RAYA AIDILADHA DI BUKIT TINGGI

RAYA AIDILADHA DI BUKIT TINGGI. Masih tak terlewat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidiladha buat semua yang masih setia membaca blog lekatlekit. Raya korban tahun ni tak balik kampung memandangkan cuti sekolah dah hujung hujung sangat. Kalau dekat boleh la balik sebab jauh, jarak & masa tu kena ambil kira. Perjalanan jauh lepas tu nak kena hadap jam dan raya & tarikh sekolah di buka semula tu terlalu singkat takut anak anak penat dengan perjalanan jauh tak sempat rehat nak kena pergi sekolah jadi buat keputusan raya sendiri je la kat sini. Lagipun sambutan aidiladha kat kedah biasa tak meriah sangat pun. 

Bila dah tak balik kampung tu bermakna raya kami adalah pergi berjalan jalan. Sebab cuaca malaysia haritu panas kami pilih tempat sejuk. Jalan jalan la kat bukit tinggi. Jalan jalan je bukan bermalam pun. Pergi balik hari raya. Lagipun tak la jauh sangat bagi aku. Setakat bukit tinggi, fraser hill atau genting highland tempat tempat yang bagi kami setakat nak ambil angin & jalan sekejab sekejab tu boleh je balik hari. 

Tapi tu la.. Konon pergi tempat sejuk tapi sebenarnya tak sejuk pun. Berpeluh juga bila berjalan jalan cuma tidak la sepanas kl/selangor ni. Bawa anak anak main main kat rabbit park sekejab sebab tempat pun kecil tak banyak benda boleh explore lepas tu naik ke bukit tinggi jalan jalan menikmati bangunan ala ala inggeris kat situ. Sekadar untuk ambil gambar. Lepas jalan jalan sekejab tu balik la. 

Cuti sekolah penggal pertama ni kami tak pergi holiday mana mana la. Mungkin cuti sekolah akan datang. Tapi bawa juga anak anak berjalan kat tempat tempat yang dekat boleh balik hari. Anak anak ni asal kita bawa keluar pun dah happy sebenarnya. Lagipun banyak je tempat menarik yang tak jauh dari kl/selangor yang kita boleh pergi balik hari. Contoh melaka, port dickson. Keluar sekejab dari hutan konkrit boleh pergi ke janda baik. Boleh je jalan jalan ikut bajet & masa masing masing kan? 


GELOMBANG HABA, PANAS DI KEDAH DAH TAHAP BERJAGA JAGA

GELOMBANG HABA, PANAS DI KEDAH DAH TAHAP BERJAGA JAGA. Gelombang haba datang lagi. Menurut Jabatan meteorologi Malaysia akan berlarutan hingga september. Berkipas la memasing sekarang ni. Bersedialah menghadapi kenaikan bil elektrik terutama yang guna aircon di rumah. Bagi yang tak ada aircon pun confirm kipas tak tutup 24jam sehari. 

Kedah antara negeri yang sekarang panas berada di tahap 1 iatu tahap berjaga jaga bila suhu melebihi 37°c. Selain kedah Perak & kelantan juga mengalami suhu panas di tahap berjaga jaga juga. 

Kipas tangan ni ada offer kat shopee sekarang kalau berminat boleh dapatkan di 👉 Shopee

Lagi berapa hari nak sambut raya aidiladha dengan cuaca panas. Kampung pula di kedah.. Bertabahlah. Aku mungkin tak balik kot raya haji memandangkan cuti pendek di tambah cuaca kedah sekarang terlalu panas. Anak anak mungkin akan demam. Lepas tu nak buka sekolah. Tak buat keputusan lagi macam mana. Rasa balik bulan september je la untuk majlis nikah adik aku nanti. Tapi kesian pulak kat mak & adik beradik kat kampung. Berbelah bagi dah hati ni. Dengan cuti terlalu pendek, perjalanan jauh. Confirm kena redah jam. Tak tau berapa belas jam lagi nak ada atas jalan pergi & balik. Entahlah.. Aku ingat nak bawa anak anak pergi tempat sejuk balik hari je. Mungkin fraser hill ke. Kalau family kat kampung boleh join sekali pun best. 

Kat sini pun dan panas sangat rasanya. Anak aku dah beruam kat badan. Mujur standby kat rumah ni calazite lotion. Yang ni je paling cepat meredakan ruam panas, gigitan serangga atau kegatalan pada kulit. Kalau kena chicken pox atau hfmd pun cepat tau kering ruam ruam tu. Aku berani review sebab aku dah guna masa anak aku kena hfmd. Sekejab je kering. Korang patut simpan kat rumah calazite lotion ni tau. Kalau kena gigit nyamuk pun sapu sekejab hilang kesan merah & berbintat tu. Harga pun murah. 

Kalau nak dapat calazite ni tekan je Shopee nanti link ke seller di shopee shop tu

Ter review produk pulak. Nak cerita pasal gelombang haba sekarang je sebenarnya. Hangpa macam mana? Balik ke tak kampung raya haji ni? Ke sama beraya di perantauan? 


LAPTOP OH LAPTOP

LAPTOP OH LAPTOP. Bila semangat kembali nak aktif menulis di blog time tu juga la laptop nak sakit bagai. Puas dah godek.. Install, uninstall, format, reset, semua bagai tetap juga tak dapat nak fix maka kenalah membawa dia berjumpa dengan pakarnya. Kena check apa masalah. Rasa bukan masalah setting atau software mungkin ada part yang rosak. Di syaki ssd la. Tapi untuk lebih kepastian kena juga hantar ke specialist laptop ni. Kita tak ada peralatan atau pengetahuan untuk membedah laptop jangan di cuba cuba la sangat buat. 

Dah survey tempat nak hantar. Bekas client blog lekatlekit ni juga. Dulu dia banyak ambil slot review di blog lekatlekit. Lagipun kat google review pun memang kedai dia dapat positive feedback dari pelanggan. Pemiliknya juga bumiputera. Tak salah la kita support orang kita kan. Tapi itulah tak tau lagi bila si suami free nak kesana. 

Sebelum ni kita review sebagai blogger je kalau ada rezeki berurusan dengan mereka nanti aku review balik sebagai pelanggan. Insya Allah. Ini cuma perancangan. Kalau ada rezeki kan. Lagipun blog aku ni pun masih ada problem tak index ke google. Aku dah penat dah cuba solve tapi tak juga selesai. Itupun nanti aku nak cari specialist dia untuk setting semula di samping aku pun bercadang untuk tukar template. Nak lebih bertemakan diari. Sekarang ni nak menulis yang santai santai je. Tak nak la extreme sangat macam dulu. 

Tapi tu la.. Semua perancangan tu bermodal. Kena buat satu persatu dulu. Sementara waktu ni boleh je update blog melalui phone. 


PUCUK PAKU 3 IKAT RM5

PUCUK PAKU 3 IKAT RM5. Kalau dulu kita kat kampung ni zaman budak budak dulu jumpa pokok paku ni kadang kutip buat main. Daun kaduk & banyak daun daun yang di buat sayur atau ulaman yang tumbuh meliar kita buat main masak masak je kan? Sebab banyak. Dulu nak buat nasi ulam pergi jer kutip daun ulam ulaman. Tak susah pun semua ada di sekeliling. Sekarang ni jangankan nak kutip.. Nak beli pun susah kadang kadang nak dapat daun sayuran atau ulaman yang dulu tumbuh meliar jer. Zaman dah berubah itulah harga yang perlu di bayar untuk sebuah pembangunan. Hutan hutan di tarah, bukit bukau di gondol jadi tumbuhan macam tu semakin hari semakin kurang populasinya. 

Bila jumpa orang jual daun atau sayuran yang dah kategori kayangan nak makan sekarang ni dengan harga murah, kondisi yang segar & baik rasa macam tak percaya pulak. Lebih lebih lagi kita tinggal di tengah hutan konkrit ni. 

Ceritanya semalam suami aku balik bawa pucuk paku 3 ikat. Cantik cantik daun dia. Hijau segar lagi. Dari bahan dia bawa balik tu tahula dia nak makan masak lemak cili padi pucuk paku. Jadi aku potong la pucuk paku tu. Betul betul pucuk bukan bercampur daun tua. Memang mengagumkan juga la kan. Biasa yang jual kat sini pucuknya 2-3 batang yang banyak daun je. Ni dia bagi pucuk lembut lembut manalah laki aku dapat pucuk paku elok macam ni. Sebab lepas hantar barang suami aku keluar balik jadi aku dapat tanya mana dia beli. 

Malam tu dia balik.. Dia sendiri bagitau dia nampak ada orang asli jual pucuk paku tepi jalan jadi dia beli la. Aku tanya harga berapa sebab elok elok pucuk paku tu. Terkejut aku dia kata 3 ikat RM5. Murah gila kot. 3 ikat tu aku masak setengah periuk 24cm. Boleh makan 4-5 orang juga portion tu. RM5 je?!! Kalau seikat RM5 dengan kondisi pucuk paku yang terbaik macam tu pun aku rasa masih murah apa lagi 3 ikat RM5. Tu macam nak bersedekah je. Moga murah rezeki yang jual tu. Puas la makan masak lemak cili padi pucuk paku. Suami aku sambung makan lagi hari ni sebab ada lebih. Yelah dalam rumah kami ni 2 orang je makan nasi berlauk. Dua lagi budak dalam rumah ni tak makan nasi nak suruh makan pucuk paku memang tak la. 

Kalau dah rezeki kan.. Memang rezeki juga la. Dapat harga murah macam tu. Mungkin dia petik sendiri dalam hutan & jual. Biasa orang macam ni dia petik sama macam dia sendiri nak makan. Bukan senang nak jumpa peniaga ikhlas macam ni. Kadang kita makan kat luar pucuk paku tu batang keras pun peniaga masak sekali. Nak gigit tu rasa macam gigit ranting kayu je. 

Apapun Alhamdulillah.. Dapat makan masak lemak pucuk paku. Sayur yang jarang jarang dapat makan. Biasa sawi, kangkung, bayam gitu je la kan. Yang senang dapat kat kedai. 


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com