CAFE HIPSTER DALAM HUTAN DI KUALA LUMPUR

CAFE HIPSTER DALAM HUTAN DI KUALA LUMPUR. 28 mei 2025 rabu yang lepas adalah tarikh hari ulangtahun suami aku yang ke.. Tak payah la tau. Agama dah ajar kita 3 perkara yang perlu di rahsiakan. 1. Umur 2. Hal keluarga & 3. Harta & kerjaya. Tak ada keperluan tak payah nak cerita atau tunjuk sangat mungkin boleh jadi fitnah & aib kan. Cukup la hangpa tau tarikh tu hari ulangtahun suami aku yang hensem di mata ku. Alah normal la isteri akan pandang suami dia ensem kan? 

Macam biasa la sambutan hari jadi anak ke, bini ke atau suami sendiri cara kami meraikan adalah keluar jalan jalan & makan makan sahaja. Kalau anak anak tu bawa la pergi beli barang apa yang depa nak. Tak ada la majlis apa apa. Tu cara kami meraikan. Suami la belanja. Birthday pun tetap dia kena belanja kami anak beranak. Tapi aku tetap la belikan hadiah. Hadiah tu nanti next entri aku akan review. Sabaq ok! 

Suami bawa kami pergi lepak lepak kat satu cafe dalam hutan. Putri D rimba cafe. Cafe ni cantik. Tepi sungai berbatu. Air sungai memang jernih & cantik bagi aku. Di kelilingi hutan tebal & hijau lagi. Sepanjang jalan tu memang banyak chalet & aktiviti atv. Kira kat situ memang tempat riadah & buat aktiviti hutan la. Kalau ada yang nak main atv atau berehat dalan suasana hutan. Nak buat family day ke sesuai la. Banyak chalet kat situ. Tapi kami sekadar pergi jalan jalan je nak merasai pengalaman minum minum kat cafe dalam rimba tu. 

Tak banyak menu di sediakan.. Hari yang kami pergi tu pun banyak menu yang tak ada. Kebanyakan western & ada la korean food. Setakat ramen yang rasa macam instant ramen pedas. Makanan & minuman tu jangan letak high expectation la. Rasa semua biasa biasa sahaja. Senang faham tempat ni sesuai untuk lepak lepak minum dalam suasana hutan tepi sungai sahaja bukan tempat untuk food hunter. 

Lokasi dekat Taman melawati, kuala lumpur. Jadi warga kl nak datang lepak lepak boleh la. Jalan masuk adventure la sikit jalan hutan & kampung tapi bagi aku memang best. Sebab dapat tengok suasana kampung & hutan yang menenangkan dengan sungai berbatu yang yang jernih & cantik. 

Sungai tepi cafe ni boleh kot kalau anak anak nak mandi & main air. Tak sure la pulak masa aku datang memang tak ada orang sangat. Tak nampak pula ada budak budak mandi manda. Tapi rasanya boleh. Nampak ada orang pasang khemah kat situ. 

Apapun kalau nak lari sekejab dari belantara konkrit antara tempat yang korang boleh datang kesini untuk warga kota. Luar kl pun kalau datang nak jalan jalan kesini pun boleh. Alang alang dah sampai kan.. 


HOUSEMATE POCONG FIKSYEN ATAU BENAR?

HOUSEMATE POCONG FIKSYEN ATAU BENAR? Masih hangat di media sosial isu kisah housemate pocong di salah sebuah rumah sewa jalan kebun shah alam tu. Ada yang percaya dan ada yang pertikaikan kesahihan cerita tu. Masing masing mula berhujah dengan pendapat sendiri. Begitulah kehidupan di media sosial ni kan tak pernah sunyi dengan isu isu hangat. 

Aku pun ada baca dan kongsi kisah tu di blog ni. Kalau dah lama ikuti blog aku memang aku antara blogger yang suka & minat dengan cerita cerita seram ni. Tak kira filem je, kisah kisah di ceritakan dari mulut ke mulut ke aku suka baca & tonton. Aku pun ada koleksi dvd filem seram yang sampai hari ni aku simpan. Anak anak pun  tak boleh sentuh tau. Ada sebakul aku simpan semua original bukan pasar malam. Kat situ pun boleh nampak minat aku pada cerita cerita seram ni. 


Taksubkah aku dengan dunia mistik ni? Tak juga. Aku bukan pentaksub dengan perkara perkara macam tu. Aku cuma suka membaca, menonton & mendengar lebih kepada hiburan. Yer.. Kita kena percaya memang wujud makhluk makhluk alam ghaib. Aku pun percaya mereka wujud dalam dimensi yang berbeza. Dengan izin Allah mereka boleh menjelma dalam bentuk apapun. Semua tu boleh berlaku dan biasa berlaku. Tapi manusia yang taksub ni kadang kadang ambil kesempatan secara berlebihan dalam mengambarkan kewujudan makhluk makhluk halus ni. Itu yang jadi salah. 

Kisah housemate pocong tu.. Ramai meragui kesahihan cerita tu. Kalau betul mereka harap wakil dari keluarga cikgu nina akan tampil bagi penjelasan. Sampai sekecil perkara pun ada pertikaikan.. Hantu boleh jawab salam ke? Aku baca pun rasa kelakar juga. Ramai merasakan cerita tu cuma fiksyen yang di ceritakan seolah olah benar benar berlaku. Ada juga yang percaya cerita itu benar. Dan aku macam biasa baca sekadar hiburan. Apa yang baik kita ambil sebagai pengajaran yang buruk jadikan sempadan. Kesahihan cerita tu setakat ni tiada siapa boleh buktikan. 

Banyak je cerita cerita seram yang menjadi lagenda sesebuah negara atau kaum yang sampai hari ni tiada siapa tahu sejauh mana peristiwa seram tu pernah berlaku. Bukan perkara baru yang berlaku dalam kehidupan kita malah dari zaman dulu lagi. Dulu pernah hangat cerita hantu kumkum, orang minyak.. Sampai kat kampung aku masing masing pasang buluh kuning padahal tak ada siapapun yang di serang atau di ganggu. Cerita tu di sebarkan dari mulut ke mulut ja tapi seorang mangsa pun aku tak pernah tengok kena. Kita pun jadi takut sebab percaya dengan apa yang kita dengar. Lebih lebih kanak kanak kan. 

Jadi bagi aku benar atau fiksyen kisah housemate pocong tu.. Biarlah. Sebab aku tak ambil berat sangat. Dalam perkongsian aku tentang kisah tu pun aku dah mention jangan taksub. Baca sekadar untuk hiburan. Kita masing masing dah dewasa. Bukan lagi di zaman filem sundelbolong yang lepas tonton filem tu nak pergi tandas pun kita jadi takut. Waktu tu masih budak budak tak pelik la mudah di pengaruhi. Tengok filem hantu cina lompat lompat pun kita boleh ikut tahan nafas. Betul tak Gen Y sekalian? Tapi sekarang masing masing dah dewasa takkan la mentaliti kita masih sama. Tolong la dewasa.. 


HOUSEMATE KU POCONG,RUMAH SEWA JALAN KEBUN, SHAH ALAM

HOUSEMATE KU POCONG,RUMAH SEWA JALAN KEBUN, SHAH ALAM. Kecoh kat threads sekarang kisah seseorang yang tak sedar teman serumah sewanya rupanya pocong. Ada yang cakap cerita lama yang di viralkan semula. Tapi aku tak pernah terdengar atau terbaca jadi boleh la kita share di blog lekatlekit ni kan


Alkisahnya seorang wanita ni yang di namakan sebagai Nina baru menyewa sebuah rumah di jalan kebun shah alam selepas mendapat tawaran kerja kat area situ. Sebelum masuk menyewa kat situ dia dah di maklumkan oleh tuan rumah berapa orang akan tinggal bersama dia kat rumah tu. Tuan rumah bagitahu cuma ada seorang je menyewa kat situ setakat ini tapi waktu tu katanya penyewa tu balik kampung. Tapi katanya lagi 2 hari akan masuk lagi seorang penyewa baru. Jadi mereka akan bertiga la di rumah tu. 

Lepas tuan rumah dah jelaskan, esoknya Nina ambil kunci & berpindah masuk la kerumah tu. Masa dia sampai kerumah tu tiada apa yang pelik & aneh. Semuanya nampak normal & baik baik sahaja. Rumah tu ada 3 bilik. Bilik yang pertama milik teman serumah yang katanya balik kampung tu jadi nina duduk di bilik kedua. Macam biasa la nina masuk bilik kemas kemas semua barang dia lepas tu tertidur. 

Dia tertidur sampai petang dan bila terbangun dia macam terdengar ada orang buat kerja di dapur. Jadi bangun & pergi la meninjau di bahagian dapur. Masa tu dia nampak ada seorang tengah basuh tangan. Dia pun menegur dengan salam. Selepas tu dia pun tanya samada wanita itu housemate dia yang tuan rumah beritahu balik kampung haritu. Nina hulur tangan nak bersalam. Salam bersambut & dia mengaku dia la penyewa yang tuan rumah kata balik kampung tu. Nina perasan yang bau housemate dia ni wangi sangat. Bau bau bunga. Mereka pun borak borak la. Baru kenal kan? Tapi borak borak kosong je la. 

Tapi Nina rasa sedikit pelik dengan housemate dia ni sebab lain di tanya tapi lain di jawab. Contoh bila tanya nama, kerja kat mana, student ke apa semua dia cuma jawab saya dah lama duduk sini. Saya tak ada siapa siapa kat sini. Bila tanya umur dia cuma diam. Kebetulan masa nina datang tadi ibu dia bekalkan makanan jadi dia pelawa la housemate dia ni makan. Jadi mereka pun makan la sama sama. Nina mula pelik bila tengok housemate dia tu makan dengan gelojoh macam terlalu lapar sangat. Macam orang tak makan berhari hari tapi nina berbaik sangka la mungkin cara dia macam tu. Dia makan licin. Lepas habis makan dia pergi cuci tangan. 

Malam tu nina bagitahu housemate yang esoknya dia kerja. Dia dah masak nasi nanti tolong panaskan je. Lauk nanti dia balik kerja dia belikan kat luar. Boleh makan sama sama nanti. Lepas tu nina masuk bilik sambung kemas kemas barang. Tapi malam tu dia rasa panas sangat jadi dia keluar bilik untuk minum air. Dia nampak housemate dia termenung di meja makan seorang diri. 

Nina agak pelik dengan housemate dia ni sebab dia suka menyendiri & termenung. Tak ada nak main phone ke apa macam orang normal zaman sekarang.. Hanya duduk & termenung je. Rumah tu kebetulan memang belum ada tv. Kalau orang mungkin sesekali akan pegang phone juga tapi tidak housemate dia ni. 

Keesokan harinya sebelum pergi kerja nina masak nasi dulu. Tapi pagi tu dia tak nampak housemate yang dia jumpa semalam. Dia masih bersangka baik mungkin housemate dia dah keluar pergi kerja. Selepas habis kerja & sebelum balik rumah nina singgah dulu kedai untuk beli makanan. Nina sampai rumah dalam pukul 7 malam. Masuk je rumah dia nampak housemate dia tengah termenung di meja makan sama macam semalam. Nina tegur la dah lama ke balik. Dia cakap dah lama. Jadi nina tak syak apa apa lah. Nina masuk bilik mandi dulu selepas tu dia keluar balik untuk makan dengan housemate dia. 

Tapi bila nina ke dapur buka periuk nasi dan tengok nasi dah basi. Rasa nak marah juga la sebab dia dah pesan pada housemate dia minta tolong panaskan sebab dia dah masak. Dia ingat housemate dia akan tolong panaskan rupanya tidak. Sebab dah penat dia malas nak masak nasi lain dia makan je lauk lauk yang dia tapau tadi. Pada malam tu nina jadi malas nak bersembang dengan housemate dia. Mungkin sebab masih marah la dengan kejadian nasi basi tu. Selain sebab nasi tu nina jadi tak selesa sikit dengan housemate dia tu. Katanya bila berborak dengan dia.. Dia akan pandang dengan renungan yang tajam & senyuman pendek tapi seram. Tak kira apapun nina cerita dengan dia reaksi dia tetap sama. Macam tak ada emosi. 

Di jadikan malam tu tiba tiba housemate dia ketuk pintu bilik nina & minta nak tidur bersama. Tak sempat nina cakap apa apa housemate dia terus masuk & baring di atas katil nina. Sepanjang malam tu juga bilik nina berbau wangi macam bunga. Nina mula pelik sebab dalam bilik air tak ada pulak barang mandian housemate dia. Yang ada semua nina punya tapi housemate dia ni tetap berbau wangi sangat. 

Esok harinya berlaku lagi perkara yang sama. Balik kerja buka periuk nasi basi. Jadi dia ambil keputusan beli je nasi goreng tapau balik makan. Sambil makan macam biasa nina borak borak dengan housemate dia. Terdetik di hati nina bila tengok housemate dia cantik & ayu tapi perangai agak pelik. Nina fikir mungkin dia ni ada masalah lain yang menyebabkan dia jadi macam tu. Tapi kalaupun ada masalah kenapa malas sangat. Nak panaskan nasi yang siap masak pun tak boleh buat. Dan malam tu housemate dia masih nak tidur dengan dia. 

Keesokan harinya housemate yang baru masuk. Nina balik kerja baru berkesempatan jumpa housemate baru ni. Housemate baru ni tegur la nina. Tanya dah lama ke tinggal sorang sorang & cakap berani nina duduk sorang sorang. Nina nafikan la dia duduk sorang sorang sebab selama dia berpindah masuk kerumah tu memang dah ada housemate dengan dia. Dia tanya housemate baru tu takkan tak nampak ada lagi sorang housemate yang tinggal kat situ. Housemate baru tu ingat sengaja nina nak takut kan dia. Jadi dia bersangka baik saja. 

Biasa lepas makan malam nina & housemate pelik dia tu akan keluar jalan jalan kaki ambil angin luar. Dah penat dorang akan balik tidur keesokan harinya macam biasa pagi nina akan pergi kerja. 

Hari ketiga baru housemate baru tegur lagi sekali tanya tak takut ke tinggal sorang. Dan tanya pulak hari hari nina bercakap dengan siapa. Dan kenapa beli makan tiap hari sampai tiga bungkus. Padahal yang ada di rumah tu hanya mereka berdua pada pandangan housemate baru dia. Nina tanya lagi pada housemate baru dia.. Takkan tak nampak ada lagi sorang housemate tinggal bersama mereka? Nina bersungguh bagitau yang mereka tinggal bertiga dalam rumah tu. Dan malam tu masih housemate pelik nina masih tidur di biliknya. 

Hari keempat lepas maghrib nina turun kebawah untuk buang sampah. Terserempak dengan makcik makcik yang tinggal kat area situ. Makcik makcik tu bagitahu la yang budak budak lelaki kat situ kerap nampak nina bercakap sorang sorang. Nina mula rasa tak sedap hati. Sebab semua orang tak nampak housemate dia. Dia pun call tuan rumah bertanya & bercerita tentang apa berlaku. Tuan pun terkejut dan tanya balik dengan siapa dia bercakap. Sememangnya hanya dia sorang je dalam rumah tu sebelum ni. Nina bagitahu dia bukan sorang sorang tapi housemate yang tuan rumah kata balik kampung haritu ada kat rumah tu dengan dia. Lepas tu tuan rumah terus tak balas chat. Housemate yang baru pindah tu pun dah keluar macam tu je tak jadi tinggal kat situ. 

Tiba tiba nina rasa nak terkencing dia ke bilik air. Ada pulak housemate dia yang misteri tu depan tu. Nina minta housemate dia ketepi sebab dah tak tahan nak terkencing. Terselisih la lengan dengan dia. Nina dapat rasakan lengan dia sejuk sangat. Sejuk macam ais. Nina jadi kaku dalam bilik air sampai pagi buta. Kaki dia rasa tak boleh nak melangkah. 

Keluar je dari bilik air nina ambil phone dan tengok banyak kali tuan rumah call & cuba hantar chat bagitau housemate dia masih di kampung. Belum balik kerumah tu. 

Nina mula takut terus call mak ayah dia untuk datang ambil dia waktu tu juga. Kebetulan mak ayah dia ada di seksyen 30.sementara tunggu mak ayah dia sampai nina tidak berhenti berdoa. Sampai je mak ayah dia nina berlari dengan keadaan mengeletar satu badan. Dalam kereta dia cerita semuanya dan terus di bawa pergi kerumah perawat. 

Sampai di sana dia cerita balik pada perawat tu apa berlaku. Perawat tu ada bertanya bau wangi tu bau yang macam mana. Nina bagitau la bau seakan bunga melur & bunga cempaka. Kemudian perawat tu hulur kapur barus & tanya nina ada terbau macam tu tak. Nina bagitau ada terbau juga. Kemudian perawat tu bagitau itu adalah pocong yang sebenarnya minta supaya ikatan di kepalanya di buka. Dia dah lama tidak bertuan dan terseksa turun temurun akibat dari perbuatan syirik & khurafat yang manusia buat untuk sesuatu tujuan. 

Balik je rumah mak ayah dia, terus nina mandi & bersihkan badannya. Bila dia nak baring dia masuk bilik. Dalam bilik dia ada satu bantal peluk panjang sebab nina suka tidur mengiring & peluk bantal. Biasanya boleh peluk penuh bantal tu tapi tiba tiba malam tu tangan dia tak dapat capai pelukan tu. Bantal peluk tu seolah olah makin besar dan tinggi. Di tambah lagi ada bau busuk macam bau bangkai cicak. Bau tu di rasa terlalu dekat seolah didepan muka. Tiba tiba tubuhnya jadi kaku hanya mata sahaja terbuka. Nina dapat rasakan benda tu ada betul betul depan muka dia. Dengan bau yang sangat busuk. Dia tak boleh lari sampai ke pagi nina terkaku. 

Tiada lagi jelmaan cantik, ayu & wangi dia tunjukan pada nina bila dah terbongkar siapa dia sebenar. Dia datang dengan rupa & bentuk sebenar. 

Sejak hari tu katanya nina terus buat rawatan untuk atasi masalah gangguan mistik tu. Tapi yang sedihnya.. Khabar yang aku baca katanya nina dah meninggal dunia. Tapi tak pasti adalah sebab gangguan tu atau masalah kesihatan yang lain. Innalillahhiwainnalillahhirajium. Salam takziah. 

Sejauh mana kebenaran cerita ini aku tak dapat pastikan cuma aku harap jangan la hangpa terlalu taksub yer. Makhluk makhluk halus ni memang wujud tapi dia pun makhluk Allah yang tiada kuasa. Ingat tu!! 

DUA HARI LAGI RAMAI IBU IBU BERTUKAR HIJAU

DUA HARI LAGI RAMAI IBU IBU BERTUKAR HIJAU. Dah ready ke ibu ibu? 2 hari je lagi kita semua kena siap sedia untuk bertempur di medan perang tak bersenjata. Walaupun medan perang yang tidak berlaku pembunuhan tapi tetap akan ada sesuatu yang teruji. Harap kita semua dah ready lah yer untuk mantapkan vocal. Sebab dua hari lagi kita mungkin akan secara tak sengaja akan mengeluarkan bunyi high note. 

Yer betul lagi dua hari akan bermula cuti sekolah. Cuti penggal pertama termasuk cuti raya haji. Sementara nak tunggu hari nak balik kampung tu kena dulu hadap hutan batu bata ni bersama anak anak di rumah. Aku ni anak dua jer.. Jarak 8 tahun tapi tetap la rasa macam anak berderet yang beranak selang setahun. Yang suka menyakat si adik bukan kakak. Kakak biasa tenang tenang buat aktiviti dia adik ni la terlebih akal sikit. Biasa si adik la akan buat havoc. Dia tak sakat kakak dia kalau kalau kakak dia tidur jer sebab tu setiap malam aku suruh si kakak tidur dulu sebelum aku suruh si adik tidur.







Dua dua dah sekolah. Seorang dah di sekolah menengah. Sorang lagi di tadika. Sekarang pagi memang tenang je la. Dua dua pergi sekolah. Tengahari sekejab lagi dua dua dah ada kat rumah bermula rutin harian mereka bergaduh la, berebut barang la. Setiap hari macam tu. Tapi dua beradik ni apa yang nampak sangat ambil berat antara satu sama lain. Bergaduh tu memang bergaduh tapi bila tak nampak muka masing masing mula tercari cari. Itulah adik beradik. Perkara normal. Kita dulu pun lalui benda yang sama.

Apapun buat semua ibu ibu terutama surirumah, good luck untuk 2 hari lagi. Boleh la start plan nak buat apa sepanjang cuti selain balik kampung berhari raya. Filem EJen Ali pun tengah di tayangkan kat pawagam boleh la bawa anak anak tengok support filem animasi tempatan. Sekarang ni banyak tempat dah ada kids hall. Jadi tak risau bawa anak anak tengok wayang kan?



BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com