BAG SANDANG HELLO KITTY UNTUK IBU IBU COMEL. Lama tak menulis review di blog lekatlekit ni. tetiba.. rindu ku pada direimu yeah.. yeah.. Tu dia demam feminim sudah kembali. Ini semua GenKRU punya penangan. Geng geng 80an semua kembali jadi remaja sejak dua menjak ni katanya. Tapi nak kata Geng 80an ni jadi remaja balik sebab konsert GenKRU tak juga sebab geng 80an ni memang sentiasa perangai muda & remaja. Rupa letak tepi dulu la kan. Geng 80an masih dressup yang ala ala remaja sampai sekarang tanpa orang nampak janggal selagi outfit tu tak mencolok mata, betul tak? Kita masih pakai cargo pant yang baggy macam zaman rappers, hiphop dulu dulu betul tak
Apalah sangat nak bawa beg sandang hello kitty kan? Tak ada orang nak pandag aneh pun. Lagupun design bag ni memang di buat untuk pelbagai peringkat umur. Sesuai je untuk remaja & dewasa.
Bag ni aku beli sebab comel. Yelah aku banyak survey barang yang ada design figura hello kitty sebab anak dara den kan die hard fan hello kitty. Sekali dengan mak dia terjebak pulak. Kadang kadang mak mak dia dia suka sedondon dengan anak je jadi layankan la minat anak tu. Cewah!
Jadi terbeli la beg sandang hello kitty kat Lazada taobao. Kenapa Lazada taobao sebab harga dia murah sama macam beli kat app taobao cuma yang ni kita beli melalui platform lazada je. Bukan taknak beli direct app taobao tapi benda baru in case ada masalah dengan barang tu tak tau macam nak solve. Boleh ke return & refund. Senang ke nak return & refund jadi aku decide beli je la kat app online shopping yang dah otai & kita tahu term & con dia kan.
Harga untuk 1 unit bag ni serius murah. Dah compare dengan shopee semua. Sebab aku beli 3 barang di lazada taoboa jadi dapat bag ni dengan harga RM15 sahaja. Bila murah kita tak expect kualiti dia tu baik sangat la. Nasib baik ok ok je la tapi tak yer bag ni material dia pvc tapi lembut tau. Lembut jenis tak penyek. Dia still berbentuk. Tak nipis tapi tak berat. Just nice gitu. Tali dia tu multifunction dimana boleh di pelbagaikan gaya dia. Boleh sandang, boleh bawa macam bagpack atau boleh silang bagi yang badan tak besar macam aku ni.

Warna tak ada banyak pilihan cuma putih jer. Capacity dia medium. Setakat nak sumbat barang2 baby nak keluar tu muat sangat la apa sangat nak letak makeup. Macam aku selain makeup,minyak aromaterapi, baranfg barang photography aku la. Aku bukan photographer yer aku suka ambil gambar je. Macam stand, monocular telephoto lens, macro lens bagai gitu je la. So far masih muat & isi semua tu pun masih ada ruang untuk di isi barang lain lagi. Kira besar juga la ruang bag tu. Berbaloi la dengan design, kualiti & harga tu kan..
Jadi kalau hangpa terhasut atau terpedaya dengan review aku ni rasa nak juga grab sebiji bag hello kitty ni buat reward diri sendiri penat buat side income atau kerja rumah hari hari hangpa boleh check out kat sini LAZADA TAOBAO
KONSERT GENKRU YANG TAK PERGI PUN TERASA TERUJA. Penuh kat fyp konten konten remaja lanjut usia, geng geng 80an berkongsi rakaman depa yang join konsert GENKRU tu. Kita yang tak dapat pergi ni rasa jelous ok! Tapi tetap dapat rasa vibes remaja balik tau bila dengar lagu lagu kru & beberapa artis jemputan seperti feminim, Elite.. Ya Allah rasa rindunya zaman remaja dulu. Zaman zaman pakai seluar yang boleh muat 3-4 orang. Hahahaha.. Kau bbnu apa tau. Zaman rappers dulu seluar Alien workshop poket boleh buat lunggage isi baju tau kalau nak balik kampung. T-shirt pun boleh buat selimut. Multifunction tau outfit kami dulu.
Tak sangka dalam usia Norman, Yusri & edry mereka boleh menari, menyanyi macam dulu dulu juga. Persembahan mereka nampak energetik betul. Geng geng 80an yang datang ke konsert tu tak kurang walau standby minyak angin, minyak urut, panadol bagai. Macam lupa dah remaja lanjut usia tapi kagum.. Peminat di Malaysia fanatik macam mana pun masih terkawal. Tak ada yang histeria atau yang mati kena pijak kat konsert. Semua enjoy dalam disiplin lagi. Tu la beza budaya kita dengan negara lain kan. Budaya malaysia ni terkenal dengan adab & sopan jadi kita dah ter adaptasi dengan cara hidup begitu maka secara tak langsung ia mampu mengawal kita dari bertingkah yang luar batasan.
Aku memang la tak pergi konsert GenKRU tu tapi dok tengok konten konten kat tiktok tu penonton semua undercontrol enjoy tanpa mencetuskan sebarang rusuhan.Berbanding kita tengok orang luar negara tengok konsert ada yang histeria, pengsan & mati pun ada. Yang tu kita boleh rasa bangga & bertuah sebagai rakyat malaysia. Kita didik & di displinkan dari kecil sehingga menjadi cara hidup kita disini.

Apapun tahniah pada KRU dalam usia sekarang mampu mengadakan konsert sehingga 4 hari & berjaya tersenarai dalam Malaysia Book Record. Artis artis baru patut belajar dengan KRU. Dari 1992 sehingga 2025 KRU masih relevan ok! Ni kau berangan nak buat konsert tapi lagu kau pun orang tak tahu. Hanya gah pada isu isu yang tak kontroversi, fesyen pelik bagai. Bayangkan 30 Tahun akan datang kau mampu ke mengekalkan pretasi & peminat macam KRU? Artis sekarang tak di nafikan kualiti sangat la kurang hanya gah pada kontroversi jadi susah sikit untuk bertahan. Lagu lagu sekarang pun entah la.. Jabgi komen Gen Z kata kita orang tua tak boleh masuk dengan citarasa orang muda tapi tu la.. Lagu lagu sekarang ni nak dengar pun tak feel sangat berbanding lagu lagu dulu.
Apapun Tahniah pada KRU atas kejayaan luar biasa untuk konsert GenKRU. Aku ni dari remaja sampai la dah remaja terlebih usia tak juga berpeluang jumpa KRU lagi apa lagi tengok konsert. Tak apa lah.. Semua tu rezeki. Tak ada rezeki kita pasrah je tapi kita pun die hard fan KRU tau. Dengar je lagu KRU kita tau ok tajuk apa hahahaha.
TANYA CHATGPT SIAPA SURIA LEKATLEKIT INI JAWAPANNYA.. Orang lain dah lama terjebak dengan chatGPT ni, aku sorang je lambat sikit nak terpengaruh walau aku tau ja kewujudan chatGPT ni. Maybe hidup aku setiap minit banyak benda nak buat walau scroll media sosial jadi aku lambat sikit la nak terjebat dengan SIRI BERCAKAP DENGAN AI ni. Dengan manusia pun kadang kadang tak sempat nak bercakap. Hahaha..
Entah apa hidayah yang datang pagi ni terdetik nak try la bersembang dengan mentang AI. Apa best sangat la depa dok membawang dengan AI. Tak tau nak tanya apa tanya pasal diri sendirj je la. Satgi tanya pasal orang lain jadi mengumpat pulak kan. AI dah tentu tak dak syurga neraka, kita ni pulak nak menanggung sorang sorang. Hari Jumaat biasa insaf sikit la kan.
Aku pun tanya ChatGPT ni kenal tak dengan Suria Lekatlekit. Ingat AI nak jawab.. Kau sapa aku nak kenal? Hidup kau best sangat ke aku nak ambil tahu? Rupanya tak yer.. AI masih kenal siapa suria lekatlekit walau pemilik nama pena ini sendu sedan je namanya. Tak pernah popular pun. Di kenali sikit dulu tu pun isu naik court. Lepas tu kembali sendu. Biar sendu tapi penuh senda.
Inilah jawapan ChatGPT tentang suria lekatlekit
Tak ada apa yang salah pun. Betul la tu apa AI cakap. Dia tak fitnah pun. Jujur budaknya ChatGPT ni. Bagus mak bapak dia program kan dia jadi budak baik gini.
Mungkin nama Suria lekatlekit dalam dunia blog dah hilang tapi percayalah saya masih lagi seorang blogger selagi wujudnya blog lekatlekit ni. Saya bangga & saya suka di gelar blogger. Menjadi seorang blogger tiada salah & hinanya cuma mungkin ada salah silap saya sendiri selama menulis di blog. Itu adalah individu.
Apapun terima kasih yang masih mengikuti blog lekatlekit ni.
MENJELANG AJAL. Semalam sempat la menonton filem dari indonesia. Yelah baru dapat tengok netflix. Almaklum la menumpang akaun orang. Tapi kali ni kita guna secara sah yer. Netflix premium hangpa boleh add member 2 orang tapi kena tambah bayaran tu sebanyak RM13 sebulan. Jadi aku tumpang guna akaun orang tapi aku bayar la. Takkan nak guna free pulak. Dah orang tumpangkan tu pun syukur. Kita akan dapat akaun sendiri di mana kita signin dengan email & password sendirj cuma bil akan masuk ke akaun owner. Nanti kau bayar la sewa kat owner dia setiap bulan.
Jadi bila dah add member tu boleh la sambung tengok movie kat netflix. Hiburan masa lapang kan.. Kebetulan sebelum tu tertengok kat reels fb sedutan filem Menjelang Ajal. Macam best pula. Jadi petang semalam aku layan la sekejab filem dari seberang.
Filem ni mengisahkan seorang balu yang struggle sorang sorang nak besarkan anak anak selepas kematian suami. Dia buka restoran untuk kelangsungan hidup. Untuk melariskan jualan dia, dia terjebak dengan benda benda syirik & khurafat sehingga membuatkan perjanjian dengan jin. Senang paham pakai pelaris. Tapi bila dia mula melanggar perjanjian dengan jin tu bermulalah kejadian kejadian aneh & seram dalam hidup dia. Makanan yang di masak menjadi basi & mendapat komplen dari pelanggan.
Ia bermula bila restoran dia mula tiada pengunjung. Rupanya pelanggan sentiasa melihat restoran dia tutup. Berlaku satu kejadian aneh di mana orang melihat restoran dia tutup tapi di dalam restoran tersebut pekerjanya sibuk melayan pelanggan yang ramai. Bila dia datang melihat tiada pelanggan tapi makanan & minuman di hidang penuh meja. Pekerjanya sibuk melayan pelanggan. Apa yang di lihat pembantunya ramai pelanggan hari itu tapi dia melihat tiada sesiapa. Rupanya yang ramai datang itu bukan manusia.
Bermula dari situ dia mula mencari bomoh itu membantu dia dari gangguan tersebut malangya tiada yang boleh membantu. Sesiapa cuba membantu akan di bunuh jin yang pernah di ikat perjanjiannya. Malah jin ganas itu mula menguasi jasadnya. Sehingga dia menjadi lemah. Anak anak yang melihat perubahan kejadian aneh cuba merawat ibu mereka. Sehinggalah mereka bertemu dengan seorang alim yang mampu melawan dengan jin jahat yang menguasai tubuh ibu mereka. Namun tidak mudah..
Filem ni best juga la. Boleh tonton bagi yang belum menonton. Banyak juga adegan seram & suspend. Kalau hangpa focus menonton boleh feel juga cuma aku ni focus suka hilang tapi masih faham perjalanan cerita tu.
Moral of the story.. Sebab tu kita tak boleh guna perantaraan jin & syaitan. Tak ada satu pun bawa kebaikan. Dunia kita berbeza & kejadian kita dengan depa pun tak sama. Apapun masalah hidup mohonlah pertolongan dari Allah.