pratikal di salah sebuah hospital kat nogori sembilan sana. Sebab dia pelajar perubatan pratikal kat spital ni paham paham je la depa bukan jenis dapat punch card balik on time pun. Petugas petugas perubatan ni kebanyakan macam tu la terutama Doktor & jururawat. Depa kerja separuh nyawa juga terutama di klinik atau hospital kerajaan. Hangpa tau compalint ja. Hangpa cukup time sharp pukul 5 dah punch card balik. Depa belum tentu. Jadi jangan sikit sikit nak SISPAA ja. Tunggu lama pun nak SISPAA. 

Meneruskan cerita tadi, Si Zaidi ni habis kerja malam tu dah pukul 8 malam. Selesai solat maghrib di surau hospital dia pun bergegas mulakan perjalanan balik ke kuala lumpur. Selain cuti hujung minggu kebetulan cuti umum juga. Maka dia ambil kesempatan untuk pulang ke pangkuan keluarga sekejab. Yelah.. time tu je ada peluang berehat & berjumpa keluarga kan..

Dia memandu sorang sorang je balik ke kuala lumpur. Dia ikut waze macam biasa la tapi tetiba dia berubah fikiran dari nak ikut jalan biasa dia guna terus bertukar fikiran nak guna jalan baru. Maka dia meneruskan perjalanan melalui jalan baru tu. Malam tu kenderaan pun tak banyak atas jalan jadi agak lengang. Hanya ada sebiji dua kereta yang sempat berselisih dengan dia. Tapi di sebabkan penat bekerja di siang hari, dia jadi agak mengantuk masa memandu. Selain faktor jalan terlalu tenang & lenggang jadi tak ada cabaran dalam memandu pun menjadikan perasaan mengantuk tu semakin menjadi jadi lah. Bila drive dengan jalan yang terlalu tenang, badan letih dah tu malam dia punya heal tu memang akan mengundang rasa mengantuk ok!

Kendengaran suara azan di corong radio. Kebetulan dia nampak ada RNR. jadi dia ambil keputusan untuk singgah rehat & bersolat dulu sebelum meneruskan perjalanan. Si Zaidi ni memang seorang yang alim & menjaga solat sikit. Jadi dia pun masuk ke kawasan rnr tu & parking kemudian terus ambil wuduk & masuk bersolat dalam surau. Masa dia datang tu memang surau kosong. Bukan saja surau kawasan RNR tu pun tiada sesiapa. Tapi mungkin dia anggap biasa RNR kosong bila bukan musim perayaan atau cuti umum yang panjang.

Dah selesai wuduk dia masuk surau & mula solat, Tiba tiba masa dia mengangkat Takbiratul Ihram terdengar suara bacaan yassin bergema dari arah belakang. Suara bacaan yassin tu agak kuat dan kedengaran agak lain dari biasa. Dia meneruskan solat sehingga selesai sehinggalah sampai ke salam terakhir dia terperasan  seakan ada ramai orang duduk berkumpul dan membaca yassin. Selesai salam dia berzikir & berdoa sekejab selepas tu dia bangun. Tiba tiba ada orang cuit bahu dia dari belakang pelawa dia untuk sertai bacaan yassin dengan mereka. lelaki tu memakai kopiah putih yang di lilit serban hijau. Katanya ada majlis tahlil sedikit. Sambil menunjukan kearah kumpulan bacaan yassin. Apa yang buat si zaidi ni berderau ada sekujur jenazah dah siap berkafan di hadapan 20 orang lain sambil di pimpin oleh seseorang.

Dia menolak dengan baik dengan alasan dia nak cepat balik ke kuala lumpur. Dia bukan takut sebab ada jenazah. perkara macam tu bagi zaidi biasa je sebab dia dah biasa menjadi imam di masjid kampung dia cuma yang luar biasa berlaku depan mata dia sekarang adalah sebab berlaku di surau RNR. Iskk.... tak pernah orang buat tahlil atau solat jenazah kat surau RNR malam malam buta macam ni. Selepas menolak baik pelawaan lelaki tu, Zaidi pun beredar lah. Sebelum beredar dia sembat mengalih pandangan kearah mereka & lelaki tu tersenyum. Nampak la sederet gigi emas dia. Luar biasa pelik juga tu. Bertambah seram Zaidi jadinya.

Yang buat dia semakin pelik keluar dari surau dia tak nampak ada satupun selipar atau kasut. Van jenazah pun tak ada. Jadi mereka ni datang dengan apa? Dari mana? Dengan siapa? Pelik,seram,sejuk lepas tu Zaidi rasa lapar pulak. Yang pelik rasa lapar tu macam lapar sangat sampai lutut dia jadi lemah & tak mampu berjalan. Macam tak makan berhari hari pulak lapar tu. Nak kata dia ada gastrik dia tak pernah ada gastrik pun. Sebab lapar sangat dia pun pergi ke salah sebuah restoran yang ada kat RNR tu. Restoran tu pun tak ada orang. Lepas pesan makanan & minuman tak sampai seminit dah sampai order dia. Terkejut juga dia. Cepat sangat kot. Dia pun tegur makcik restoran tu sebab cepat sangat. Kata makcik tu tak ada orang memang cepat. Kalau lambat nanti customer complaint pulak. Sebab terlalu lapar dia makan lupa nak baca bismillah. Terus pelahap gitu je. Nasi goreng tu sedap walau katanya ada bau hanyir pada ayam.  Sirap ais yang di pesan pun pekat & manis. Dia pun puji masakan makcik tu semasa nak bayar tapi makcik tu menolak katanya dia belanja. Semasa Zaidi tunduk mengira duit  tiba tiba suasana bertukar diam & sunyi. Sebaik dia mengangkat kepala terus dia tergamam.

Kedai tadi yang cerah benderang bertukar jadi gelap gelita. Tiada tanda yang kedai tu di buka pun. Papan tanda kedai pun kosong. Tiba tiba tekak dia mula rasa pahit & loya. Mula terfikir tadi dia makan & minum apa sebenarnya? Dia jadi pening.. berjalan terhuyung hayang ke kereta.

Dia tak tunggu la nak baca Yassin ke, ayat kursi ke ruqyah ke apa dah.. Terus pecut kereta. Kalau masa tu michael schumacher ada rasa ketinggalan jauh kebelakang juga si michael tu dengan budak Zaidi ni. Yelah.. kau sorang sorang di tempat pelik,aneh & seram dah tak ingat nak panas enjin dulu ke, nak ketuk ketuk carpet kereta dulu ke, nak check gigi ada sisa makanan lagi ke tak. Memang terus pecut la. Sempat juga dia jeling kearah surau tadi sebelum pecut. Imam tadi sempat melambai sambil tersenyum di pintu surau. Endingnya lepas kejadian tu Zaidi demam seminggu.

Itulah secebis kisah pengalaman si Zaidi yang di kongsikan sahabatnya di laman X. Cerita seram ni kadang kadang tak jadi berapa seram bila di ceritakan kembali dalam bentuk penulisan atau penceritaan secara lisan tapi sebenarnya bila kita sendiri hadap perkara ni ia dah sangat menyeramkan. Jadi jangan cakap besar sangat. Jangan sampai Dia try test hang masa tu baru rasa betapa azab kena tahan kencing & berak sampai langit cerah. 


PAKAI SUSUK RELEVAN ATAU TAK ZAMAN SEKARANG?

PAKAI SUSUK RELEVAN ATAU TAK ZAMAN SEKARANG? Sesambil mengisi masa petang aku tengok Filem susuk kat Netflix. Bukan filem susuk yang Malaysia punya ni susuk filem dari Indonesia. Berkisahkan seorang perempuan yang pakai susuk kemudian berlaku kemalangan dia jatuh dari kondo. Sepatutnya menurut doktor dalam keadaan dia memang tak akan hidup dah tapi dia masih hidup. Semua tu sebab dia ada pakai susuk yang ada pendamping.Ada satu babak dia dah di sahkan meninggal.. Nurse semua dah cabut wayar tetiba dia hidup balik. Akibat kekangan kewangan adik dia terpaksa keluarkan dia dari hospital dan bawa balik kampung untuk merawat cara kampung. Mula mula cuba rawat secara Islam tapi tak berjaya lepas tu terpaksa cari dukun susuk untuk keluarkan susuk yang kakak dia pakai. Berjaya di keluarkan tapi tak berjaya untuk pisahkan jasad kakak dia dari pendamping susuk tu sebab dukun tu tak boleh buang susuk pertama yang kakak dia pakai sebab ilmu dia tak cukup kuat untuk berlawan dengan pendamping susuk tu.

Sebab dia cari dukun orang kampung mula rasa tidak senang dengan depa mula menunjukan reaksi tak suka. Sehingga seseorang memberitahu bahawa ibu mereka juga dulu memakai susuk tapi tidak berjaya untuk keluarkan susuk sehingga jasad membusuk walaupun tidak mati. Akhirnya ibunya di kebumikan juga walau tidak berjaya menanggalkan susuk yang di pakai. Kalau hangpa nak tau kesudahan kisah tu hangpa tengok je Filem susuk tu. Sekarang ni kita kembali ke topik asal.. Masih relevan atau tak zaman sekarang pakai susuk?

Yelah lambakan produk kecantikan, spa kecantikan, teknologi pembedahan plastik untuk kecantikan bagai. Tu tak cerita produk timbang kilo yang bersepah di jual kat Malaysia ni. Semua untuk memenuhi keperluan manusia yang nak cantik terutama perempuan. Jadi perlu ke nak pakai susuk yang kita dah tahu akan ada kesan buruk dari sudut spiritual kan selain di tegah oleh ajaran agama terutama Islam. Berbanding dulu faham la selain tak banyak produk kecantikan atau pusat kecantikan, orang dulu kurang pendedahan & pendidikan dalam agama jadi mungkin kejahilan mereka itulah yang menyebabkan mereka bersekutu dengan jin & syaitan untuk memenuhi tuntutan nafsu mereka. Tapi zaman sekarang selain lambakan produk kecantikan & pusat kecantikan, penyebaran ajaran agama pun semakin meluas. Bukan alasan jahil atau kurang kemudahan lagi melainkan hanya sebab inginkan cantik secara pintas & menipu pandangan mata manusia lain dengan menggunakan perantaraan jin & syaitan yang semua orang tahu penuh tipu daya.

Pakai susuk ni bukan saja menyusahkan diri sendiri akan menyusahkan orang lain juga. Contoh bila dah tenat tak mati mati dah waris nak kena cari orang yang arif dalam rawatan spiritual macam tu. Tak tahu kenapa masih ada orang berminat nak pakai susuk susuk ni lagi sedangkan teknologi dah maju. Nak cantik tak perlu guna pendamping jin & syaitan pun. Kenapa nak menyusahkan diri? Pakai susuk pun bukan murah sangat. Nak bayar untuk perkhidmatan bomoh lagi, peralatan yang di gunakan sebagai perantaraan pun memerlukan kos. sama je kalau kau pergi spa kecantikan ke, klinik kecantikan ke atau beli produk skincare atau beauty care. Tapi kenapa pilih cara syirik & khurafat tu? Adakah sebab kesan kecantikan tu lebih cepat atau macam mana? Sebenarnya pakai susuk ni dia umpama kau pakai filter. Hakikatnya muka kau sama je. Kalau buruk tu buruk juga tapi di kaburi dengan filter di mana bila orang tengok nampak cantik. Tapi filter susuk ni dia berunsurkan perkara perkara mistik la. Orang boleh nampak secara real yang hangpa tu cantik tapi sebenarnya tak pun. Cuma di kaburi dengan pandangan dari tipu daya jin & syaitan. Sebab tu bila langgar pantang larang atau tidak buat apa apa ritual mengikut perjanjian semasa nak pasang susuk tu akan menyebabkan kesan tu jadi lebih buruk. Mungkin tanda amaran & amarah pendamping bila kehendaknya tidak di turuti.

Selain ia di lihat amalan kuno yang bertentangan dengan ajaran agama yang bagi aku dah tak relevan untuk di pratikan di zaman sekarang dimana untuk cantik kena perlu ada perjanjian dengan iblis & syaitan. Dah kena ikat kontrak dengan makhluk makhluk ghaib. Kalau boleh slow talk ok la juga ni jenis kalau dia dah deal gitu.. Gitulah kau kena ikut. Dah la syarat pelik pelik. Tak boleh lalu bawah ampai la, tak boleh makan satey la.. Entah lah. Tak faham aku yang sanggup menyekutukan Allah untuk cantik ni. Kau makeup sudah la. Balik rumah cuci je takde pantang larang apa apapun. Pakai susuk ni umpama satu penipuan pada diri sendiri & orang lain sedangkan tidak mengubah hakikat sebenar pun.

Tapi trend sekarang aku nampak makin menjadi jadi orang suka buat ritual ritual khurafat ni tak hanya untuk cantik. Untuk lariskan perniagaan, untuk jatuhkan orang lain & macam macam sebab la. Seolah olah kemajuan macam tidak mampu mengatasi kepercayaan orang pada perkara perkara syirik & khurafat. Sebab tu sekarang terlalu banyak filem filem seram berunsurkan mistik ni di hasilkan. Mungkin salah satu faktor ada yang obses & taksub pada perkara perkara macam ni. Aku terkecuali aku suka tengok filem seram tapi tidak terdetik untuk mencuba sebarang ritual ritual khurafat & syirik ni. Seumur hidup aku, aku tak pernah guna khidmat bomoh. Hanya perawat dari pusat rawatan Islam yang di percayai sahaja. Contoh darussyifa.

Kesimpulannya.. Teknologi masih tak mampu melawan amalan amalan syirik & khurafat ni. Sebab nak kata golongan tidak terpelajar je percaya & mengamalkan perkara perkara macam ni tak juga. Semua golongan ada yang terjebak dalam aktiviti macam ni. Sebab tu pentingnya didikan agama & mempratikan acara agama. Kalau tak kau pandai la macam mana pun kau tetap akan jadi bodoh juga bila kau tak ada pegangan agama yang kuat. Tak tak.. aku bukan ustazah. sebenarnya aku tengah tarbiah diri sendiri juga ni. hikhikhik.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com