LAKSA PENANG TERKENAL CAMPUR DARAH BABI

LAKSA PENANG TERKENAL CAMPUR DARAH BABI. Semalam terbaca satu artikel yang di kongsikan satu page ni pasal.. Kuah laksa yang di campur dengan darah khinzir @ babi bagai menyedapkan rasa. Kedai tu milik bukan muslim & tiada status halal. So, suka hati dianak letak bahan haram bagi umat Islam makan pun Agama dia tak haram pun nak makan. Dia pun tak mention halal kot. Hangpa gigih makan buat apa.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), juga telah memberi maklum balas berhubung perkara ini. JAKIM telah mengesahkan bahawa mereka memang tidak mempunyai sijil Halal.

Tapi tu la yang pelik.. Kebanyakkan orang luar yang datang ke Penang ni.. rata rata suka sangat makan di kedai/gerai non muslim. Aku sampai jadi pelik jugak kadang kadang bila tengok perkongsian di media sosial ataupun rancangan kat tv depa ni main makan jer.. Sebab saya ni dari kecik memang penang tu macam tempat bermain. Selalu mak ayah bawa jenjalan kat sana bila cuti sekolah atau ada bajet lebih. Almaklum la kulim dengan penang tak la jauh mana. Sebagai orang kampung yang bukan kaya raya nak berjalan jauh masa kecik kecik.. Dengan adik beradik yang berderet macam keretapi ni. Penang salah satu destinasi kami sekeluarga berjalan jalan. Tak ada transport naik bas je balik hari. Pergi pagi petang balik la.


Tapi tu.. Tak pernah terfikir atau terdetik sampai la sekarang even dah berhijrah ke negeri orang & dah jarang dapat pergi penang berbanding masa kecik2 & remaja dulu, Nak makan di kedai atau gerai non muslim di penang. Sebab penang masih banyak pilihan makanan yang halal kot. Ada masakan melayu & ada masakan mamak. Kenapa masakan non muslim yang tiada pengiktirafan halal juga hangpa nak makan. Jakun lahai.. Datang penang macam pelancong luar negara. Rembat apa je yang jual. Macam semua makanan tu bebas bahan haram untuk umat Islam.

Nak salahlah peniaga non muslim dalam hal ni pun tak boleh. Hangpa yang nak makan bukan depa paksa hangpa makan. Setakat laksa bersepah orang melayu juai kat penang sana nu.. Yang hang gigih nak makan laksa cina sangat dah kenapa? Awat anak cacing dalam perut tu meronta ronta sangat ka minta makan? Darurat sangat ka sampai tak boleh cari kedai @ gerai muslim kat penang sana nu..

Ni Malaysia kot tak susah pun nak cari makanan halal & kedai/gerai/restoran orang Islam kat memana pun. Dari perlis sampai la ke sabah.. kita semua sudah merdeka! Ops ternyanyi pulak. Acah acah macam pi america pulak hangpa nak main terjah je tempat makan non muslim. Orang pi america pun seboleh bolehnya cari makanan halal atau bawa bekalan makanan kering sendiri. Tak dak nak main serkap.. telan je makanan tak halal apalah sangat setakat penang tu.

Moral of the story.. Bab makanan ni tak perlu la open minded sangat. Tang makan hangpa tak mau support bisnes sesama agama & bangsa tang produk beracun.. Kemain guna alasan nak support perniagaan orang melayu. Tak kira makanan atau produk.. Pilihlah yang selamat, bersih & halal.

JENIS JENIS SUNSCREEN YANG RAMAI TAK TAHU TERMASUK FOUNDER PRODUK

JENIS JENIS SUNSCREEN YANG RAMAI TAK TAHU TERMASUK FOUNDER PRODUK. Perlu ke kau highlight founder tu lekatlekit? Kau saja kan nak menganjing depa.. Iskk.. mana ada. Kan sekarang banyak sangat so called 'Founder' atau kebanyakkan cuma ponder jer sebab level & knowledge depa terhadap produk yang mereka keluarkan & pasarkan belum layak di gelar founder.


Yelah.. trend sekarang kan produk rebrand dari kilang OEM. Kau ada duit kau pergi kilang OEM cari je produk apa2 yang kau nak tempek jenama kau sendiri.. lepas tu kau boleh la claim diri kau ponder even kau sendiri tak faham apa2 pasal produk kau. Semua kilang yang buat ka. Dari packaging sampai la pendaftaran untuk di pasarkan. Kau cuma perlu pergi belajar marketing lepas tu buat fb ads sampai sesak news feed FB orang.. dah cukup. Modal lebih sikit kau bayar kat stesen TV ke stesen radio ke untuk iklan kan produk kau. Lepas produk kau dah terkenal tetiba ramai pulak dapat kesan buruk pakai produk kau.. KKM ambil sampel buat analisa di dapati ada racun tidak di benarkan.. Kau claim pulak KKM test fake sampel sampai produk kau di fitnah beracun katanya. Yang pakai dapat kesan buruk tu semua beli fake produk. Padahal kau sendiri masa nak pasarkan produk kau tu.. Kau tak ambil kisah pun pasal ingredient ke hapa.. Dalam otak kau' its about money money money je kan? Tu contoh yang banyak berlaku sekarang. Tak point la sapa sapa.. konsep kau buat kau terasa la. Tak buat kau rilex sudah.

Jadi sebab tu la atas rasa tanggungjawab nak ajak hangpa semua termasuk ponder sama sama belajar. Takpa bodoh dulu tapi jangan buat bodoh sampai sajat mengandung anak sulung dah la. At least bila hangpa ada ilmu sikit pasal produk tak la malu sangat nak mengaku ponder kan? Nampak la high class & bijak sikit. Reputasi sapa yang baik? Hangpa jugak.. ye dak??

Di Sebab ramai ponder/seller/agent produk ni tak ada knowledge pasal produk yang depa jual kerana tu la zaman sekarang muncul claim claim merapu & tak masuk akal bila nak iklankan sesuatu produk terutama kosmetik @ skincare ni. Ikut hukum logik akal depa ja..Tak ikut fakta sebenar. Bila orang pertikai kata orang dengki. Termasuk la ponder/seller/agent yang jual produk sunscreen @ sunblock ni. So yang mana ada jual produk sunscreen ni sedang elok la baca entri ni. Buat apa nak malu.. saya sendiri pun sebelum ni tak tahu. Bila dah tahu kita sama sama la share ilmu tu.

Secara ringkas.. Apa tu sunscreen ni? Kena juga bagitau. Satgi ada yang tak tahu.. terpinga tertanya ku dalam dilema mu pulak kan?

sunscreen ni sejenis skincare atau produk yang berfungsi untuk menjadi Pelindung cahaya matahari, juga dikenali sebagai pelindung kulit yang selalunya di datangkan dalam bentuk losen, semburan, atau produk topikal yang menyerap atau memantulkan sinaran ultraungu matahari demi melindungi kulit. Pelindung cahaya matahari mengandungi satu atau lebih penapis UV yang terdiri daripada tiga jenis yang utama.

Kenapa kita kena pakai sunscreen ni? sebab nak melindungi kulit dari sinar terik cahaya matahari yang boleh menyebabkan berlakunya kesan buruk seperti kulit jadi berjerawat, berjeragat & kanser kulit di sebabkan kulit semakin menipis.

Yang orang tak tahu 3 jenis sunscreen tu. Bagi depa.. sama jer. Sebenarnya tak sama ok. Semalam budak laser & lantang Khairul Yoi ada berkongsi info tentang sunscreen di page dia. Rasa sangat bermanafaat untuk den panjangkan perkongsian ni di blog den yang tak se gah page Khairul yoi sebagai rujukan orang lain.

Physical sunscreen
lebih kepada layering kulit atau senang faham just tempek atas kulit je. Tak meresap ke dalam kulit. Biasanya perlindungan UV  berlaku selepas korang apply pada kulit. Perlindungan dia tak kuat sangat. Kurang risikp berlaku kerengsaan kepada kulit. Biasa kalau nampak 'zinc oxide' ngan 'titanium oxide' kat ingredients tu ye la tu. Physical la tu.

Chemical sunscreen 
Sejenis sunscreen yang meresap UV masuk ke dalam kulit, kemudian bertukar kepada haba dan dibuang semula. Kena apply 10-20 minit sebelum terdedah kepada UV. More coverage. Tapi sesetengah orang akan bagi kesan kerengsaan kepada sesetengah kulit. Ada yg pakai kulit nampak gelap, naik biji gatal2 dan sebagainya. Jadi kena cari yang sesuai dengan kulit. Paling famous dalam produk ialah octylcrylene, avobenzone, octinoxate, yang lain korang google je.

Hybrid 
ada pula ada kedua dua kombinasi sunscreen ni iatu physical and chemical.

Cara penggunaan sunscreen @ sunblock
2 fingers rule. Dah terangkan sebelum ni. Untuk yang cair, gunakan sebesar syiling 50 sen lama tu. Kena sapu balik lepas dua atau tiga jam, bergantung kepada spf dan PA rating.

Sumber rujukan info pasal sunscreen kat sini yer

Ni den copy & edit sikit sikit dari artikel di posting Khairul Yoi. Kalau hangpa nak dapatkan info info terkini & pendedahan tentang produk produk boleh follow budak ni. Sebab banyak juga ilmu yang kita boleh dapat dari posting dia even bahasa dia memang la sangat 'outspoken'. Tapi sebab dia 'Outspoken' la berjaya menyampaikan kesedaran kepada orang awam tentang produk produk bahaya di pasaran. Terutama kepada kaum perempuan yang jahil tapi obses nak lawa dengan cepat kan? Yang penting misi perjuangan dia tu.. Menyelamatkan pengguna dari di tipu dengan produk2 beracun, overclaim, merapu & menipu.

Apapun semoga perkongsian kecil ni memberi manafaat kepada anda yang memerlukan. Ilmu kecantikkan juga salah satu cabang ilmu. Sapa taknak cantik ye dak.. Tapi cantiklah dengan cara bijak bukan main semborono je pakai produk yang tak tahu sejauh mana selamat & berkesan.

MUKA KERING BAGAI GURUN SAHARA TRY HADA LABO HYDRATING LOTION

MUKA KERING BAGAI GURUN SAHARA TRY HADA LABO HYDRATING LOTION. Tu dia tajuk.. kalau tak cerekarama memang tak sah kan kau ni lekatlekit!! Alah.. Nak drama sikit pun dah cebik. Rilex brother.. brother rilex.. Saja lahai nak bagi gempak sikit. Baru la hangpa ada hati nak clik entri kami & baca kan? Kalau tajuk pun boring.. depa scroll laju laju ja kalau nampak kat news feed FB tu. So, misi tak capai kat situ.

Sapa yang jenis ada kulit kombinasi memang kadang kadang macam benci tau nak cari skincare. Kadang2 kulit jadi berminyak sampai boleh buat minyak dagu katanya. Bila berminyak tu mula la subur bagai di baja jerawat. Terpaksa la pakai skincare untuk solve masalah oily skin & jerawat tu.

Normally kalau jadi macam tu memang saya akan cari Garden Of eden Mild cleanser & saya akan pakai bersama acne serum & acne gel. Bila pakai mild cleanser ni memang membantu masalah kulit berminyak & acne serum & acne gel ni untuk kecutkan jerawat. Tapi yang jadi masalah.. Mild cleanser ni dia akan meneringkan sikit kulit sebab dia nak keringkan minyak & jerawat tu. Tapi benda ni sangat effective untuk solve kulit berminyak & jerawat saya.

Saya dah biasa dengan fenomena ni.. So tak la mengelabah bewak sangat. Saya memang dah prepare apa yang saya perlu buat step by step. Selepas masalah kulit berminyak tu settle.. Saya akan guna produk yang melembabkan balik kulit saya. Saya memang suka bereksperimen dengan brand brand produk yang ada kat drugstore. Baru baru ni saya try Hada Labo Hydrating Lotion. Memang tak pernah try sebelum ni.

Bila kulit saya rasa dah mula kering sikit.. saya try apply hydrating lotion ni. So far selepas 3 hari tu memang tak ada masalah kulit kering terutama kat bahagian tepi mulut. Kat situ memang port biasa jadi kering kalau pakai mild cleanser ni. Akan rasa tegang sikit & bila kita pakai bedak dia jadi macam berbulu.. Tu tanda tanda kekeringan kulit la tu.


Selepas 3 hari tu memang totally kulit dah tak kering even saya masih pakai mild cleanser & gel jerawat tersebut. Malah rasa kulit nampak lebih segar & tak kusam jugak. Yelah.. bila kulit kita cukup kelembaban ni dia memang akan memberi effect segar kan? Kalau kering & kusam.. memang muka kau sedih dik! Pakwe tengok pun rasa nak tapakkan je muka kau tu kekekeke

Setakat ni.. Gabungan produk walau dari lain brand.. macam cleanser saya guna dari brand Garden Of eden, Acne & scar serum pun garden of eden, Acne Gel dari cosmoderm & hydrating lotion dari brand Hada Labo. memang tak ada masalah apa apa untuk kulit saya. Saya memang sejenis tak suka beli skincare jenis 1 set.. Saya cari mengikut keperluan kulit saya la. Memang dari dulu campur2 brand tapi semua produk drugstore la. Kalau beli set mesti ada item yang macam tak serasi dengan kulit saya so jadi membazir kalau tak guna.

Ni yang saya guna semasa kulit saya berminyak, masalah jerawat & selepas tu kering pada bahagian tertentu macam tepi mulut tu. Memang sangat membantu produk produk ni

Hada Labo ni bagi yang tak tahu produk dari Jepun. Kalau ikut info di belakang botol dia. Rekemen untuk kulit normal & dry skin. Tak rekemen untuk oily skin guna sebab pernah try masa kulit tengah oily memang tak membantu langsung. Dia akan menyebabkan kulit semakin berminyak.

Cara nak guna dia pun senang.. Sebab tu saya pilih hydrating lotion ni. Tuang atas tapak tangan kemudian tepuk tepuk je seluruh muka. Kalau saya.. saya cuma pakai malam sebelum tidur sebab bila bangun pagi muka rasa.. Masya Allah.. best sangat. Kulit rasa lembut je. Lepas cuci muka tu.. rasa licin walau kulit kau masih bersiku liku dengan tumbuh tumbuhan jerawat hahahaha...  Siang memang saya tak guna. Tapi ikut rekemen yang tertulis pada produk guna 2 kali sehari. Maybe boleh guna pagi & malam. Bergantung pada keselesaan sendiri la. Yang penting kena guna secara consistent untuk mendapatkan kesan positif pada kulit.

Testur lotion ni dia macam gel cair yang berwarna jernih. Kalau pegang macam melekit tapi bila apply pada kulit dia perlahan lahan meresap dalam kulit & tak bagi kesan melekit pun. Dia akan bagi rasa lembut & kering pada kulit. Memang selesa pakai sebelum tidur

Apapun produk yang baik & selamat pun bukan sesuai dengan semua jenis kulit & semua orang. Sekiranya hangpa guna tetiba rasa macam ada kesan tak berapa best ke apa.. Tu mungkin produk tu tak sesuai dengan hangpa la. Takde istilah kulit tengah detox ke apa.. Please try produk lain. Mungkin ingredient produk tu alergik dengan kulit hangpa ke apa.. So jangan gigih sangat nak guna.


Harga Hada Labo Hydrating Lotion ni.. Haritu saya cuma beli yang trial. Yang botol kecik 30ml. Harga tak sampai RM10 kot.. dalam RM4 ke RM6 macam tu la. Bagi yang baru pertama kali nak try boleh try yang botol 30ml ni dulu. Saya beli kat watsons. Tapi hada labo ni ada juga jual kt guardian atau certain2 farmasi lain. Tak kisah la kat memana.. ada je kau beli je nyah!

Moral of the story.. Pilih la produk selamat agar kesihatan kulit & organ dalaman anda tidak terjejas. Elak guna produk yang tak tahu kat mana kilang memproses.. produk yang tak ada bukti dah di R&D, tak ada dermatogy test atau apa2 ujian makmal atau analisis dari makmal yang di iktiraf untuk elak anda terguna produk beracun & berisiko pada kesihatan kulit & diri anda. Produk skincare (Kosmetik) setakat berdaftar dengan KKM je belum menjamin selamat di gunakan. Daftar hanya kelulusan untuk di pasarkan.. bukan KKM bagi kelulusan selamat di gunakan ok! So sila faham!

BEZA ANTARA BB CREAM, CC CREAM, DD CREAM & TINTED MOISTURIZER

BEZA ANTARA BB CREAM, CC CREAM, DD CREAM & TINTED MOISTURIZER. Kalau tengok dari testur & warna bagi saya semua nampak sama jer macam foundation katanya. Saya pakai pun saya anggap fungsi semua tu sama jer sebab apa? sebab kurang knowledge la. Almaklum saya bukan expect untuk produk produk makeup cuma suka makeup tapi bukan pandai makeup. Main hentam tenyeh je kadang kadang tu.


Saya rasa ramai pun macam saya.. Jadi tak salah pun kita belajar basic basic berkaitan makeup yang maybe selalu kita guna atau selalu kita nampak di jual. Supaya kita lebih memahami fungsi setiap item atau produk tu.

Sebenarnya BB cream, cc cream, dd cream @ cushion & tinted moisturize ni semua ada base kepada makeup. Tanpa benda ni mungkin makeup kita macam tak sempurna juga la. Fungsi dia lebih kurang macam foundation jugak la kan cuma foundation ni banyak level coverage dia yang kita boleh pilih. Macam kalau muka kau tak banyak masalah atau cela.. boleh guna yang low coverage, atau muka korang maybe sikit2 je masalah guna yang medium coverage atau muka yang subur bagai di baja penuh parut jerawat ke hapa.. guna yang high coverage. Walaupun semua lebih kurang sama tapi fungsi tetap ada sedikit perbezaan.

BB CREAM
BB cream ni dia memang jenis low coverage. Lebih cair. Memang testur dia bukan Matte. Memang tak berapa berkemampuan nak tutup cela cela kat muka hangpa tu. bagi yang jenis suka makeup yang nampak natural & lite lite macam orang korea yang suka nampak natural je muka depa memang sesuai guna BB cream ni. Sebab ia lebih banyak kandungan skincare macam pelembab (moisturizer) & khasiat khasiat lain dalam penjagaan& rawatan kulit ni.

Keistimewaan dia.. Memang dia takkan kontra sangat dengan warna kulit korang. Sebab dia sejenis yang kita apply dia takkan mengubah warna kulit tapi kena pilih code warna yang padan dengan warna kulit. Normally dia di datangkan dalam 3 code warna. So untuk coverage BB cream bukan sejenis makeup yang mampu bagi coverage yang baik ia cuma sesuai bagi mereka yang suka makeup jenis nipis & tak heavy sangat.

CC CREAM
Dia macam BB cream cuma dia ada color corrector di mana berfungsi untuk menutup warna kulit kusam. Senang faham membetulkan warna kulit anda yang tak cantik & kusam tu ler. Mampu untuk tutup cela macam bintik bintik hitam ke, parut jerawat, pori bla.. bla.. bagai.

DD CREAM (CUSHION)
Fungsi dia sama lebih kurang macam CC Cream. Ada color corrector & mampu menutup cela pada wajah. Lebih kurang macam foundation jugak la DD Cream (Cushion) ni.

TINTED MOISTURIZER
Alah senang hangpa faham moisturizer yang jenis bewarna. Kira 2 in 1 la. Pelembab + foundation. Fungsi dia lebih kurang sama jer.

Kesimpulannya.. semua benda alah ni lebih kurang sama cuma beza samada full coverage atau low coverage je. Tapi BB cream, CC cream & DD cream kebanyakkan tak banyak pilihan code warna so kadang2 susah nak cari yang ngam dengan warna kulit. Bila kita pakai takde la nampak macam terlebih gebu sangat kan?

Tu secara ringkasnya yang boleh saya share. Nak tahu secara detail korang boleh tengok Video review Faiz Firdaus ni. Kalau korang sejenis peminat barang kosmetik & suka makeup elok follow dia. banyak juga tip2 memilih produk kosmetik yang Faiz share dia page dia. Semua tu pun ilmu tak salah pun kita belajar even kita tak guna untuk diri sendiri. Maybe boleh sampaikan kepada orang lain yang memerlukan.


Semoga info ni memberi manafaat kepada semua kaki kaki makeup atau mereka yang baru terjebak dalam arena menconteng arang ke muka sendiri hehehehe. Lepas ni korang tahu la nak cari make up base yang macam mana. Ikut keselesaan & keperluan kulit korang la. Yang penting pilih produk kosmetik yang selamat. Jangan beli produk tiruan, produk rebrand (OEM) yang beracun & elakkan beli produk yang ada bad reputation atau kontroversi. Senang cerita kalau banyak testimoni muka barang lepas guna jenama makeup sekian sekian.. Kau tak payah nak jadikan muka kau tikus makmal produk tersebut. Kat drugstore tu bersepah. Bukan international produk je ada.. Local produk & produk dari orang melayu pun ada contoh simply siti & sendayu tinggi. Tak ada alasan ka beli produk berisiko dengan alasan nak support bisnes bangsa melayu alih2 bangsa kau sendiri klepet jual produk beracun kat kau. Sebab produk beracun ni modal rendah.. almaklum guna ingredient sampah kan tapi kadang2 dia jual dengan harga nirrojim. Mengalahkan harga produk kat drugstore. Berbaloi ke kau bayar produk sampah dengan harga tambang pergi haji? tepuk dada tanya selera beb!

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com